Bab 65

7.7K 277 8
                                    

Rambut Raysha yang berada di dahinya, dikuis lembut oleh Puan Sri Elvira. Puan Sri Elvira memandang anaknya sebelum tersenyum nipis. Kini, telah seminggu Raysha menjalankan pembedahan namun masih tiada tanda-tanda Raysha akan sedar.

"Raysha, bila nak bangun? Ibu rindu nak dengar suara Raysha. Nak dengar Raysha ketawa. Nak tengok Raysha senyum. Raysha tak rindu ibu ke?"kata Puan Sri Elvira sayu. Dia sedih dengan apa yang telah terjadi kepada Raysha dan keluarga mertuanya.

"Bangunlah sayang. I miss you so much."kata Puan Sri Elvira lagi apabila tiada balasan dari Raysha. Air mata yang mengalir, dibiarkan. Dia akan tetap menunggu anaknya sehingga sedar.

Bunyi pintu terbuka langsung tidak mengalihkan perhatian Puan Sri Elvira daripada memandang Raysha. Dia mengelap air matanya yang sedari tadi mengalir. Tidak mahu orang nampak dia lemah. Dia harus tetap kuat untuk anaknya.

Rayna dan Raykarl melihat ibunya. Sejak adiknya lepas pembedahan, ibunya langsung tidak beralih tempat. Hanya menghilang pada waktu solat dan kemudiannya, ibunya kan kembali duduk di sebelah adiknya. Raykarl dan Rayna memandang sesama sendiri. Mereka nampak betapa sayangnya ibu mereka dengan adiknya. Bukan bermaksud ibunya melebihkan adiknya, tapi di saat-saat macam ni, adiknya lebih memerlukan ibunya. Mereka faham keadaan adiknya.

Raykarl mendekati ibunya. Dia meletakkan tangannya di bahu ibunya.

"Ibu, ibu pergilah makan. Dari pagi tadi ibu tak makan. Nanti masuk angin perut tu. Jangan risau. Karl boleh jagakan Raysha."kata Raykarl memujuk. Dia tahu ibunya langsung tak makan pagi tadi.

"Haah lah ibu. Kalau masuk angin, nanti ibu sakit. Macam mana nak jaga Raysha kalau ibu sakit?"kata Rayna menyokong abangnya.

"Macam mana ibu nak makan kalau adik tak sedar lagi?"kata Puan Sri Elvira tanpa memandang kedua-dua anaknya. Dia tahu kedua-dua anaknya risaukannya. Tapi dia risaukan Raysha. Sudah seminggu namun masih tidak ada tanda-tanda dia akan sedar.

"Ibu, Karl yakin yang dia akan sembuh. Ibu percayalah. Karl tahu adik Karl kuat."kata Raykarl sambil tersenyum nipis. Dia sebenarnya memberitahu dirinya sendiri supaya bertahan. Jangan hilang harapan terhadap adiknya.

"Rayna pun yakin, bu. Adik kan kuat."kata Rayna menyokong lagi.

Puan Sri Elvira memandang kedua-dua anaknya yang berada di belakangnya. Dia tersenyum. Sungguh dia bersyukur mendapat anak seperti Raykarl dan Rayna yang sangat memahaminya. Dia bangun dari duduknya.

"Yelah, ibu pergi sekejap."kata Puan Sri Elvira. Dia sempat mengucup dahi anaknya sebelum meninggalkan anaknya.

Baru selangkah dia bergerak, tiba-tiba mesin yang berada di sebelah katil Raysha berbunyi. Puan Sri Elvira mendekati anaknya semula. Dia melihat mesin tersebut. Dia lihat, graf degupan jantung anaknya tidak stabil.

"Raykarl, panggil doktor."kata Puan Sri Elvira panik serentak menekan satu punat kecemasan di sisi katil Raysha. Dia perlu memanggil doktor dengan segera.

"Ibu, kenapa dengan adik?"kata Rayna sedikit takut. Dia tidak pernah menghadapi keadaan cemas seperti ini.

"Raysha, jangan takutkan ibu."kata Puan Sri Elvira sambil memeluk anaknya. Dia tidak mahu kehilangan anaknya. Dia sayangkan anaknya. Ya Allah, berilah waktu untuk aku bersama-sama dengan anakku. Doa Puan Sri Elvira di dalam hati.

Kedatangan doktor membuatkan Puan Sri Elvira bangun dari memeluk anaknya.

"Kenapa dengan anak saya?"tanya Puan Sri Elvira dengan risau.

"Puan Sri, encik dan cik tolong keluar dulu."arah doktor tersebut. Dia cepat-cepat meyuruh beberapa orang jururawat membawa mereka bertiga keluar memandangkan mereka tidak mendengar arahannya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now