•••••••
LAUTAN pantai yang terbentang luas dihadapan, dipandang damai dengan senyum nipis terukir dibibir mereka . Hembusan angin pada senja itu, menerpa ke muka mereka dengan lembutnya.
Taehyung mengerling Jungkook yang duduk disebelahnya itu. Lelaki itu asyik melamun saja, sejak mereka tiba di Pantai Cahaya Bulan itu.
"Kook, kau ok?" Taehyung bertanya, seraya menepuk perlahan bahu Jungkook.
Jungkook tersentak, lalu memangut pandang ke arah Taehyung. Kawannya yang lain turut memandang ke arahnya. Tatapan mata mereka, menyiratkan rasa kerisauan terhadapnya. Jungkook tersenyum nipis, sejurus mengalih pandang ke pantai dihadapannya.
"Kalau kau ada masalah, ceritalah kat kami. Kami akan dengar, kalau kami dapat bantu kau. Kami bantu. Jangan pendam dalam hati, nanti akan memakan diri sendiri." nasihat Namjoon.
Mata mereka masih melekat diwajah Jungkook, menunggu lelaki itu buka mulut sekadar berkongsi masalahnya itu.
Jungkook memandang kosong kearah pantai, helaan nafas terlepas dari mulutnya. Dia menundukkan kepala, dipeluk kedua lututnya. Kepalanya ditungkat diatas lutut.
"Dia minta cerai dengan aku."
Mata mereka berenam terbuntang luas, mendengar apa yang dikatakan Jungkook itu.
"Apa?!"
"Kook, kau tak tipu kami kan?"
Jungkook menggeleng lemah.
"Tak. Aku tak tau nak buat apa lagi hyung, parents aku dan mentua aku pun dah mulai kecewa dengan aku. Nak pandang muka aku ni pun, dah menyampah rasanya." kata Jungkook dengan suara tenggelam timbul, kerana menahan sebak didada.
"Dah kau tu bodoh!!" tiba-tiba Taehyung membentak seraya menarik kolar kemeja Jungkook. Lelaki itu tersentak, memandang Taehyung bingung kerana dibentak begitu.
Seokjin, Namjoon, Hoseok, Yoongi dan Jimin terkejut dengan perbuatan Taehyung pada Jungkook.
"Taehyung apa kau buat huh?" marah Seokjin.
Taehyung mengerling Seokjin sekilas lalu memandang Jungkook semula dengan panahan mata yang tajam. Genggaman pada kolar Jungkook dirungkai kasar sejurus mendengus.
"Hyung patut marah dia, bukannya aku."
"Apa yang kau cakap ni huh?" ucap Yoongi pada Taehyung kesal.
Mereka berlima memandang Jungkook dan Taehyung silih berganti.
"Kalau korang nak tau, budak ni sudah buat perkara yang bodoh!"
"Hyung, apa maksud kau?" geram Jungkook bila dikatai bodoh.
"Boleh tak kau, cakap tu biar straight to the point? Jangan nak tergantung-gantung ayat kau tu boleh tak? Tak pasal, kau yang aku gantung dengan tali ropia kat menara KLCC." kata Yoongi sarkastik. Merenung Taehyung kesal.
"Betul tu Tae, cepat cakap apa yang kau nak bagitau kami tu." kata Hoseok. Mereka yang lain mengangguk kepala dengan kata-kata Hoseok itu.
"Macam ni, tengah hari tadi Hana ada call aku dan bagitau semua kat aku."
"Apa yang dia kasi tau kau?"
Taehyung mengerling Jungkook yang memandang kearahnya. Mata lelaki itu teduh dan sedih, membuatnya tidak sanggup melihat.
"Hana kata, Jungkook dah bagitau parents mereka yang dia buat benda tu. Walaupun hakikatnya Jungkook tak buat benda tu, tapi kenapa dia diam dan iakan saja apa yang tak dia buat? Sebab tu aku kata dia bodoh hyung, bodoh yang amat bodoh!"
Mereka berlima mencuba untuk mencerna kata-kata yang meniti dimulut Taehyung itu.
Jungkook menundukkan kepala bila mereka berlima kecuali Taehyung memandang kearahnya tajam.
"Jeon Jungkook?!" jerit mereka geram akan kelakuan terlampau jujur Jungkook itu, sehingga sanggup 'jujur' pada perkara yang tidak dia buat.
*******
Tbc 👋Sya rasa chapt ni sikit hampa?😩
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...