Bab 81

3K 91 5
                                    

Raykarl memandang Rayna yang selamba sahaja duduk menonton televisyen. Tidak risaukah dia dengan adiknya yang baru sahaja dihalau tadi. Sudah empat jam Raysha pergi tanpa meninggalkan khabar.

"Kakak, adik tak jawab call ni."kata Raykarl dengan risaunya. Dari tadi dia menelefon Raysha, namun Raysha langsung tidak angkat. Malahan telefonnya sudah mati.

"Biarlah dia. Dia ingat dia tu bagus sangat ke sampai semua orang nak kena ikut cakap dia?"kata Rayna sambil mengunyah popkorn sambil menonton televisyen. Kalau adiknya popcorn, dia kunyah-kunyah adiknya tu.

"Kakak, dia tu adik. Wajarlah dia buat salah dan kita tegur."kata Raykarl menasihati.  Tak suka melihat adik-adiknya bergaduh.

"Abang ni asyik nak sebelahkan perempuan tu dah kenapa? Dia tu tak lari jauh lah. Paling jauh pun, rumah Lizzy sana tu je. Dia tu mana ada kawan lain selain Lizzy. Abang pergilah call Lizzy."kata Rayna bengang. Dia nak tengok tv pun terganggu gara-gara abangnya yang bising dari tadi.

Raykarl pantas menelefon sepupunya , Lizzy.

"Dia ada je kat sana. Abang risau melebih."kata Rayna sambil memandang abangnya.

Raykarl membuat muka ke arah Rayna. Dia menunggu beberapa saat sebelum panggilannya berangkat.

"Lizzy, Raysha ada kat sana ke?"tanya Raykarl pantas setelah Lizzy mengangkat panggilan.

"Ray? Dia nak datang sini ke? Dia tak call I pun."kata Lizzy membalas. Biasanya bila Raysha nak datang, dia akan menelefon dahulu.

"Dia tak ada kat sana eh? Sorry ganggu you."kata Raykarl lalu menamatkan panggilan. Dia memandang Rayna lalu menggeleng. Raysha tak ada dekat rumah Lizzy!

"Uncle Damian?"kata Rayna lagi. Raysha takkan lari jauh lah. Dia mana kenal sesiapa pun kat sini.

Raykarl pantas menelefon Dr. Damian. Berharap sangat yang doktor pribadi adiknya tu tahu di mana keberadaan adiknya.

"Assalamualaikum, uncle."kata Raykarl memulakan bicara.

"Waalaikumussalam, Raykarl. Ada apa kamu telefon ni?"tanya Dr. Damian.

"Er . . .uncle, Raysha ada kat situ tak? Raykarl call dia dari tadi dia tak angkat. Phone dia off."kata Raykarl dengan nada risaunya.

"Raysha tak balik lagi ke? Sepatutnya dia ada kat rumah sekarang ni."kata Dr. Damian sambil melihat jam tangannya. Sudah lama Raysha meninggalkan kawasan hospital.

"Ermm . . .tulah uncle. Dia ada balik tadi. Lepas tu dia gaduh dengan Rayna. Lepas gaduh tu, dia terus keluar rumah. Bila Raykarl call dia, dia tak angkat. Phone dia off."kata Raykarl membuka cerita.

"Isk kamu ni. Dah besar-besar pun nak gaduh. Baik kamu cari adik kamu tu. Dia tu baru lepas accident tadi."kata Dr. Damian memberitahu. Dia tak naklah kalau Raykarl dan Rayna mengambil mudah soal adik bongsu mereka.

"Accident!"kata Raykarl agak kuat lalu memandang Rayna yang mula berhenti mengunyah popcorn.

Rayna memandang abangnya. Siapa yang accident?

"Dia okey tak?"tanya Raykarl dengan risau. Kenapalah adiknya tadi senyap sahaja? Kenapa tak cakap dia baru lepas accident.

"Dia okey. Cuma tulang tangan kiri dia retak je. Yang teruknya, Kyle. Dia ada kat hospital sekarang."kata Dr. Damian sambil memandang bilik anaknya ditempatkan. Sehingga sekarang, Kyle masih tidak sedarkan diri lagi.

"Kyle? Macam mana keadaan Kyle?"tanya Raykarl dengan risau. Dia langsung tidak tahu yang kawan baiknya turut sama kemalangan dengan adiknya.

"Dia masih tak sedarkan diri lagi. Tapi doktor kata dia stabil. Kamu jangan risaulah. Uncle ada dengan dia ni. Yang kamu patut risaukan adik kamu tu."kata Dr. Damian menenangkan Raykarl.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now