Part 92

1.5K 74 0
                                    

JUNGHA memandang adik kembarnya yang sedang bermain dengan robot Iron Man, hadiah hari lahir daripada Opah dan Atok mereka tahun lepas. Dia mengeluh bosan, kakinya dihayun kedepan dan kebelakang.

"JungNa, hiyong bosan." rengek JungHa dengan muka cemberut.

JungNa menoleh ke arah abang kembarnya itu. Mulutnya dijuih, lalu pandangannya dihala semula ke arah robot Iron Man miliknya.

"Hmm. Kalau bosan, pi lah basuh." jawab JungNa sarkastik dengan muka bersahaja.

JungHa merengus halus. Dia memeluk tubuh, seraya membaling bantal yang berbentuk hati kepada JungNa.

"Woi! Hiyong ni, apasal huh? Sakitlah!" marah JungNa, sambil mengusap belakang kepalanya yang dijadikan mangsa bantal. Dia memberikan jelingan maut kepada abangnya.

"I don't care." bahunya dijongket acuh, dengan muka datar. Remote control ditekan kasar, secara rambang mencari saluran tv yang menarik perhatiannya. Dia mengeluh.

"Tsk, takda citer best pun. Citer Hagemaru, tak swag langsung. It's not my style okay." gumamnya kesal, setelah itu dia terus mematikan televisyen. Remote control dilempar ke atas meja.

JungNa hanya melirik ke arah abangnya, dengan perasaan malas. Diendahnya JungHa yang sedang merungut entah apa-apa sahaja. Malas dia mahu ambil tahu.

"Oi adik." panggil JungHa sambil memeluk tubuh JungNa dari belakang.

"Hmm, what?" sahut JungNa malas, mendongak memandang abangnya yang berada dibelakangnya. Tidak sedikit pun berasa, mahu menolak pelukan JungHa terhadapnya. Dia ralit dengan permainannya.

JungHa meletakkan dagunya ke atas bahu kiri adiknya, matanya memerhatikan adiknya yang sibuk dengan mainannya.

"Kenapa, papa dan mama tinggalkan kita kat rumah opah ye?" soal JungHa dengan perasaan ingin tahu.

"Entah." jawab JungNa sepatah. Bahu dijongket tanda tidak tahu.

"Mungkin pergi dating? Sebab tu lah, papa dan mama tinggalkan kita kat sini. Nak waktu berdua-duaan lah katakan." sambungnya dengan suara mendatar.

Mata JungHa terus membulat.

"Kau tahu mana?"

"Hmm, dari sumber yang boleh dipercayai?"

Mendengar suara adiknya yang mendatar dengan wajah selamba, membuatkan JungHa bengang. Dia menggigit cuping telinga JungNa, melepaskan rasa geramnya.

JungNa tersentak, lalu dia menyiku perut abangnya kasar. Pelukan tersebut terlerai serta-merta oleh JungHa, dia mengaduh sakit sambil mengosok perutnya perlahan. Senaklah juga kena siku tajam milik adik kembarnya itu.

"Sakit lah!" marah JungHa. JungNa hanya menggulingkan biji matanya.

"Padan muka! Yang hiyong pi gigit telinga adik tu buat apa? Tulah makannya. Sedap tak? Kalau nak lagi, adik boleh kasi dengan free of charge, tidak dikenakan bayaran." kata JungNa selamba dengan senyuman sinis bermain dibibir.

JungHa mengetap bibir, lantas dia membalas semula perbuatan JungNa dengan meluku kepala adiknya.

"Woi!"

"Apa? Nak gaduh ke? Mehlah nak gaduh!" kata JungHa dengan wajah bengangnya. Dia menggoncang bahu JungNa kasar, membuatkan bintang-bintang kecil mengelilingi kepala adiknya kerana pening diperlakukan seperti itu.

"Woi! Peninglah!"

JungNa merentap tangan JungHa daripada bahunya, dia menolak robot Iron Mannya. JungNa berdiri dari duduknya, lantas berbalik mengadap JungHa. JungHa turut berdiri, tangannya mencekak pinggang sambil memandang adiknya tajam.

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now