Bab 4

8.1K 245 0
                                    

Diam. Itulah apa yang sedang Raysha lakukan sekarang. Siang tadi, dia hanya kena bebel dengan neneknya sahaja. Tiba malam, dengan atoknya sekali marah dia.

Raysha bangun dari duduknya dan mula berlalu ke dapur. Lapar. Siang tadi dia malas nak makan dengan tangannya yang sakit. Semua jadi malas gara-gara sakit yang dia rasakan sekarang.

Nek Tijah yang melihat perlaku Raysha terus bersuara. "Hah! Tengok tu. Orang tengah bercakap boleh dia pergi dapur."

Raysha membuat muka sedih. "Raysha laparlah nek. Nenek dengar atok tak habis-habis bebel kat Raysha. Ye, Raysha tahu  Raysha salah. Tutup cerita."balas Raysha. Bukan dia nak berkurang ajar tapi telinganya memang dah tepu mendengar atok dan neneknya membebel.

"Raysha ni kan. Kalau atok dengan nenek cakap ada je nak balas. Cuba dengar apa yang kitorang cakap ni. Semua ni untuk kebaikan Raysha jugak. Kalau apa-apa jadi dekat Raysha siang tadi macam mana? Cuba fikir dulu sebelum buat sesuatu tu."bebel Tok Lah.

Bukan dia tak tahu perangai cucunya yang nak buat benda semuanya cepat. Akhirnya, inilah dapatnya.

Raysha mengeluh. Dah mula lagi. Baru ingat nak berhenti tadi. Perut yang mula berkeroncong ditahan juga.

"Atok, relaxlah. Raysha okey kan. Tak de cedera teruk pun. Cuma calar sikit je. Jangan risau, harga saham Raysha masih tinggi lagi."kata Raysha sambil tersenyum. Setakat luka sikit-sikit takkan tinggalkan parutlah.

Nek Tijah dengan Tok Lah sudah menggelengkan kepalanya. Raysha, Raysha. Orang tengah serius boleh dia buat lawak pulak.

"Tengok tu. Kalau orang cakap ada je balasan dia. Saham tinggilah apalah."kata Nek Tijah dengan nada geramnya.

"Atok bukan risaukan saham apa bendalah yang Raysha merepek tu. Atok cuma risaukan keselamatan Raysha. Ibu dan abah Raysha dah amanahkan atok dengan nenek untuk jaga Raysha. Kalau apa-apa jadi, Raysha nak ke kalau ibu dengan abah Raysha cakap kami ni tak mampu nak jalankan amanahnya?"kata Tok Lah panjang lebar. Dia cukup risau kalau apa-apa jadi dengan cucu kesayangannya ni.

Raysha menghembuskan nafasnya. Dia mendekati atok dan neneknya yang memandang ke arahnya. Dia memegang tangan atok dan neneknya di kiri dan kanan tangannya.

"Raysha tahu atok risau. Raysha minta maaf. Raysha tak de niat pun nak nak buat atok risau. Apa yang Raysha fikir, atok dah penat kerja kat lebun tapi makanan tak sampai lagi. Mesti atok lapar. Tu sebabnya Raysha bawa basikal laju-laju. Raysha kesiankan atok."kata Raysha jujur. Dia bukan sengaja nak buat atok dan neneknya risau. Cuma masa tu apa yang difikirkan hanyalah atoknya.

"Kalau ye pun, bawa jelah perlahan. Bukannya takkan sampai kan?"kata Nek Tijah. Terkejut betul dia apabila melihat cucunya itu balik dengan keadaan terjengket-jengket. Bukan itu sahaja, kesan darah juga ada pada lengan baju cucunya.

"Ye. Memang akan sampai. Tapi selama ni elok je. Tiba-tiba ada mamat berlagak tu nak masuk simpang. Dah lah tak bagi signal."omel Raysha. Dia sebenarnya masih tak puas hati lagi dengan mamat berlagak tu. Sebabkan mamat tu lah dia menanggung kesakitan saat ini.

Tok Lah menggelengkan kepalanya. Dah mula lah tu. "Tadi Irfan ada minta maaf bagi pihak adik dia. Dia cakap adik dia ada masalah sikit tu yang ada terkeluar kata-kata yang menyakitkan hati tu."kata Tok Lah. Dia baru teringat perihal adik Irfan.

Raysha merengus. Kenapa pulak orang lain yang kena minta maaf bagi pihak orang lain? Apa adik dia tak de mulut ke? Amboi! Bukan main siang tadi sound aku, cakap aku buta lah, bisu lah, pekaklah. Hee . . . Menyakitkan hati betullah.

"Orang dah minta maaf tu? Maafkan jelah. Boleh termenung pulak."kata Nek Tijah apabila melihat Raysha yang seperti dalam dunia khayalannya.

"Nek, adik abang Ir tu tak de mulut ke? Kenapa abang Ir yang kena minta maaf bagi pihak dia?"tanya Raysha dengan nada tak puas hati. Orang lain yang salah orang lain yang minta maaf. Banyak cantik.

Tok Lah menghembuskan nafas berat. Tahu sangatlah dengan perangai cucunya. Depan orang bukan main sopan, dengannya dan isterinya, semua dia cerita.

"Kan atok cakap tadi, adik dia ada masalah sikit. Ala, maafkan jelah. Tak pun kalau susah sangat nak maafkan, nanti atok suruh si Irfan bawa adik dia dan minta maaf dengan Raysha. Nak?"perli Tok Lah.

Raysha menjulingkan matanya. Tahu sangat atoknya sedang memerlinya. Bukan atoknya tak tahu yang dia takkan cakap walau sepatah dengan orang asing. Ini atoknya nak bawak mamat berlagak tersebut jumpa dia. Alamatnya, mamat berlagak tu datang tapi dia takkan jumpa Raysha lah. Jangan harap dia nak jumpa.

"Yelah. Raysha maafkan. Tapi atok jangan nak bawa dia jumpa Raysha pulak. Nanti Raysha berkurung je dalam bilik."kata Raysha sambil melepaskan pegangan tangannya dengan atok dan neneknya. Dia mula memegang perutnya yang berkeroncong sejak tadi. Dia membuat muka sedih memandang atok dan neneknya.

"Jomlah makan. Raysha laparlah. Dah lah siang tadi tak makan lagi sebab sakit tangan ni."kata Raysha sambil memunjukkan siku dan tapak tangannya yang luka akibat kejadian siang tadi.

Tok Lah dan Nek Tijah mahu ketawa melihat muka cucunya yang kelaparan itu. Tu lah, cari pasal lagi. Kan tak pasal-pasal terpaksa menahan perut akibat tangannya yang sakit.

"Lapar ke? Nenek ingatkan Raysha tak lapar yelah dari tadi asyik belek tangan je. Kenapa? Takut saham jatuh?"perli Nek Tijah sebelum tersenyum apabila melihat muka cemberut cucunya.
Bukan dia tak perasan, lepas sahaja dia mencuci luka cucunya itu, cucunya berkurung dalam bilik sahaja. Lepas tu asyik tengok luka yang ada di tangannya sahaja.

"Nenek ni . . ."

Ketawa Tok Lah dan Nek Tijah apabila mendengar kata yang keluar dari neneknya. Tahulah dia yang cucunya itu walaupun tunjuk muka macam tak risau sebenarnya dia yang lebih risau kalau lukanya tak hilang.

"Dah lah tu Jah. Marilah makan. Kesian pulak abang tengok muka dia tu. Kelaparan sangat tu."kata Tok Lah sambil bangun dari duduknya.

Nek Tijah dah Raysha turut bangun sebelum berlalu ke arah dapur. Kesian dengan cucunya yang kelaparan.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now