Part 1

19.4K 400 9
                                    

[After Marriage]

PAGI yang indah, membuatkan tidurnya menjadi lena. Namun, bila singa dah mengaum maka hilang sudah indah dan nikmat tidur tatkala suara garau menjerit ditepi telinganya. Perghh! Sakit pula gegendang telinganya.

"Woi! Budak gemuk, pendek bangunlah! Kau ingat aku ni jam loceng kau ke hah nak gerak kau pepagi buta!" Jeritnya mengema satu rumah banglo dua tingkat itu dengan suaranya.

Singa beku datang dah!

"Hoi gemuk bangunlah! Kau datang lambat kelas aku rini... Tengoklah langit tu tinggi ke rendah." katanya dengan nada suara rendah.

"Tidak!?" Jerit perempuan yang masih berbungkus dengan selimut tebal. Dia bangun, memandang lelaki yang membangunkan dia dengan cara kejam. Lelaki yang berumur 24 tahun itu, tersenyum herot sambil membetulkan necktie.

"Kau lambat markah projek kau aku potong 50%." kening dijongket dengan senyuman sinis. Dia melangkah keluar daripada bilik perempuan tersebut atau dari kata lain bilik isterinya. Jeon Hana.

"Tak guna kau Jeon jebon Jungkook! Siap kau nanti!" Hana turun daripada katil. Tuala dicapai. Mulut kumat-kamit menyumpah si suami itu.

"Sedap perfume kau je kata aku gemuk ye. Badan aku punyalah lansing, boleh buat model lagi dia kata gemuk? Melampau betul!"

"Tak mention pendek sehari tak boleh ke? Tau lah aku ni pendek, nak ambik barang atas almari pun terjengkit-jengkit? Menyampah tak tuntuang dah aku ni!" Bebelnya sambil menghempas pintu bilik air. Melampias rasa marah. Pagi-pagi lagi sudah tak ada mood.

• • • • •

"FUHH! Nasib baik selamat sampai!"

Hana termengah-mengah mengatur nafas. Suasana di dalam dewan kuliahnya, terasa sunyi seperti tiada tanda-tanda kehidupan. Hana berasa pelik, lantas dia memandang segenap dewan itu. Dia pelik kenapa semua rakannya memandang kearahnya.

"Kenapa.."

"Jeon Hana. Why did you late come to my class? You know that, I do not like people come late to my class?" Ujar satu suara garau menyapa gegendang telinga Hana.

Dengan perasaan gerun, Hana memandang ke arah suara tersebut. Telan liur sejenak.

Mampuss kau Hana...

"Dr. Jeon saya minta maaf sebab lambat. Saya... Saya salah masuk dewan tadi tu yang lambat." Alasan yang spontan keluar dari mulutnya hampir mengundang tawa dari seisi dewan itu.

Hana ingin rasanya menangis, tatkala melihat senyuman sinis yang terbias dibibir Dr. Jeon a.k.a Jeon Jungkook suaminya itu.

"Alasan yang sangat kebudakkan. So, saya nak awak berdiri dekat luar dewan dengan tangan diangkat ke atas sampai kelas saya tamat. Projek awak untuk minggu ini saya potong 20%. Awak tak kisah kan?" katanya tegas. Menusuk ke hati Hana yang mendengarnya.

Hana menggigit bibir bawahnya, menahan sebal. Merenung mata Jungkook tajam. Jungkook tersenyum senget.

"Tapi Dr. Jeon saya cuma lambat 5 minit aje pun, tolonglah jangan potong markah saya Dr. Jeon." rayu Hana. Mengenggam tangan kedepan dada. Memujuk Jungkook agar bermurah hati untuk memaafkannya.

Para pelajar yang ada di dewan itu, hanya menjadi penonton tidak berbayar.

"Do I care? 5 minit pun masa juga kan?"

"Dr. Jeon kan hensem, kacak lagikan bergaya. Tolonglah maafkan saya.."

Bibir Jungkook terangkat. Tajam matanya memandang Hana. Senyuman senget diukirkan pada bibirnya. Dia memeluk tubuh.

"Well, saya memang hensem selalu. But, you can get out to my classroom now!"

Kalau sudah hati batu, memang payah nak pujuk rayu. Hana mengetap bibir. Hati kecilnya terasa dengan perangai Jungkook.

Sebelum dia melangkah keluar daripada dewan, dia berkata dengan suara perlahan dan hanya Jungkook sahaja yang mendengar.

"You're jerk Dr. Jeon Jungkook."

"Yes, I'm jerk."

Tunggu kau jebon, aku balas nanti! Desis hati Hana geram.

******
TBC

First chapt is pendek. Sorry oeh. I hope you like it. ^^

 ^^

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now