Bab 15

6.2K 208 0
                                    

Raysha mengupas kulit udang dengan kasar. Geram betul dia dengan Imran yang dari tadi mengarahnya membuat itu ini. Macamlah dah cacat takde tangan nak buat semua benda tu sendiri. Sengaja nak menyusahkan orang.

"Kasarnya cara awak kupas udang tu. Awak marah saya ke?"tanya Imran dengan nada memerlinya. Dia tahu Raysha tengah panas hati dengannya. Puas dia melihat muka tak puas hati Raysha.

Dari sejak Raysha hantar sarapan pagi tadi lagi, dia tak henti-henti menyuruh Raysha buat kerja. Raysha nak air. Raysha tolong basuh kereta saya. Raysha tolong amik kasut saya. Raysha itu, Raysha ini. Padan muka dengan Raysha. Cari pasal dengan dia lagi.

"Mana ada."jawab Raysha walaupun dalam hati dah berbakul-bakul sumpah seranah Imran. Dia buat Raysha macam bibik dia pulak. Sesuka hatinya sahaja nak mengarah itu ini. Dah mengalahkan nenek Raysha. Nenek Raysha pun takde sampai nak suruh dia buat itu ini. Kalau Raysha seperti teragak-agak nak buat sesuatu, pasti Imran akan cakap 'saya sakit sebab awak tau.' Eee . . . Geram je Raysha dengar.

"Lambat lagi ke awak kupas? Saya dah lapar ni."kata Imran sambil mengusap perutnya. Biar Raysha rasa bersalah sebab biarkan dia kelaparan.

"Ye. Dah siap ni. Awak bacalah doa dulu."kata Raysha. Dia mengambil nasi yang sudah digaulkan dengan kuah tomyam menggunakan sudu lalu disuakan ke arah Imran.

Imran mengangakan mulutnya, lalu makan nasi tersebut. Sedapnya. Sebenarnya, dia yang meyuruh Raysha masak tomyam campur. Dah lama rasanya dia tak makan tomyam sejak dia duduk di luar negara.

Raysha memandang Imran yang makan dengan gembiranya sambil menutup mata. Dia melihat lauk tomyam yang dia masak. Biasa je. Apa yang mamat ni rasa sampai tutup mata tu.

"Okey tak?"tanya Raysha dengan nada takut-takut. Yelah, risau sekiranya Imran cakap tak sedap dan menyuruhnya masak lagi sekali. Kalau itu terjadi, memang masa tu ringan je tangan Raysha nak mengetuk kepala Imran. Jangan main-main dengan dia!

"Sedap."balas Imran sambil tersenyum seperti budak-budak dapat gula-gula. Kali ni dia tak tipu. Masakan Raysha memang sedap, mengalahkan pembantu rumahnya yang masak.

Raysha mengangguk. Kalau kau cakap tak sedap tadi, aku ketuk kepala kau. Banyak komen pulak. Suruh masak tak tahu.

"Saya nak ayam."kata Imran apabila dia perasan Raysha hanya mengambil nasi sahaja.

"Ye, ye."kata Raysha lalu mengambil ayam lalu disuakan sudu tersebut ke arah Imran.

"Amboi, sweet nya dua orang ni."tegur seseorang dari arah belakangnya.

Raysha berpaling untuk melihat siapa yang menegurnya. Dia terus meletakkan sudu yang dipegangnya. Mukanya mula pucat apabila melihat seorang wanita pertengahan umur tersebut tersenyum memandangnya.

"Mummy."kata Imran lalu bangun dari duduknya lalu memeluk wanita tersebut. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan mummynya.

Datin Fasya membalas pelukan anak bongsunya. Terubat rindunya pada anaknya yang seorang ni. Datin Fasya melepaskan pelukan setelah agak lama mereka berpeluk. Datin Fasya memandang Raysha.

"Tak nak kenalkan kat mummy ke?"tanya Datin Fasya kepada Imran. Dia perasan muka Raysha agak pucat apabila melihat dirinya sebentar tadi.

Imran memandang pelik ke arah mummynya. Takkan mummy nya tak kenal Raysha? Kan Raysha ni memang budak kampung sini. Takkanlah tak pernah jumpa?

"Mummy tak kenal ke? Ni Raysha. Cucu Tok Lah yang duduk hujung kampung sana."kata Imran lalu menunjukkan ke arah rumah Raysha. Pelik juga dia apabila melihat mummy nya mengerutkan dahinya, tanda tak kenal.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now