Bab 62

7.1K 281 8
                                    

Laju langkah Puan Sri Elvira ke arah ruang ICU. Semalam dia mendapat berita anaknya sudah dimasukkan ke dalam ICU. Sejak dia mendapat berita tentang anak bongsunya, dia langsung tidak boleh tenang.

"You, sabarlah."kata Tan Sri Kamil lalu turut melajukan langkahnya ke arah isterinya. Dia tahu, isterinya sedih dengan berita kemalangan anak mereka. Tapi isterinya kena sabar.

Puan Sri Elvira berhenti di hadapan ruang ICU. Dia memandang ruang tersebut. Perlahan-lahan air matanya mula mengalir. Dia rasa seperti tak sanggup melihat keadaan anaknya. Pasti anaknya menahan sakit yang amat. Terasa bahunya ada tangan seseorang, membuatkan Puan Sri Elvira berpaling ke belakang. Dia memangdang suaminya yang berada di belakangnya sambil menahan tangisnya dari berlagu.

Tan Sri Kamil yang faham dengan perasaan isterinya, terus memeluk isterinya. Dia tahu isterinya tidak kuat untuk melihat anaknya. Dia pun rasakan benda yang sama.

"Kita kena kuat. Raysha perlukan kita."kata Tan Sri Kamil sambil menepuk-nepuk belakang badan isterinya. Mereka perlu kuat demi Raysha. Kalau bukan mereka siapa lagi.

Mereka mula masuk ke bahagian ICU. Mereka memakai pakaian khas sebelum masuk ke wad yang menempatkan anaknya. Sampai sahaja dalam wad yang menempatkan Raysha, Puan Sri Elvira melihat ibunya sedang melawat Raysha. Puan Sri Elvira berpeluk dengan ibunya beberapa ketika sebelum melihat anaknya yang masih terbaring di katil. Dia lihat di badan anaknya terdapat banyak wayar yang bersambung. Dia mendekatkan dirinya dengan anaknya lalu diusap rambut anaknya.

"Ibu datang, sayang."kata Puan Sri Elvira sambil menahan air matanya dari mengalir. Dia mencium dahi anaknya yang kelihatan pucat.

"Ibu minta maaf sebab tak ada dengan Raysha. Ibu minta maaf."kata Puan Sri Elvira sebak. Dia cuba menahan esaknya dari berbunyi.

Tan Sri Kamil menepuk-nepuk bahu isterinya. Puan Sri Elvira bangun lalu memandang suaminya di sebelah. Dia lihat suaminya pula mengusap-usap rambut Raysha.

"Ayah datang ni, Raysha. Ayah tahu anak ayah kuat. Raysha anak ayah. Bertahan ye."kata Tan Sri Kamil lalu mencium dahi anaknya. Dia melihat luka di bahagian tepi kepala anaknya. Masih kelihatan ada darah beku di situ.

Bunyi pintu terbuka membuatkan mereka memandang ke arah pintu. Mereka lihat seorang lelaki berkot putih berada di situ. Mungkin itu doktor yang ditugaskan untuk merawat Raysha.

"Tan Sri Kamil dan Puan Sri Elvira? Ibu bapa Cik Raysha Alya binti Kamil?"tanya doktor lelaki tersebut.

"Ya. Kami ibu bapa Raysha. Boleh saya tahu keadaan anak saya?"kata Tan Sri Kamil. Dia perlu tahu keadaan anaknya. Kelihatan seperti teruk sahaja keadaannya.

"Ikut saya ke pejabat. Saya akan terangkan keadaan Cik Raysha."kata doktor tersebut lalu keluar dari bilik.

Tan Sri Kamil dan Puan Sri Elvira memandang sesama sendiri sebelum bergerak ke arah pintu. Mereka perlu tahu keadaan anak mereka bagaimana.

*****
"Macam mana denga keadaan anak saya, doktor?"tanya Tan Sri Kamil setelah mereka duduk di tempat yang disediakan.

"Keadaan Cik Raysha agak parah. Dia perlukan pembedahan segera untuk membuang darah beku di kepalanya."kata doktor tersebut sambil memandang Tan Sri Kamil.

"Maksud doktor, kalau anak saya buat pembedahan tu, anak saya akan sedar semula ke?"tanya Puan Sri Elvira pula. Dia betul-betul mahu anaknya sembuh kembali.

"Itu . . .saya tak boleh janji. Hentakan yang kuat di kepala Cik Raysha telah membuatkan beberapa bahagian badannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Apa yang saya boleh cakap, walaupun Cik Raysha berjaya lalui pembedahan, kemungkinan untuk sembuh seperti sedia kala, tipis. Walaupun dia menjalani pembedahan, dia mungkin akan koma dan kalau dia sedar pun, dia mungkin lumpuh."terang doktor tersebut setelah dia menyemak segala laporan tentang Raysha.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now