Part 84

1.9K 70 2
                                    

JUNGKOOK mengusap perut Hana yang membonyot itu, sejurus mendaratkan kucupan diatas perut Hana. Hana hanya tersenyum melihatnya.

"Bila baby akan lahir ye? Kanda dah tak sabar nak tengok anak kita, keluar dari perut dinda yang membelon besar ni macam nak meletup pun ada." kata Jungkook selamba, dan kepalanya dilibas oleh Hana perlahan.

"Ish dia ni. Lagi satu minggu, baby dalam perut ni nak keluar dan tengok wajah papanya yang nakal ni."

"If papa dia nakal, Mama dia pula otak biru kan, dengan miangnya mengalahkan ulat belucas." kata Jungkook dengan gelak.

Hana merengus halus dan menggulingkan mata keatas. Pipi Jungkook dicubit geram, membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.

"Ish, susah betul kalau ada pipi tembam ni. Asyik kena cubit aje dengan orang, sebabtu pipi kanda ni makin chubby."

"Tak apa kalau makin cubby pun, dinda suka. Kanda comel aje dengan pipi tembam tu. Senang nak cubit-cubit dan gigit-gigit pipi kanda tu." Hana tersenyum miang. Mengerling Jungkook nakal.

Jungkook hanya membuat muka toyanya, menyebakkan rambutnya kebelakang. Hana terpesona sejenak melihat pemandangan indah didepan matanya.

Dengan geram dia menolak tubuh Jungkook hingga berbaring di katil, membuatkan Jungkook tersentak. Terus Hana mengambil tempat disebelah Jungkook lalu memeluk erat tubuh suaminya itu seraya mendaratkan kucupan dikedua belah pipi tembam Jungkook.

Jungkook hanya mampu tergelak geli bila Hana mencium pipinya bertalu-talu.

"Pompuan miang.. Auch." Jungkook terjerit bila pipinya digigit Hana.

"Kata sekali lagi, maka pipi kanda tak akan selamat." Hana mengancam Jungkook. Memasang wajah pura-pura garang. Memandang wajah Jungkook geram.

"Hehe." Jungkook tersengih menayangkan gigi arnabnya yang comel itu, membuatkan Hana makin geram dengan suaminya. Katakanlah dia miang tahap lima.

"Dahlah jom tidur, dah lewat ni." Jungkook mendekatkan wajahnya ke arah Hana sehinggalah dahi dan hidung mereka bersentuhan. Jungkook tersenyum manis sambil melingkarkan tangan kepinggang Hana.

"Hmm!" Hana mengangguk kepala dan membalas senyuman Jungkook. Hana melingkarkan tangannya ke leher Jungkook.

"Goodnight kanda comel."

Jungkook tergelak kecil.

"Goodnight too, dinda sayangnya Kanda yang huduh ini."

Mata Hana membulat, mendengar ucapan Jungkook itu.

"Budak renab ni.. Kuangjak betul ya." hidung Jungkook ditariknya kuat, membuatkan Jungkook terjerit kecil dengan gelak.

• • • • •

HANA tersedar dari tidur lenanya, dia menyentuh perutnya yang memulas itu. Dia mengeluh sakit kerana perutnya ditendang dari dalam.

"Kanda.. Sakit kanda. Perut dinda sakit kanda, bangun kanda." Dengan susah payah, Hana mengoyang bahu Jungkook, berharap suaminya itu bangun.

"Kanda bangun! Perut dinda sakit, bangunlah!" jerit Hana kuat ditepi telinga Jungkook.

"Huh?" Jungkook memandang Hana dengan mata kuyunya, lalu dipejam semula matanya membuatkan Hana geram.

Hana menghela nafas sejenak, dia geram. Hana menundukkan kepala, bila terasa sesuatu yang mengalir dicelah pahanya. Selimut disebak, memandang pahanya yang mengalirkan cecair putih. Air ketubannya sudah pecah.

"Jeon Jungkook!" jerit Hana makin kuat.

"Ya cikgu, saya tak siap kerja sekolah lagi. Jangan lah denda saya yang kiut miut ni cikgu." Jungkook terbangun dari tidurnya yang nyenyak kerana terkejut dengan jeritan itu ditepi telinganya. Dengan keadaan masih mamai, dia memandang Hana bingung.

"Dinda kenapa?"

"Perut dinda sakitlah bodoh. Cepat bawa dinda ke hospital."

"Huh?"

"Bawa dinda ke hospital kanda!! Perut dinda sakit!"

"Sekarang?"

Hana memandang Jungkook geram, ingin rasanya mahu melayangkan sebuah pukulan pada lelaki didepannya ini sekarang juga. Perutnya sudahlah sakit!

"Tak lah dua tahun depan! Sekaranglah jebon!"

Jungkook memegang dadanya kerana terkejut dengan jeritan Hana. Jungkook dengan tergesa-gesa, terus turun katil dan menggendong Hana dengan susah payah.

Ketika mahu melangkah keluar bilik, Jungkook berhenti tiba-tiba.

"Kejap! Tapi nak buat apa kat hospital?" Jungkook menyoal dengan wajah polos.

Hana mengetap bibir, nafasnya turun naik. Menahan sabar. Kepalanya berasa mahu berasap sahaja.

"Dinda sakit perut kanda! Sakit sangat, macam nak pecah perut buncit dinda ni! Kanda tau tak, yang isteri comel plus seksi kanda ni nak beranak. Anak dalam perut ni dah nak keluar!! Faham tak? Tak faham juga, aku sunat kau!" jawab Hana geram, menggigit dada Jungkook kuat membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.

"Huh? Apa!!"

"Jeon Jungkook! Bayi dalam perut ni dah nak keluar, kepalanya dah hujung-hujung. Kanda nak jadi bidan terjun ke hah?"

Jungkook smirk.

"Boleh juga."

"Jebon punya suami! Kanda jangan nak pasang muka macam tu, dinda rasa nak cakar aje muka tu. Baik kanda bawa dinda ke hospital!"

"Holoh. Yelah." Jungkook mencebik kesal, dia terus menggendong Hana keluar bilik dan menuruni anak tangga dengan hati-hati.

Kereta dituju, pintu dibuka dengan susah payah. Setelah mendudukkan Hana dikerusi, Jungkook menutup pintu lantas bergerak ke bahagian memandu.

"Cepatlah hidupkan enjin."

"Nak start lah ni. Bersabarlah, sabar itu separuh daripada iman tau."

Hana memandang Jungkook yang tiba-tiba tersengih monyet kepadanya.

"Asal pula ni, cepat lah!"

Jungkook mengaru pipinya dengan senyuman sumbing.

"Hehe, kanda lupa nak ambil kunci kereta."

Hana menepuk dahinya, dengan keluhan kasar.

"Jeon Jungkook! Aku rasa nak humbankan kau ke kolam tahi sekarang ni tau tak?!"

"Sabarlah. Dinda tarik nafas dan hembuskan nafas secara perlahan. Kanda pergi ambil kunci kat dalam." kata Jungkook lembut dan dia terus melesat ke dalam rumah mengambil kunci keretanya.

*******
Tbc

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now