Bab 29

5.5K 196 6
                                    

"Raysha, akak keluar kejap ye."kata Zara kepada Raysha. Tiba-tiba pula perutnya meragam. Dia cepat-cepat berlalu apabila melihat anggukan Raysha.

Raysha ditinggalkan bersendirian. Dia mencapai telefonnya dan mula membuka games di telefonnya. Dia membuka aplikasi candy crush di telefonnya.

Sedang di sedang sibuk bermain, tiba-tiba pintunya dibuka dan seseorang masuk. Orang tersebut terus mengunci pintu tersebut.

Raysha yang berfikir itu Zara, mengabaikannya. Dia terus leka dengan games nya.

"Raysha . . ."panggil seseorang dari arah belakangnya.

Raysha menghentikan permainannya. Itu bukan suara Zara. Dia kenal suara Zara bagaimana. Raysha memandang pantulan orang tersebut melalui cermin di hadapannya. Dia terkejut. Abang Irfan!

Raysha bangun dari duduknya. Dia berpaling ke belakang untuk melihat Irfan yang berada di belakangnya.

"Abang Ir buat apa kat sini?"tanya Raysha dengan nada terkejutnya. Dah lah dia main masuk je dalam bilik ni. Tak nampak ke dia sorang-sorang kat sini. Kalau ada orang nampak macam mana.

"Abang kena bagitahu Raysha sesuatu."kata Irfan sambil memandang Raysha. Cantik betul Raysha dengan persalinan pengantinnya yang berwarna putih. Dia mula rasa sedih. Kenapalah Raysha bukan miliknya? Kenapa kena jadi milik Imran?

Raysha mula rasa tidak selesa apabila ditenung oleh Irfan. Dah laj mereka berdua sahaja di sini. Kalau neneknya tahu macam mana?

"Abang Ir nak cakap apa? Tak boleh cakap lepas ni ke? Tak manislah kalau orang tahu abang Ir dekat sini. Kita cakap nanti jelah ye."kata Raysha lalu mahu bergerak ke arah pintu biliknya. Dia mahu segera beredar dari sini.

Irfan cepat-cepat menghalang laluan Raysha. Dia tak boleh tunggu nanti. Raysha kena tahu tentang ini. Dia tak mahu Raysha terluka dengan adiknya nanti.

"Abang Ir!"kata Raysha dengan tegas. Dia tidak suka apabila Irfan berbuat begini.

"Batalkan perkahwinan ni Raysha. Imran cuma nak kenakan Raysha."kata Irfan dengan nada kerasnya. Dia perlu beritahu Raysha segalanya.

Raysha diam. Dia seperti tergamam mendengar kata-kata Irfan. Imran nak kenakan dia? Tapi apa salah dia?

"Kenapa dia nak kenakan Raysha? Raysha tak buat salah dekat dia pun."kata Raysha perlahan. Tak mungkin Imran akan buat macam tu kan?

Irfan meraupkan mukanya. Macam mana dia nak jelaskan kepada Raysha kenapa Imran nak buat begitu. Dia tidak mahu Raysha terluka.

"Abang tak boleh bagitahu. Tapi apa yang Raysha kena tahu, Imran nak kenakan Raysha. Dia tak ikhlas pun nak kahwin dengan Raysha. Sebab tu abang mintak supaya Raysha batalkan perkahwinan ni."kata Irfan dengan nada merayu. Dia berharap sangat yang Raysha akan mengikuti katanya.

Raysha mengerutkan dahinya. Apa ni? Kenapa abang Irfan beriya-iya menyuruhnya membatalkan perkahwinan.

"Abang Ir. Kenapa ni? Cuba bagitahu Raysha kenapa abang Ir nak Raysha batalkan? Abang tak suka ke kalau Raysha jadi adik ipar Abang Ir?"tanya Raysha dengan dahinya yang berkerut. Pening dia dengan tingkah laku Irfan sekarang ni.

Memang tak suka! Bentak Irfan di dalam hati. Selain dari nak halang Imran daripada menyakiti Raysha, dia juga tak sanggup melihat Raysha bahagia bersama-sama dengan adiknya. Dia rasa sakit hati. Imran tak layak dengan perempuan sebaik Raysha!

Melihat Irfan yang seperti berperang dengan diri sendiri, Raysha terus menyelinap ke tepi Irfan untuk keluar dari situ.

Irfan yang sedar akan tindakan Raysha terus menarik pinggang Raysha dari belakang. Dia perlu menghalang Raysha dari keluar dari sini.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now