SUDAH hampir enam jam mereka, menunggu didepan bilik ICU. Mereka semua hanya menunduk dengan pelbagai perasaan sambil berdoa dalam hati agar, Jungkook baik-baik sahaja.
"Jim, aku nak tanya. Macam mana kau boleh ada kat situ? Siap bawa polis lagi?" Seokjin buka suara, semua mata tertuju pada Jimin.
Jimin mendongak memandang mereka. Dia hela nafas.
"Aku juga tak tau apa-apa. Cuma, Jungkook ada mesej aku dan dia minta aku call polis suruh datang kat apartmen Gangnam. Aku pun ikut aje lah." Jimin menundukkan kepala, air matanya bergenang.
"Dan aku menyesal sangat menyesal, sebab terlambat masuk ke dalam saat bunyi tembakan dilepaskan. Aku... Aku.." Jimin menundukkan kepala sambil menutup wajahnya. Esakan tangis keluar dari belah bibirnya.
Taehyung merangkul bahu Jimin dan diusap perlahan tubuh kawannya itu.
"Shh. Bukan salah kau Jim, mungkin ada hikmahnya kenapa semua ni berlaku. Jangan salahkan diri kau,"
Yang lain menganggukkan kepala, dengan kata-kata Taehyung itu.
"Betul apa yang Taehyung katakan tu. Kamu jangan salahkan diri sendiri, kamu dah tolong selamatkan mereka berdua dah cukup baik. Kami tak salahkan kamu, jadi jangan salahkan diri kamu ye." kata Puan Jeon sambil tersenyum nipis.
"Betul tu. Jadi, kita doakan untuk Jungkook supaya dia baik-baik saja." Namjoon menepuk perlahan bahu Jimin. Memberikan semangat untuk lelaki itu.
"Ehem maaf mengganggu, tapi bolehkah saya nak jumpa dengan Hana?" Daniel berkata dengan sopan santun. Memandang mereka semua dengan senyuman kecil.
"Iya saya, tapi awak siapa ye?" soal Hana sambil berdiri dari duduk. Memandang Daniel hairan.
"Saya Kang Daniel, hyung angkat Jungkook."
Mereka semua hanya mengangguk kepala dengan senyum nipis pada Daniel.
"oh. Tapi kenapa kamu nak jumpa Hana?"
"Bukan Hana je saya nak jumpa tapi, keluarga Jungkook, keluarga Hana dan saya rasa awak berenam dah tau kan apa yang terjadi membuat mereka salah faham terhadap Jungkook kan?"
Keenam lelaki itu mengangguk kepala, sementara itu. Dua belah keluarga itu masih tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Daniel.
"Apa maksud kamu, yang kami salah faham dengan Jungkook." Wonwoo menyoal bingung.
"Kalau korang semua nak tau, saya boleh jelaskan. Jadi tolong dengarkan dengan teliti, kerana saya tak kan ulang semula."
••••••
SELEPAS kebenaran terbongkar, keluarga Jungkook dan keluarga Hana termasuk Hana terdiam. Masih terngiang-ngiang dicuping telinga mereka akan semua yang Daniel katakan.
Air mata Hana tidak berhenti mengalir. Perasaannya bercampur aduk. Hatinya berasa sakit setelah mendengar kebenaran yang sebenar.
"Jungkook maafkan saya, kerana tak percayakan awak. Saya minta maaf." gumam Hana perlahan.
Cleak!
Bunyi pintu ICU terbuka, membuatkan mereka semua berdiri dan menghampiri Dr. JooMyun yang melangkah keluar dari bilik ICU.
"Macam mana dengan anak saya dok?"
Gelengan menjawab pertanyaan Puan Jeon. Mereka semua mengetap bibir, dengan jantung berdebar kencang.
"Peluru yang menembusi dada kirinya hampir mengenai jantung, tapi kami dah berjaya keluarkan peluru tersebut. Dia juga sempat kehilangan banyak darah, tapi kamu semua jangan risau. Kami dah masukkan darah yang sejenis dengannya."
Mereka semua menghela nafas lega mendengar berita tersebut namun Daniel hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah Dr. JooMyun.
"Tapi, Tuan Jungkook harus di operasi sekarang."
"Maksud dok?"
Dr. JooMyun memandang Daniel dan Daniel menganggukkan kepala dengan senyum nipis. Membenarkan Dr. JooMyun berkata jujur akan penyakit yang dihidap oleh Jungkook.
"Tuan Jungkook dalam keadaan kritikal sekarang, dia harus dioperasi dengan segera kerana virus dan bakteria sudah menyebar seluruh badannya dan menyebabkan tubuh Tuan Jungkook lemah. Detak jantungnya juga turut melemah," Dr. JooMyun menjela sekadar untuk melihat reaksi mereka semua.
"Apa maksud dok? Dia sakit apa dok?" Tuan Jeon bersuara gementar.
"Tuan Jungkook menghidap penyakit barah hati, yang sudah tahap kritikal. Kami menyarankan Tuan sekeluarga untuk segera melakukan operasi terhadap Tuan Jungkook, kemungkinan besar hanya 50% untuk dia sembuh."
Mereka semua terkaku dengan berita yang keluar dari mulut Dr. JooMyun itu.
Puan Jeon jatuh terduduk dilantai hospital selepas mendengar berita tersebut. Tuan Jeon memeluk isterinya, seraya menenangkan isterinya itu.
"Tolong, tolong selamatkan suami saya dok. Saya merayu lakukan apa saja, asalkan dia selamat dok." tangan Dr. JooMyun digenggam Hana. Wajah Dr. JooMyun dipandang, dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.
*****
TbcSorry kalu chapt ni hampa dan x feel. Btw, see you next chapt.
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...