Bab 79

2.9K 92 9
                                    

Raysha melihat jambangan bunga yang terdampar di atas mejanya. Sudah seminggu sejak Kyle memberinya bunga pada kali pertama. Setiap hari, ada sahaja bunga yang yang berbeza terdampar di atas mejanya. Dia sendiri sampai malas nak tanya dah dari siapa bunga tersebut dan untuk apa. Ada sahaja jawapan yang Kyle nak bagi nanti. Lebih baik dia tak payah tanya.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Raysha mengangkat muka. Dia lihat Kyle masuk ke dalam biliknya sambil tersenyum-senyum. Raysha mengeluh. Ada apa pulak ni?

"Cik Raysha, Cik Lizzy nak jumpa."kata Kyle memberitahu.

"Suruh dia masuk."kata Raysha sambil mengangguk.

Kyle segera keluar setelah menerima arahan dari Raysha.

"Hai, cousin."kata Lizzy sambil tersenyum memandang Raysha yang bermuka letih.

"Kenapa kau nak jumpa aku?"tanya Raysha terus. Malas dia nak banyak cakap dengan Lizzy ni. Dah lah dia banyak kerja yang tidak siap lagi.

"Kau ni, macam tak suka je aku datang."kata Lizzy sambil membuat riak sedih. Sengaja nak tarik perhatian Raysha supaya melayannya.

"Aku busy ni. Cakaplah kau nak apa?"kata Raysha sambil bersandar pada kerusinya.

Lizzy memandang Raysha dengan tajam. Kenapa dia rasa Raysha macam lain sikit hari ni? Dia mula mendekati Raysha.

"Asal muka kau pucat? Kau tak sihat ke?"tanya Lizzy lalu meletakkan tangannya pada dahi Raysha untuk memeriksa suhu Raysha. Memang agak panas sedikit dahi Raysha.

"Tak adalah. Aku okey. Cuma penat je."kata Raysha membalas serentak menolak tangan Lizzy yang berada di dahinya.

Lizzy mengangguk. Dia kembali ke tempatnya dan duduk di hadapan Raysha. Ada sesuatu yang dia mahu tanya.

"Raysha, nak tanya ni. Minggu lepas, ada tak Uncle Damian datang jumpa kau?"tanya Lizzy ingin tahu.

"Tak ada. Kenapa? Dia ada cakap ke yang dia nak datang?"tanya Raysha kembali. Serasanya Uncle Damian tak ada pulak menelefonnya cakap nak jumpa.

"Dia cakap dengan aku dia nak jumpa kau. Pelik pulak aku bila kau cakap kau tak jumpa dia."kata Lizzy perlahan. Takkan lah Uncle Damian menipunya trntang hal nak jumpa Raysha?

"Ray, aku . . ."kata-kata Lizzy berhenti apabila pintu bilik Raysha diketuk dan Kyle masuk. Lizzy membalas senyuman Kyle yang kebetulan senyum kepadanya.

"Cik Raysha. Dr. Damian nak jumpa Cik."kata Kyle memberitahu.

Raysha mengangguk. Kyle terus sahaja pergi setelah melihat anggukkan Raysha.

"Formal gila dia dengan bapak dia."komen Lizzy. Biasanya kalau orang cakap pasal bapa sendiri, mereka terus sahaja sebut panggilan papa ke, ayah ke, daddy ke. Ini tak.

"Dia tak tahu yang aku ni tahu hubungan dia dengan Uncle Damian."kata Raysha membalas. Dia tahu apa punca Kyle menjadi formal semacam. Pasti sebab tak nak dia tahu hubungan Kyle dengan Dr. Damian.

"Ohh. Kenapa tak tahu pulak? Kan memang Uncle Damian rawat kau sejak kecil lagi."kata Lizzy dengan muka peliknya. 

"Dr. Damian yang kita kenal kan tak suka campurkan urusan kerja dengan peribadi. Sebab tu sampai sekarang Kyle tak tahu."kata Raysha menerangkan.

Mereka berdua terus senyap apabila Kyle membukakan pintu untuk Dr. Damian masuk ke dalam bilik Raysha. Kyle turut mengikuti Dr. Damian masuk ke dalam bilik Raysha.

"Have a seat."kata Raysha lalu berjalan ke arah sofa yang berada di dalam biliknya.  Dia duduk di sofa yang bersebelahan dengan Dr. Damian. Lizzy pula duduk di sofa bertentangan dengan Raysha.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now