Sampai sahaja didepan pintu pagar rumah, Raysha dah mula mengerutkan dahinya. Dia memandang Imran yang turut melakukan hal yang sama.
"Kenapa abang Irfan datang?"tanya Raysha kepada Imran. Imran tak memberitahunya apa-apa pun.
"Manalah aku tahu. Kau ingat aku tahu semua benda ke?"kata Imran jengkel. Bukan semua perkara dia tahu.
Imran memakirkan keretanya di halaman rumah. Dia mematikan enjin keretanya lalu keluar dari keretanya. Dia berjalan ke arah sebelah pemandu. Dia membuka pintu dan mula membantu Raysha keluar dari kereta memandangkan Raysha tak boleh menggunakan tangannya. Imran memimpin Raysha mendekati pintu rumahnya.
Irfan mengerutkan dahinya apabila melihat Raysha dipimpin oleh Imran. Apa yang dah berlaku ni?
"Kenapa ni?"tanya Irfan apabila melihat Raysha yang dipimpin oleh Imran. Dia mendekati Raysha yang masih berdiri di sebelah Imran.
"Accident sikit."balas Raysha.
Mendengar sahaja perkataan accident, Irfan terus memandang tajam Imran yang sedang memeluk tubuh di sebelah Raysha.
"Apa hal kau datang rumah aku ni?"tanya Imran dengan jengkel. Dia lihat Wani turut datang bersama-sama dengan abangnya.
"Macam mana sampai boleh jadi macam ni?"tanya Irfan kepada Raysha. Kalau bertanya kepada adiknya tak berguna langsung. Bukan nya dia dapat jawapan, sakit hati, ye.
"Kawan Raysha buat brek emergency. Tu yang jadi macam ni."jawab Raysha jujur.
Imran mendengus apabila Raysha menggelarkan Farish sebagai kawan. Ye ke kawan?
"Raysha, akak tak tahu pulak Raysha ada kawan kat sini."kata Wani sambil mendekati Raysha. Dia memandang Raysha yang seperti terkejut dengan kehadirannya. Wani menghulurkan tangannya kepada Raysha untuk bersalam.
Raysha memandang tangan Wani yang terhulur kepadanya. Kalau ikutkan hati memang dia nak sambut tapi tangannya . . .
Imran terus menarik Raysha ke arah pintu masuk rumahnya. Dia mula mengeluarkan kunci rumah dari poketnya. Dia membuka pintu utama rumahnya lalu menarik Raysha sekali.
Wani mengetap giginya. Geram apabila dia melihat Imran menarik Raysha menjauhi dirinya. Dia menarik tangannya kembali. Dia memandang Imran yang sudah memasuki rumahnya.
"Awak, jemputlah diorang masuk. Diorangkan tetamu."kata Raysha apabila dia berada di depan pintu rumahnya. Dia memandang Irfan dan Wani yang berada di luar rumahnya.
"Abang Irfan dengan akak masuklah."kata Raysha menjemput Irfan dan Wani.
"Buat apa ajak diorang? Biar jelah kat luar sana."kata Imran sambil memandang Raysha. Tak suka apabila Raysha sesuka hati mengajak orang masuk ke rumahnya.
"Imran, saya sakit ni. Boleh tak awak tunaikan satu permintaan saya masa saya sakit ni? Satu je."kata Raysha memohon. Dia berharap sangat Imran akan akan menunaikan permintaannya.
"Isk! Kau ni degil kan! Lantak kau lah nak buat apa pun!"kata Imran dengan kuat lalu meninggalkan Raysha di depan pintu. Dia mendaki tangga menuju ke biliknya. Sampai sahaja di depan pintu biliknya, dia membuka lalu menghempas pintu biliknya.
Terkejut Raysha mendengar hempasan pintu bilik Imran. Raysha menghembuskan nafasnya. Dia memandang Irfan dan Wani yang masih menunggu di depan rumahnya.
"Masuklah abang Ir. Kak Wani."kata Raysha sambil memandang mereka berdua. Dia menjemput mereka berdua masuk. Tadi Imran pun ada cakap, lantak dialah nak buat apa? So, lantak dialah.
Irfan dan Wani memasuki rumah tersebut. Raysha menyuruh mereka duduk di ruang tamu. Dia mahu hidangkan air tetapi tangannya masih sakit. Raysha berfikir semula. Takkan sedikit pergerakan pun akan menyebabkan lambat sembuh? Takpelah. Buat ajelah air. Raysha berlalu ke arah dapur.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...