"Her collarbone fractured. I think she need to stay for a day here. One more thing, never let her use her hand. It may delay the recovery process."kata doktor tersebut kepada Farish setelah melihat hasil x-ray Raysha.
Farish mengangguk. Patutlah Raysha seperti gelisah sahaja sepanjang perjalanan ke hospital. Mesti dia sedang menahan sakit. Farish tiba-tiba berasa bersalah. Kalau dia tak lalai semasa memandu, pasti Raysha sihat je sekarang ni.
"Thanks doctor for the information."kata Farish lalu bersalam dengan doktor yang merawat Raysha sebelum keluar dari bilik tersebut. Dia berjalan ke bilik Raysha. Sekarang ni, Raysha sedang ditahan di hospital.
Farish masuk ke dalm bilik Raysha. Dia lihat Raysha sedang tidur apabila doktor memberikannya ubat tahan sakit.
Farish keluar semula. Dia perlu memberitahu Imran tentang keadaan Raysha. Nanti mesti Imran risau Raysha tak balik-balik.
Farish mula mendail nombor Imran. Beberapa saat kemudian, kedengaran suara Imran.
"Assalamualaikum."kata Farish, memberi salam.
"Waalaikumussalam. Kenapa kau call aku?"tanya Imran pelik. Selalunya Farish takkan call dia masa macam ni. Kecuali kalau ada benda yang betul-betul penting.
"Im, aku nak bagitahu sesuatu ni."kata Farish.
"Apa dia?"tanya Imran lagi.
"Raysha dekat hospital."kata Farish dengan nada perlahannya. Risau sekiranya Imran memarahi dirinya.
"What?!"kata Imran dengan nada terkejut. Macam mana Raysha boleh ada di hospital? Bukan tadi dia tinggal Raysha di pejabat ke?
"Ala, kau jangan banyak cakap lah. Datang jelah sini."kata Farish lalu memutuskan talian. Dia kembali masuk ke dalam bilik yang menempatkan Raysha. Dia duduk di sofa yang agak jauh dari Raysha. Memang dia yang menukarkan bilik Raysha ke bibik V.I.P. supaya Raysha lebih selesa.
Dalam setengah jam, Imran sampai ke dalam bilik Raysha. Dia melihat Raysha berada di katil pesakit. Dia cepat-cepat mendekati Raysha yang masih tidak sedarkan diri. Dia memegang dahi Raysha. Panas!
Imran memandang Farish yang memandangnya dari sofa. Kenapa Raysha boleh masuk hospital? Dan kenapa Farish berada bersama-sama Raysha?
"Im, sorry."kata Farish sambil memandang Imran.
"Apa yang jadi? Macam mana sampai boleh masuk hospital ni?"tanya Imran dengan nada tegasnya.
"Aku, tadi nak hantar dia ke masjid. Lepas tu aku tak perasan traffic light tukar warna. Aku pun brek emergency lah. Raysha punya tali beg tertarik dengan seat belt tu yang jadi macam tu."kata Farish sambil menggaru-garukan kepalanya. Ayat nya pun sudah berterabur.
"Dia tak apa-apa ke?"tanya Imran sambil matanya memandang Raysha yang masih tidak sedarkan diri.
"Collarbone fractured. Tu sebabnya doktor tahan dia. Sehari je. Esok dah boleh balik dah."kata Farish panjang lebar.
Imran mengangguk. Huh! Dia baru ingat nak siksa Raysha dengan meninggalkannya sorang-sorang. Alih-alih, Raysha boleh masuk ke hospital pulak.
"Kau balik lah. Aku boleh jaga dia."kata Imran sambil memandang kawannya. Dia perasan kawannya itu seperti tak terurus. Dengan rambut berserabut. Hish! Bini siapa yang sakit sebenarnya ni?
"Err . . . Im. Doktor pesan tadi. Jangan bagi Raysha guna tangan dia. Dia cakap nanti lambat sembuh."kata Farish lagi. Dia mendekati Imran lalu bersalam dengan Imran.
"Aku balik dulu. Assalamualaikum."kata Farish lalu keluar dari bilik yang menempatkan Raysha. Rasa bersalahnya masih tak hilang lagi.
"Waalaikumussalam."jawab Imran. Dia memandang beg Raysha yang terletak di atas meja. Dia mendekati beg tersebut sebelum memegang tali besi beg Raysha. Tak menyangka tali tersebut boleh menyebabkan Raysha berada di hospital sekarang.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...