••••••
"MACAM mana, dengan keadaan dia dok?"
Mereka terus menyembur soalan Doktor lelaki yang baru sahaja keluar dari wad ICU.
Dr. JooMyun tersenyum kecil.
"Dia ok, cuma perlu sikit berehat. Dia dah kami pindahkan ke wad biasa." Kata Dr. JooMyun.
Mereka meraup muka dengan senyum lega.
"Betul dia tidak ada apa-apa?" Soal Yoongi, menatap mata Dr. JooMyun tajam. Dr. JooMyun mengangguk sedikit gugup dengan senyum bersalah.
"Ya. Takda. Dia cuma demam panas, kerana terkena hujan. Itu saja."
"Ok. Terima kasih dok. Tapi, boleh kami melawat dia?"
Soalan daripada Namjoon dijawab dengan anggukkan.
"Boleh. Tapi hanya sekejap saja."
Mereka mengangguk faham.
"Kalau macam tu, kami minta diri dulu. Terima kasih sekali lagi dok."
Mereka menunduk kepala sedikit kepada Dr. JooMyun lalu menuju ke wad yang ditempatkan Jungkook.
Dr. JooMyun memandang kepergian mereka berenam. Dia senyum kecil yang sarat rasa bersalah. Kerana membohongi mereka.
"Maafkan saya, kerana tipu kamu semua. Saya terpaksa lakukan, kerana ini juga atas permintaan Jungkook. Maaf."
••••••
"KAU, dah ok kook?"
"Betul tu, kau ok ke? Tapi muka kau kenapa masih pucat aku tengok? Teruk sangat ke demam kau?"
Banyak lagi soalan-soalan yang mereka utarakan kepada Jungkook. Namun, lelaki itu hanya tersenyum nipis melihat gelagat mereka berenam.
"Aku ok je hyung, jangan lah risau." Kata Jungkook dengan senyum bunny.
"Macam mana, kitorang tak risau. Kau sampai muntah darah tau?" Bebel Jimin, mengusap rambut Jungkook kasar hingga rambut Jungkook berserabai dan ada sedikit yang gugur.
Jungkook hanya membisu dengan sebuah senyuman melekat dibibir. Dia hanya pasang telinga sahaja mendengar leteran dari mereka berenam.
"Aku suka dengar suara katak korang membebel." Jungkook terkekek kecil sesekali dia batuk.
Seokjin, Taehyung, Jimin, Hoseok, Namjoon dan Yoongi pakat jeling Jungkook.
"Kau pelik jugakan, dengar kitorang bebel kau boleh suka? Kalau aku, dah lama pengsan. Buat sakit telinga aje." Bidas Yoongi datar.
Matanya tidak berkalih walaupun satu saat pun, daripada memandang Jungkook. Sedikit sebanyak dia perasan dengan gelagat Jungkook yang lain itu.
Mata Jungkook dan Yoongi bertembung. Jungkook tersenyum kecil lalu menunduk. Dia perasan dari sinar mata Yoongi yang penuh dengan rasa sayang dan risau.
"Sebab, aku takut suatu hari nanti. Tak dapat dengar dah suara leter korang. Aku mesti rindu nanti, nak dengar korang leter kat aku." Bisik Jungkook perlahan.
"Kau ada kata sesuatu kook? Cuba ulang balik, kitorang tak dengar apa kau cakap." Taehyung berkata, memegang bahu Jungkook. Memandang wajah Jungkook yang menunduk itu.
Jungkook mengangkat kepala, dia menggeleng kecil.
"Nothing. Aku takda kata apa-apa pun." Jungkook tersenyum kecil. Membalas pandang mereka berenam.
Seketika mereka senyap, sehingga Taehyung bersuara.
"Kook, aku ada benda nak kasi tau kau. Penting."
Jungkook memangut pandang Taehyung dengan kening bertaut. Sementara, mereka yang lain sudah dapat menyangka apa yang akan Taehyung katakan kepada Jungkook.
"Apa yang pentingkan tu?" Soal Jungkook bingung.
"Ni pasal Hana." Mereka memandang wajah Jungkook yang berubah riak itu.
"Pa..pasal Hana? Kenapa?"
Taehyung beralih daripada memegang bahu Jungkook, ke tangan Jungkook lalu digenggam. Dia senyum nipis.
"Dia mengandung. Sudah masuk sebulan dah usia kandungan dia."
Kata-kata Taehyung membuatkan Jungkook tersentak dengan mata membulat.
"Me.. mengandung? Kau tak tipu aku kan hyung?"
"Taehyung betul kook, Hana mengandungkan anak kau. Bukan anak orang lain." Cela Namjoon, tersenyum manis dan menepuk bahu Jungkook.
"Betul hyung?"
"Ya kook. Kami tak tipu kau."
Mereka berenam mendiamkan diri apabila melihat air mata Jungkook mengalir ke pipi, dengan senyum lebar. Jarang sekali mereka dapat melihat Jungkook menitiskan air mata, kini mereka melihat wajah yang selalu beriak datar dan beku dihadapan mereka, kini menangis.
*******
Tbc 👋.If chapt ni hampa, I'm sorry okay? 😊. Next chapt, sya update malam ni, masih dlm proses lagi. 😂
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...