Ketukan di pintu membuatkan Raysha mengangkat mukanya memandang ke arah pintu.
"Come in."kata Raysha lalu mula membuat kerjanya kembali. Dia mula menyemak semula fail yang dibuka sebentar tadi.
Kyle masuk ke dalam bilik Raysha setelah diberikan kebenaran. Dia menatang dulang yang berisi air teh yang dibuatnya sebentar tadi.
"Teh, Cik Alya."kata Kyle lalu meletakkan secawan teh di atas meja Raysha.
Raysha melihat teh yang dibawa Kyle sebelum memandang Kyle.
"Aku tak minta teh pun. Kenapa kau buat?"tanya Raysha dengan muka seriusnya.
"Cik Alya memang tak minta pun. Saya saja je buat. Saya tengok Cik Alya macam penat sangat je. Tu yang saya buat air ni."jawab Kyle sambil tersenyum.
"Aku tak suka teh ni. Buatkan aku green tea. Lagi satu, bukan aku dah cakap ke dulu aku tak suka kau panggil aku, Alya? Panggil aku Raysha."kata Raysha dengan nada jengkelnya. Dia memang sengaja nak buat Kyle mengalah dari terus menjadi pembantu peribadinya.
"Green tea, Cik Al . . . Eh Cik Raysha. Saya tak nampak pun sebuk green tea tadi."kata Kyle sendirian. Semasa dia membuat teh tadi, dia cuma nampak serbuk teh, kopi, nescafe dan milo sahaja. Mana datangnya serbuk green tea ni?
"Pergilah cari sana. Kau cakap kat sini, ingat aku nak bagitahu ke kat mana?"kata Raysha dengan dinginnya. Dia membuat muka sebelum mula membaca failnya semula.
"Cik Al . . . Maksud saya, Cik Raysha janganlah marah-marah. Nanti cepat tua. Nanti tak ada siapa nak kahwin dengan Cik Al . . .maksud saya Cik Raysha."kata Kyle cuba bergurau. Dia sememangnya masih tidak biasa memanggil Raysha dengan panggilan Raysha. Sebab tu asyik tersasul je.
Raysha memandang tajam ke arah Kyle.
"Aku cepat tua ke apa ke, kau peduli apa? Lagi satu, kalau tak ada siapa-siapa nak aku pun, kau kisah apa? Aku tak kacau hidup kau kan. Kenapa kau nak sibuk pasal aku?"kata Raysha dengan bengangnya. Dia dah lah tengah marah. Boleh pulak si mamat ni buat lawak dengan dia. Memang meminta maki lah tu.
"Maaflah Cik. Saya cuma risaukan cik. Lagipun kita sebagai manusia ni kena saling mengingati."kata Kyle dengan perlahan. Terkesan jugak dia kena marah dengan Raysha.
"Menjawab lagi, menjawab."kata Raysha bengang.
"Cik Raysha, saya ada permintaan. Boleh tak kalau kita tak guna aku-kau? Saya rasa macam kasar sangatlah aku-kau tu. Kita guna saya-awak. Kan nampak comel."kata Kyle mengubah topik. Dia memandang Raysha yang menjelingnya.
"Ala Cik Raysha, satu tu je permintaan saya. Lepas ni saya takkan minta apa-apa dah. Kalau Cik Raysha nak buli saya pun, saya tak kisah. Yang penting, kita jangan guna aku-kau lagi. Boleh eh?"kata Kyle sedikit merayu. Dia memang kurang gemar sikit kalau Raysha guna aku-kau dengannya.
Raysha bersandar di kerusinya. Dia memeluk tubuh memandang Kyle di hadapannya. Kecik besar kecik besar je dia lihat Kyle ketika ini. Macam
-macam pulak tu permintaannya."Kalau aku setuju, kau akan berhenti membebel?"tanya Raysha serius.
"Aaa . . . saya akan berhenti. Betul ke ni Cik Raysha setuju?"tanya Kyle dengan terujanya. Tak sangka Raysha akan setuju. Walaupun Raysha cakap dia membebel, dia tak kisah. Asalkan Raysha setuju dengan permintaannya.
"Buatkan saya air green tea."kata Raysha lalu mula membaca failnya semula. Dia malas nak melayan Kyle dengan senyumnya yang tidak sudah.
"Baik, Cik Raysha. Saya pergi buat sekarang."kata Kyle dengan senyumnya yang masih tidak lekang dari bibirnya. Dia mengambil semula air teh yang dia buat sebentar tadi sebelum keluar dari bilik Raysha dengan riangnya.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...