Part 27

3.2K 116 1
                                    

MALAM hari yang sejuk di Jeju dengan hempasan ombak menjadi latar. Jungkook dan Hana membisu sambil memandang ke arah pantai berombak tenang.

"Cantikkan bintang malam ni."

Suara Hana memecahkan keheningan di antara mereka berdua. Jungkook merenung Hana sejenak lalu mendongak keatas melihat pemandangan malam dengan bintang berkelipan.

"Ya memang cantik, tapi orang tepi aku ni lagi cantik." Gumam Jungkook dengan perkataan terakhir diperlahankan, dia tersenyum nipis.

Hana berpaling ke arah Jungkook tatkala mendengar sayup-sayup suara Jungkook seperti mengatakan sesuatu.

"Oppa ada kata sesuatu ke?"

"Nope." Bahunya dijongket acuh. Hana mencebik.

"Yela tu."

Senyap seketika..

"Kau nak tau satu benda tak? Sebelum kita balik Seoul, aku nak beritahu sesuatu kat kau."

Hana pandang Jungkook dengan dahi berkerut. Seketika kemudian pipinya berbahang, apa mungkin Jungkook mahu mengungkapkan tiga perkataan keramat itu dekat dia?

"Mende?" Soal Hana basa basi tidak mahu menunjukkan riak keterujaannya yang terlampau itu.

"Kau tau tak apa beza kau dengan bintang?"

"Apa? Bintang mencantikkan langit, saya hanya manusia biasa yang mampu mengagumi bintang dari jauh sebab dia cantik bila berkelipan. Bolehkah saya nak capai bintang itu?"

"Haha. Poyo gila. Tak apa biar aku aje yang tolong capaikan untuk kau ye, tapi kalau boleh aku nak kau yang jadi bintang yang berkelipan didalam hati aku supaya sentiasa bersinar."

Kata Jungkook sambil merenung Hana tepat ke anak mata. Sangat dalam. Menyirat ketulusan disinar matanya. Hana terkedu. Menatap Jungkook dengan mata terkebil-kebil.

"Beza kau dengan bintang pula. Seperti yang kau kata tadi yang bintang itu mencantikkan langit dimalam hari, tapi aku nak kau menjadi bintang berkelipan dihati aku. Kerana kau adalah bintang yang menyinari kehidupan aku." Ujarnya.

"Oppa.."

"Aku tau yang aku ni kurang romantik tapi aku nak kau tau satu benda je."

"Apa?"

"Neomul salanghae."

Dup dap dup dap. Jantung Hana berdegup kencang mendengar perkataan yang sudah sekian lama dia tunggu-tunggu akhirnya kini keluar juga daripada mulut Jungkook itu.

Jungkook tersenyum sambil tangannya menyelak anak rambut Hana yang menutupi dahi lalu diselit ke belakang telinga.

"Oppa."

"Hmm?" Sahut Jungkook, kepalanya dilentok kekiri dengan senyum manis bermain dibibir.

"Comel."

Kening Jungkook terangkat sebelah.

"Hmm?"

"Nado salanghae oppa!"

"Oh."

"Boleh pinjam bahu tak?"

"For what?"

"Dinda nak nangis."

"Kenapa nak nangis pula?"

"Dinda terharu dengan luahan hati kanda. Dinda tak sangka yang kanda balas perasaan dinda."

Jungkook memutarkan biji matanya.

"Aku ada cakap aku cinta kau ke?"

"Kanda!!"

"Okok. Gurau aje, tu pun nak emo. Nak pittam nunmul ke?"

"Ish! Pinjam lah bahu, kedekut betul!"

"Kau baru tau ke yang aku ni kedekut orangnya. Dari azali lagi, semua orang tau."

Hana menjeling tajam wajah bersahaja yang tidak ada perasaan Jungkook itu.

"Kata cinta! Tak romantik langsung!"

"Nak romantik, pergilah bercinta dengan monyet tu. Boleh bergayut atas pokok, makan pisang bersama dan berhuhu haha bersama. Sweet tak?"

Bidas Jungkook selamba membuat suasana tadi yang manis-manis bertukar menjadi masam-masam manis.

"Kanda kenal ni apa?" Hana menunjuk penumbuknya kepada Jungkook.

"Kenal. Nasi lemak?"

"Apa kena mengena dengan nasi lemak pula?"

Mulut Jungkook memuncung kesesuatu. "Tu nasi lemak."

"Hah? Ni penumbuk bukannya nasi lemak, Kanda nak rasa ke apa?" Geram Hana.

"Boleh juga." Jungkook tersenyum senget. Smirk on devil.

"Tapi nasi lemak kau harga lima puluh sen aje. Tak best." Jungkook menyeringai bila melihat wajah Hana yang bingung itu.

"Tak best?"

"Yela. Tu gunung apa? Nasi lemak lima puluh sen?" Kata Jungkook sambil menghala jari telunjuk ke arah sesuatu.

Hana melihat arah telunjuk Jungkook tertuju ke arah yang membuatnya panas.

"Yah!! Gatal punya anak jebon!"

Hana menutup dadanya yang sedikit terdedah itu. Dia gigit bibir malu kerana melihat senyuman nakal Jungkook.

"Haha. Boleh kanda rasa?"

Keningnya dijongket nakal kearah Hana. Kemudian dia berdiri lalu melarikan diri kerana melihat wajah kemerahan Hana seperti mahu menelannya hidup-hidup.

"Janji harus ditepati bak kata Najib. I'm waiting you at apartment." Jerit Jungkook kepada Hana.

"Yah! Gatal punya jebon! Ish!"

******
Tbc 👋

******Tbc 👋

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now