Part 34

2.6K 94 1
                                    

•••••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••••

"AMIN."

Semua mengaminkan doa untuk berbuka dan meraup kewajah.

"Jemput makan, jangan malu-malu. Nanti lapar." Kata Puan Jeon selamba sambil mencedok kuah kari ikan untuk si suami.

"Thanks darling."

"You're welcome, baby."

Pipi Tuan Jeon berona merah bila mendengar panggilan 'baby' yang terkeluar selamba dari mulut isterinya. Dia menunduk malu bila menantu dan anak lelaki bongsunya memandang ke arahnya.

Jungkook dan Hana berdeham, lalu mereka makan dengan santai seolah-olah tidak melihat kejadian dihadapan mereka sebentar tadi.

"Don't call me baby la!" Bisik Tuan Jeon pada Puan Jeon. Kesal. Dia malu dipanggil sebegitu dihadapan Jungkook dan Hana. Malu kematu dia!

Puan Jeon menjongketkan kening.

"Why baby? You shy?" Puan Jeon menyindir selamba. Suaminya menjegilkan mata.

"Shut up!" Datar sahaja suara Tuan Jeon, menjeling tajam kearah isterinya itu. Bab menyakat nombor satu. Walha mukanya sudah kemerahan namun, sebaik mungkin disoraknya.

Puan Jeon ketawa mengekek melihat wajah kemerahan milik suaminya itu. Dia curi cium pipi Tuan Jeon dengan mengenyit matanya. Nakal.

••••••

SELEPAS selesai berbuka puasa, Hana dan Jungkook duduk bersila disofa bilik mereka saling mengadap.

Jungkook memandang Hana dengan wajah tanpa senyuman sambil memeluk tubuh. Hana hanya menunduk sambil mengkuis-kuis jari-jemarinya. Hana takut untuk sekadar menatap mata Jungkook yang super duper tajam.

"Hana.."

"Dinda minta maaf. Dinda tak sengaja buat macam tu."

Helaan nafas berat terhembus kasar dari mulut Jungkook.

"Kau ni kan! Haisy, stress aku! Otak kau dah tersenget jatuh ke tekuk ke apa? Huh?"

Demi apa pun, Hana ingin sekali mencekik dirinya sendiri. Dia malu, hanya Tuhan saja yang tahu.

"Maaf, tapi dinda tak sengaja pi raba kanda tadi. Itu hanya reflek,  takda niat apa pun. Dinda pun tak tahu, kenapa." Kata Hana dengan mimik muka monyok.

"Aku boleh terima lagi kalau kau nak raba aku dalam bilik, tapi ni depan mak bapak aku, kau pi raba dengan santainya. Mana nak letak muka comel aku ni? Huh?"

Eleh comel ke? Tapi, memang comel. Pandai pula nak malu mamat ni? Ingatkan takda lah perasan malu tu, cis. Lagi pun, aku tak sengaja. Tangan ni naik sendiri, pi raba dia. Omel Hana dalam hati.

"Mengumpat lah tu." Bidas Jungkook dengan wajah datar, memandang Hana tajam.

"Mana adalah. Tak baik, menuduh. Berdosa tau, Tuhan tak ngaku umat." Sarkastik Hana bersuara. Walaupun dia dah kena setepek dihidung kerana tekaan Jungkook sangat tepat.

"Kanda."

Entah kenapa hatinya berdebar tidak menentu, bila mendengar suara mendayun dan manja dari Hana.

"Kau dah kenapa? Siap buat suara manja lagi? Nak aku tumbuk kau ke apa? Ke period day?"

Hana jeling Jungkook geram.

"Ish! Sanggup kanda nak tumbuk dinda?"

Jungkook mengangguk kepala dengan wajah tidak berperasaan.

"Berani ke nak tumbuk dinda? Yang pasti kanda kena sebat dengan omma sebab mencederakan menantu kesayangannya ini."

"Aku berani. Now, aku rasa nak sangat tumbuk muka kau yang hodoh tu."

Mata Hana terbeliak bila mendengar ayat Jungkook barusan. Dia ketap bibir. Hodoh katanya! Memang minta kaki, mamat depannya ini. Untung sayang, kalau tak dah lama naik.

Hana mengelus dadanya supaya bersabar.

"Boleh aku tumbuk kau sekarang?"

Tidak sempat dia mahu buka suara, Jungkook sudah membuatnya terdiam kaku. Matanya membulat lebar, apabila merasakan basah kedua belah pipinya yang dikucup Jungkook itu.

"Okay. Dah selesai. Aku dah tumbuk pipi tembam kau yang comel itu, geram pula nak gigit pipi pau kau ni." Kata Jungkook selamba dengan senyuman nakal.

Terus pipi Hana berona merah yang maha hebat. Hatinya bergemuruh.

"Kalau kanda nak tau, dinda pun rasa nak gigit kanda aje karang ni. Sebab kanda punya perangai malam ni nakal sangat tau?"

Kini Hana pula sakat Jungkook. Keningnya dijongket beberapa kali dengan nakalnya.

"Gigi kau tu tajam sangat ke nak gigit kulit, aku yang tebal ni. Dah-aww!"

"What the hell are you! Sakit lah bangang!" Marah Jungkook bila pipinya digigit Hana. Berbekas kesan gigi isterinya dipipinya.

Jungkook mengusap pipinya yang berdenyut sakit.

"Sorry tak sengaja. Tajam tak gigi dinda? Wow ada bekas." Hana gelak jahat, dia mahu sentuh pipi Jungkook namun sudah ditepis terlebih dahulu.

"Kejam! Nanak kawan, huh!"

Jungkook merenung Hana kesal lalu dia bangun dari sofa dan menuju ke katil dengan dahi berkerut sambil itu tangan kanannya tidak lepas mengusap pipinya yang mula menampakkan kemerahan.

Hana simpan gelak yang mahu terhambur keras bila melihat wajah Jungkook yang merajuk itu.

*******
Tbc 👋

Sorry for late update, sya sikit busy. Lagipun, sya xde idea untuk this story hehe. Sorry eh. Maaf if chapt ni kurang memuaskan. Next time, sya akan usahakan selebih baik eh. 😊

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now