••••••••
JUNGKOOK tersedar daripada tidur nyenyaknya, kerana mendengar sayup-sayup suara muntah seseorang dari bilik air.
Dia bangun dari baring dan bersandar dikepala katil. Pening dikepala sedikit berkurang, namun masih terasa berdenyut.
Dia melihat ke jam yang tergantung didinding, angka jarum menunjukkan pukul 2.30 petang. Bermaksud, dia terlena hampir tiga jam.
"Kanda dah bangun?"
Tegur satu suara mengejutkan Jungkook, laju kepalanya berkalih dari jam ke arah bilik air. Dia mendapati Hana yang baru sahaja keluar dari bilik air dan perempuan itu menuju ke arahnya.
Jungkook mengangguk kepala, matanya tak beralih dari wajah Hana yang nampak pucat itu.
Hana melabuh duduk di sebelah Jungkook. Dahi Jungkook disentuh sejenak lalu dia menarik semula tangannya. Dia tersenyum lega.
"Baguslah, demam kanda dah kebas sikit. Hmm, dinda ada buat bubur, kanda nak makan? Kalau nak, dinda pergi ambilkan." Kata Hana lembut dengan senyuman nipis.
Jungkook menggelengkan kepala.
"Tak payah lah, aku belum lapar lagi. Hmm, muka kau kenapa nampak pucat?" Kata Jungkook dengan tangan dihala ke dahi Hana, sekadar untuk memastikan bahawa isterinya itu demam atau pun tidak.
Hana meraih tangan Jungkook yang berada didahinya, lalu dia genggam tangan suaminya itu. Erat.
"Tak ada apalah, jom lah kanda turun bawah. Kawan kanda ada kat bawah tu."
"Diorang kat sini? Buat apa?"
"Apa lagi, datang beraya lah. Tak nak turun ke? Lagipun, Wonwoo oppa ada."
Jungkook mengangguk.
"Nak turun juga, bila Wonwoo hyung balik? Tak cakap pun. Tapi, aku nak pergi mandi dulu, badan ni rasa melekit aje tak selesa nak duduk." Katanya.
Jungkook melihat tangan mereka berdua yang masih bertaut itu. Dia membalas genggaman tangan Hana.
"Hmm, dia sampai setengah jam selepas kanda masuk bilik untuk berehat. Ni nak tanya, asal kanda ni. Kejap aku-kau, jap lagi kanda-dinda. Mana satu ni?"
Jungkook tersenyum senget lalu dia menolak Hana sehingga gadis itu terbaring atas katil dengan dirinya berada diatas, menindih Hana.
Hana pejamkan mata rapat-rapat, bila wajah Jungkook mendekat. Dia berasa basah dikedua belah pipi dan bibirnya. Jungkook menciumnya.
"Don't care!" Jungkook bangun daripada menindih Hana dan dia melenggang masuk ke dalam bilik air dengan bersenandung riang.
Hana mendengus halus seraya menenangkan hatinya yang sudah mahu meletop itu. Setelah itu, dia tersenyum kecil dan menggeleng kepala.
••••••
"HYUNG, balik ni sampai bila? Or stay?"
Jungkook menyoal Wonwoo yang duduk bersila diatas karpet, menghadap meja kopi yang terisi pelbagai biskut raya diatasnya.
Mulut Wonwoo tidak berhenti daripada mengunyah. Enam kawannya turut, ada disitu berkumpul ditengah tamu.
Manakala para perempuan pula, melepak dekat wakaf dihalaman rumah keluarga Jeon.
Wonwoo memandang Jungkook sekilas lalu berkata.
"Only two weeks, lepastu hyung akan balik pula ke Japan. Hyung takleh tinggalkan company kita, lelama. Nanti kerja hyung, makin berlambak pula. Hyung malas, senanya." Kata Wonwoo dengan wajah santainya.
Jungkook hanya menganggukkan kepala.
"Hyung, kat sana tu. Ada awek cun tak?" Soal Hoseok, dah mula naik ulat miangnya. Terus mereka pakat jeling Hoseok.
"Kau ni, cakap camtu macam lah awek Seoul negara asal kau ni huduh, buruk macam biawak." Bidas Yoongi sedas. Savage.
"Entah! Aku tengok, awek kat sini tak macam biawak pun cuma perangai aje macam lembu yang mintak kena cucuk dengan lidi aje dan bakar kat atas pembakar. Sedap pun sedap." Sahut Jungkook datar dengan wajah tidak berperasaan.
Gelak mereka bersatu, apabila melihat wajah Hoseok sudah kemerahan kerana berang dan kesal.
"Menyampah gila dengan korang ni, bab kenakan aku nombor satu kan. Takpe, it's okay. Ni hari korang, nanti bila hari aku. Taulah apa, aku nak buat."
Hoseok menyunggingkan senyuman sinis.
Mereka yang lain hanya menjulingkan mata, dan memalau Hoseok dengan menonton kaca TV.
Hoseok mendengus kasar bila melihat gelagat kawannya, mengabaikan dirinya yang sedari dulu solo belum bertemu dengan bidadari hatinya itu. Bila agaknya, dia dapat bertemu dengan jodohnya?
**********
Tbc 👋
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfic"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...