Part 17

3.4K 131 8
                                    

HANA menyanggul rambutnya, anak rambut yang terjutai diatas dahi dibiarkan sahaja. Baju tidur separa paha dibetulkan. Pelembap bibir dicalit sedikit. Perfume lemon disembur ke seluruh tubuh.

Jam dinding dikerling, pukul 9.30 malam. Dia melihat penampilannya di cermin lantas satu senyuman terukir dibibir.

"Perfect!"

Kakinya melangkah keluar bilik lalu dia menuju ke bilik Jungkook yang bersebelahan dengannya.

Pintu bilik tersebut dikuak perlahan. Kepala dijengulkan sedikit kedalam bilik suaminya, dia tersenyum mendapati Jungkook berada di dalam tandas. Line clear!

Katil king size itu dipanjat. Dia baring ditengah katil tersebut. Tubuhnya mengiring menghadap ke tandas, menunggu Jungkook keluar dari bilik air.

Pintu tandas terbuka dari dalam. Jungkook terkedu depan pintu tandas tatkala melihat pemandangan yang panas dihadapan. Perlahan-lahan dia telan liur. Wajahnya pucat lesi bagaikan tidak berdarah.

Jungkook berdeham. "Kau buat apa dalam bilik aku ni? Dan kenapa kau pakai baju tidur yang macam tak cukup kain benang ni? Kau ingat aku tergoda? Baik kau bla dari bilik aku! Sebelum aku tendang kau sampai keluar angkasa nak?" Katanya datar. Dia berdiri dihadapan Hana sambil memeluk tubuh.

Hana hanya tersenyum senget, apa dia kata tadi? Tak tergoda ye? Kita tengok nanti..

"Biar lah saya nak pakai macam ni, lagipun saya pakai seksi-seksi hanya depan oppa aje! Saya buat apa dalam bilik oppa? Lagipun kat pintu tak ada tulis pula yang saya tak boleh masuk dalam bilik suami sendiri. Betul ke oppa tak tergoda emm?" Hana angkatkan keningnya dengan nakal sekali. Dia bangun dari berbaring lalu turun mendekati Jungkook yang memandang datar ke arahnya.

Jungkook duduk dibirai katil bila melihat Hana turun. Mungkin gadis itu mahu keluar?

Namun sangkaannya meleset sama sekali.

Tubuh Jungkook mengeras kerana terkejut dengan perbuatan Hana yang tiba-tiba duduk diatas ribanya dengan kaki dilingkarkan kepinggangnya. Nafasnya tertahan.

Jebon cutie pie, siaplah kau nanti aku terkam kau! Bisik hati Hana nakal.

"Oppa kata tak tergoda kan , jadi saya nak buat oppa naik hot! Hmm." Hana menggigit bibirnya sambil mata mengerling nakal kearah Jungkook.

Dia membelai rambut lebat Jungkook yang halus dan lembut itu. Tangannya turun pula ke wajah Jungkook yang kemerahan itu. Mata mereka bertembung saling merenung tajam menghantar sebuah perasaan yang tersendiri.

Jungkook tahan nafas tatkala Hana mula mencium seluruh wajahnya. Tangan dia terkepal. Dia mencuba menahan kendalinya daripada terlepas. Hawa nafsu mula menyegahnya.

Jari-jemari nakal Hana mula membuka satu persatu butang baju tidur Jungkook sebelum lelaki itu menahan tangannya, lalu menolak tubuh Hana hingga terbaring di atas katil dengan Jungkook diatasnya.

"Shit! Kau sengajakan buat aku jadi hot? Kau cuba pancing nafsu aku hmm?"

"Well. Kenapa oppa tergoda ke?"

Kening Jungkook terangkat, dia smirk. Lantas dia bangun dari menindih Hana. Raut wajah Hana yang bingung itu tidak dia endahkan. Patung arnab yang ada dikepala katil dicapai. Lalu diletakkan diatas tubuh Hana.

"Nah! Kau main aje dengan bunny ni, aku malas nak masuk campur. So, kalau kau mengandung nanti, kau minta si bunny ni tanggung jawab ye? K bye!!" Ujar Jungkook sinis. Lalu dia keluar bilik meninggalkan Hana yang sudah naik hantu mendengar ayatnya.

"Jebon punya suami! Nanti kau, harini kau boleh lepas, esok lusa jangan harap aku lepaskan kau."

• • • • •

"JOMBLO happy, mat salih patah kaki, pergi hospital melati, tengok-tengok dah mati!" Jungkook bersenandung riang sambil melangkah menuju ke ruang makan. Dia melihat Hana yang sedang menghidangkan makanan untuk sarapan pagi. Dia tersenyum nipis lalu dia membuat riak wajah datar semula.

Dia duduk dikerusi dengan senyap. Anak matanya bergerak memerhatikan Hana.

"Morning oppa!" Sapa Hana ceria. Ciuman pagi di hadiahkan kepada Jungkook.

"Hmm. Morning too." Jawab Jungkook malas. Hana senyum manis dengan balasan Jungkook.
Dia mengambil tempat disebelah Jungkook.

Sepinggan mie goreng diletakkan dihadapan Jungkook.

"Jemput makan!"

Mereka berdua makan sarapan pagi itu dengan keadaan senyap.

"Hmm, apa best semalam bermain dengan bunny?" Kata Jungkook selamba. Hana tersedak mie goreng yang baru saja masuk ke dalam mulut. Dia memandang tajam kearah Jungkook. Jungkook tersenyum senget sambil mengangkat kening.

"Apa? Tak puas hati? Ke kau belum puas main dengan bunny semalam? Kalau kau nak main dengan bunny lagi, boleh je aku bagi."

Pang!

Meja makan ditepuk kuat oleh Hana membuatkan Jungkook terkejut seraya memegang dadanya.

"Oh indahnya kalau beristeri dua.." latah Jungkook spontan.

Hana menjeling Jungkook tajam.

"Jangan berani nak pasang baru. Nanti gigi arnabmu, tersenget ke kiri."

********
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now