Bab 28

5.3K 171 3
                                    

Zara yang sedang memakaikan bedak di muka Raysha mengeluh. Dia meletakkan berus mekapnya lalu memeluk tubuh sambil memandang Raysha.

Raysha yang dengar keluhan Zara memandangnya. Asal pulak dia nak mengeluh ni. Aku yang kena kahwin ke dia?

"Akak kenapa? Ada apa-apa ke kat muka Raysha?"tanya Raysha apabila dia melihat Zara yang masih memeluk tubuhnya. Kemudian dia alihkan mulanya ke arah cermin di hadapannya. Dia cuba menilik mukanya. Apa yang tidak kena?

"Memang ada apa-apa pun."balas Zara sambil matanya mula mengambil blusher yang sesuai untuk digunakan di muka Raysha.

"Haa??"tanya Raysha sambil berkerut dahinya. Ada apa kat mukanya. Tadi dia lihat di cermin. Tak ada apa-apa pun. Biasa je mukanya. Ke mata Zara ni dah kero.

"Taklah. Akak pelik. Macam manalah muka Raysha boleh flawless macam ni. Raysha pakai produk apa?"tanya Zara, mencungkil rahsia. Mana tahu mukanya boleh jadi macam Raysha jugak.

Raysha menghembuskan nafasnya. Ingat apalah tadi. Rupanya hal itu.

"Produk apalah akak ni. Raysha tak pakailah."balas Raysha dengan lembut.

"Ye ke? Ke Raysha sengaja nak sembunyikan?"tanya Zara dengan musykil. Pelik dia lihat muka Raysha. Flawless gila.

Raysha menggeleng tanda tiada. Sedang dia dimekapkan, tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Raysha memandang ke arah pintu tersebut. Dia lihat mak sunya di situ.

"Mak su."kata Raysha lalu bangun dari duduknya. Dia mendekati maksunya sebelum memeluknya. Sudah lama dia tidak jumpa maksunya.

Puan Rina membalas pelukan Raysha. Setelah beberapa ketika baru pelukan dilepaskan. Dia tersenyum memandang anak saudaranya yang sudah cantik memankai baju kurung berwarna putih. Sesuai sangat dengan orang yang memakainya.

"Cepat betul Raysha nak kahwin ye? Tak cakap dengan maksu pun?"kata Puan Rina sambil membuat muka marahnya. Dia sebenarnya sengaja nak berbuat begitu. Dia juga sebenarnya dah lama tahu yang Raysha akan kahwin hari ini daripada maknya, Nek Tijah.

"Mak su tak payah tipulah. Mesti nenek dah bagitahu maksu punya."kata Raysha. Dia tahu sebenarnya maksunya tahu akan hal perkahwinan nya ini. Bukan dia tak tahu neneknya selalu menelefon maksunya. Alah, dia tahulah.

Puan Rina ketawa mendengar kata-kata Raysha. Kantoi pulak.

"Raysha, ibu dengan ayah mana? Mak su tak nampak pun."kata Puan Karina sambil melihat Raysha. Rasanya semasa dia sampai tadi, dia langsung tidak melihat abang dengan kakak iparnya. Takkan Raysha tak bagitahu dia nak kahwin kut.

Raysha dia. Sebenarnya dari pagi tadi dia cuba menelefon ibunya, tetapi masuk ke peti suara. Dia risau apa-apa berlaku kepada keluarganya.

Tiba-tiba telefon Raysha berbunyi. Raysha cepat-cepat berlalu ke arah meja soleknya dan melihat nama pemanggil. Ibunya! Raysha mengangkat panggilan tersebut.

"Ibu, where are you? Kenapa tak jawab call tadi?"kata Raysha sebaik sahaja panggilannya bersambung.

"Assalamualaikum, anak ibu. Dah lupa nak beri salam ke?"tanya Puan Elvira sambil ketawa kecil apabila mendengar suara anaknya yang kedengaran cemas.

Raysha menggarukan kepalanya. "Waalaikumussalam. Sorry. Ray risau. Bukan flight ibu semalam ke? Kenapa tak sampai lagi?"tanya Raysha. Pelik betul dia. Sepatutnya ibunya sudah sampai memandangkan keluarganya mengambil penerbangan pada waktu petang. Ni tak sampai-sampai lagi.

"Ray, I'm sorry. I could not attend you wedding. Ayah kena serangan jantung semalam. Jadi kami terpaksa batalkan flight dan pergi ke hospital."terang Puan Elvira kepada Raysha. Bukan dia sengaja tidak mahu datang, tetapi suaminya tiba-tiba sahaja terkena serangan jantung.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now