Bab 74

12.3K 411 90
                                    

Kyle mengetuk pintu bilik Raysha sebelum masuk. Tidak mahu Raysha mengamuk lagi kalau dia main terjah je.

"Masuk."mendengar sahaja ayat tersebut, Kyle terus masuk sambil memegang se mug air teh hijau untuk Raysha. Dia meletakkan mug tersebut perlahan-lahan di atas meja.

Kyle memandang Raysha. Dia perasan sesuatu yang pelik tentang Raysha semenjak Raysha bermesyuarat dengan Farish. Raysha sekarang lebih banyak termenung sendiri. Entah apalah yang mengganggu fikiran Raysha pun, dia tidak tahu. Bila dia tanya Raykarl, Raykarl jawab dia pun perasan yang adiknya banyak termenung. Bercakap pun dah berkurang. Nak dengar dia marah-marah, pun dah jarang.

"Ni air yang Cik minta."kata Kyle sambil memandang Raysha yang bersandar di kerusinya. Langsung Raysha tidak terus mengambil air yang dibancuh olehnya seperti selalu. Nampak benar yang Raysha ni sedang memikirkan sesuatu.

"Thanks. Awak boleh keluar."kata Raysha tanpa memandang Kyle. Fikirannya masih lagi terganggu dengan perjumpaannya dengan Imran tempoh hari. Entah kenapa dia masih fikirkan lelaki yang mencederakan dia dulu.

"Baik."kata Kyle sambil mula berlalu ke arah pintu. Sampai sahaja dia hadapan pintu, dia memandang Raysha kembali.

"Kalau Cik ada masalah, Cik boleh cerita dekat saya. Saya pendengar yang baik tau. Mana tahu, lepas cerita dekat saya, Cik akan lega sikit."kata Kyle sambil tersenyum memandang Raysha.

Raysha memandang Kyle yang masih berdiri di depan pintu.

"Keluar."kata Raysha tegas sambil memandang tepat ke arah Kyle.

Kyle terus mengangguk lalu keluar dari bilik Raysha. Memang dia cari nahaslah kalau Raysha dah pandang dia semacam. Baik jangan buat Raysha marah. Kyle duduk semula di tempatnya. Dia sudah siapkan kerjanya. Dia memandang pekerja lain yang sedang membuat kerja. Terasa bosan pulak bila tak ada kerja nak dibuat. Apa nak buat ni?

Sedang dia memandang pekerja-pekerja lain, tiba-tiba matanya tertancap pada satu arah. Dia perhatikan betul-betul. Manalah tahu dia tersilap orang ke? Tapi tak. Memang matanya terpandang orang tu. Perlahan-lahan, Kyle bangun dari tempat duduknya. Dia tidak boleh biarkan orang tersebut ternampak dia di sini. Kyle terus bergerak ke arah bilik fail yang berada di sebelah kanannya. Dia kena bersembunyi.

*****
Raysha menghabiskan air teh hijaunya dari mug. Dia menekan interkom untuk memanggil Kyle namun Kyle langsung tidak mengangkat panggilannya. Raysha bangin dari duduknya sambil memegang mug. Dia berjalan ke arah luar biliknya. Buka sahaja pintu, dia lihat Kyle tiada di tempatnya. Buat penat sahaja dia menekan interkom. Kyle bukannya ada di tempatnya. Mungkin ke tandas kut.

Raysha berjalan ke arah pantri. Dia nak basuh mug. Baru sahaja dia hendak masuk, dia terdengar orang sedang berbual.

"Cik Muda Raysha tu memang sombong. Kak Su memang kenal sangat dengan dia tu. Dia memang macam tu. Berbeza betul dengan Cik Muda Rayna."kata seseorang.

"Ye ke Kak Su? Kiranya memang dia sombong dari dulu lah ni?"kata orang lain pula.

"Iye Siti. Dia memang macam tu. Dia ingat ni company bapak dia, dia boleh tunjuk dia punya berlagak. Tak sedar yang dia pun makan gaji macam kita. Kalau bukan sebab bapak dia, jangan harap lah dia nak ada jawatan tinggi macam tu."kata yang pertama tadi lagi.

Raysha menggenggam mugnya kuat. Inilah sebabnya dia memecat pekerjanya sebelum ni. Mereka ni suka sangat sibuk nak jaga tepi kain orang. Sampai tepi kain sendiri koyak pun tak sedar. Raysha masih memasang telinga. Dia nak tahu apa lagi yang orang kata buruk pasal dirinya.

"Haah lah Kak Su. Dia memang berlagak. Saya ni sebenarnya kesian tengok Kyle yang kerja dengan dia. Asyik kena marah je. Nasib baik Kyle tu baik. Tak adalah dia nak mengamuk bila kena marah tu. Reda je."kata suara yang kedua.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now