Bab 13

5.5K 201 2
                                    

Raysha menundukkan mukanya yang sedang diperhatikan oleh Irfan. Dia tahu banyak yang Abang Irfan hendak bertanya kepadanya, namun dia tetap menundukkan mukanya.

Irfan masih memerhati Raysha yang sedang duduk di sofa di ruang tamu. Irfan mengeluh. Dia tahu Raysha tak suka dia memerhatikannya. Namun, apa yang dia boleh buat untuk menghilangkan rindunya pada Raysha?

"Irfan, tak elok duk tenung muka anak dara orang."kata Pak Leman apabila dia perasan yang cucunya itu asyik merenung Raysha. Dia juga perasan Raysha menundukkan mukanya.

Irfan meraup mukanya. Dia baru tersedar akan hal tersebut. Dia sudah berkahwin dan tak manis dipandang orang apabila dia asyik merenung anak dara orang.

"Kenapa Raysha datang, tok?"tanya Irfan kepada atoknya. Dia tahu, kalau tanya Raysha, belum tentu dia mahu jawab.

"Dia hantar makanan untuk Imran."jawab Pak Leman.

Terdiam terus Irfan apabila dia mendengar kata-kata atoknya. Hantar makanan untuk Imran? Raysha dengan adiknya ni ada apa-apa ke? Siap nak hantar makanan bagai. Hari tu, dia berjumpa adiknya dia rumah Raysha sedang bersembang dengan Nek Tijah.

"Err . . . Nenek yang suruh hantar. Nenek suruh Raysha minta maaf kat Imran pasal pagi tadi."kata Raysha berterus terang. Dia bukan saja-saja je nak datang rumah orang. Kalau neneknya tak memaksa, memang haram lah dia nak jejak rumah orang. Dia lebih seronok duduk di rumah menghadap tv.

Irfan mengerutkan dahinya. Minta maaf pasal pagi tadi? Kenapa Raysha nak kena minta maaf pasal pagi tadi pulak? Ada apa-apa yang sudah terjadi ke pagi tadi?

"Jadi, Raysha lah yang buat Imran sampai macam tu?"kata Pak Leman. Terkejut jugak dia dengan pengakuan Raysha. Dia tidak menyangka yang Raysha cukup kuat menolak cucunya sampai sakit pinggang cucunya apabila dia balik pagi tadi.

Raysha mengangguk. Mesti Imran dah bercerita kepada atoknya.

"Kenapa dengan Imran tok? Raysha buat apa kat Imran?"tanya Irfan. Dia langsung tak tahu menahu tentang adiknya yang sakit pinggang. Yelah, pagi-pagi lagi dia dah keluar.

"Ni, Raysha tak sengaja tertolak adik kamu pagi tadi."kata Pak Leman tanpa memandang Irfan.

"Raysha minta maaf sangat. Raysha betul-betul tak sengaja."kata Raysha sambil menunjukkan muka yang dia betul-betul menyesal.

"Tak pelah Raysha. Pak Leman tahu kamu tak sengaja. Mesti Imran yang kacau kamu. Tu yang sampai kamu tertolak dia tu."kata Pak Leman selamba. Dia tahu cucunya yang sorang tu memang nakal. Baginya memang wajar tindakan Raysha itu.

"Err. . . Teruk ke sakit dia Pak Leman?"tanya Raysha. Risau jugak dia kalau dia dah membahayakan nyawa Imran.

"Tak delah teruk sangat. Kalau kamu nak jumpa dia, tu dia ada kat bilik tu."kata Pak Leman selamba.

Raysha menggeleng. Bukan bermaksud yang dia tidak mahu berjumpa Imran tetapi takkanlah dia mahu masuk ke dalam bilik tu sorang-sorang? Aduh! Pak Leman ni pun satu. Bukannya nak temankan dia jumpa si Imran tu.

"Irfan, temankan si Raysha ni jumpa adik kamu. Lepas tu ajak makan sekali. Dari pagi tadi adik kamu tu tak makan sebab sakit."kata Pak Leman setelah itu dia terus ke dapur. Dia mahu melihat sekiranya makanan sudah siap dihidang atau belum.

Irfan memandang Raysha sebelum bangun dari duduknya.

"Ikut sini."katanya Irfan lalu menuju ke arah bilik adiknya.

Raysha turut bangun. Dia mengikuti Irfan yang berada di hadapannya.

***
Imran mendengus apabila dia terasa seseorang menepuk bahunya. Dia cukup pantang kalau ada yang mengganggu tidurnya. Dahlah pinggangnya sakit.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now