Part 11

4K 160 32
                                    

HANA memilih pakaian yang agak sesuai, untuk dipakai ke acara perasmian yang akan diadakan di syarikat Jeon Holding pada malam itu.

"Woi budak kau nak pakai baju apa malam ni? Baju batik? Baju kebayan? Baju Saloma? Bikini? Hah sesuai lah kau pakai yang tu." Tegur Jungkook yang duduk disofa sambil membelek majalah.

Hana menjulingkan mata.

Dah gila apa suami aku ni? Bikini dia kata tadi? Ingat nak pergi pantai ke berbikini bagai. Agak-agak lah nak bagi pendapat baju pun, tau nak perli aje! Bisik Hana di dalam hati.

"Aku tanya kau an? Asal kau diam? Telan ubat lipan sepapan ke? Sampai bisu tak jawab?" Bidasnya lagi. Sinis.

Perghh! Berbisa betul mulut kau ye Jeon setan. Sabar Hana! You can do it! Desis hati Hana lagi.

"Suka hati lah nak pakai apa pun? Selalu awak tak pernah pun nak sibuk?" Cebik Hana.

Menjawab!

"Tsk! Baik kau diam, sebelum aku buat kau beranak 20 kembar dalam masa sejam!"

Perkataan Jungkook membuat Hana terus terdiam. Mulutnya terjuih.

Gila! Ingat aku ni mesin proses anak ka?

Jungkook tersenyum senget apabila melihat Hana tidak berkutik.

"Asal takut?" Keningnya dijongket beberapa kali dengan senyuman meremehkan. Hana mengumpat dalam hati.

"Saya tak takut pun. Kerana saya cintakan awak, jadi saya relakan. Kalau saya beranak pun, itu anak oppa juga an? Oppa kan suami saya nak takut buat apa? Walaupun oppa belum ada benih cinta untuk saya, tapi saya tak kesah. Yang pasti, suatu saat nanti oppa akan balas apa yang saya rasa ni."

Mata mereka bertaut lama sehingga Jungkook melarikan dahulu anak matanya ke arah lain. Dia bangun dari duduk dan berlalu dari bilik tersebut. Hana tersenyum hampa dengan respon Jungkook.

• • • • •

"SEMUA hadirin malam ini, saya selaku pemilik Jeon Holding ini. Saya ingin memperkenalkan anak lelaki bongsu saya Jeon Jungkook, yang akan menggantikan saya sebagai CEO Jeon Holding ini. Dan tak lupa juga menantu saya Jeon Hana isteri kepada Jungkook."

Suara Tuan Jeon menggema setiap dewan Seri Puteh itu dengan menggunakan mic. Para pekerja dan rakan sekerja Tuan Jeon bertepuk tangan tatkala Jungkook dan Hana melangkah naik ke atas pentas, dimana Tuan Jeon dan Puan Jeon berada. Riuh dewan tersebut melihat pasangan sejoli merpati yang bagai pinang dibelah dua.

Skip..

Majlis perasmian yang diadakan di Jeon Holding berjalan dengan lancar. Kedua belah keluarga Jungkook dan Hana berborak.

Manakala Jungkook dan Hana pula, melepak dengan kekawannya yang hadir bersama pasangan masing-masing disisi. Hana pula setia disebelah Jungkook sambil memeluk lengan lelaki itu. Acah sweet!

"Congrats Jeon!" Kata Seokjin dengan senyuman manis. Begitu juga dengan yang lain.

Taehyung menepuk bahu Jungkook sambil menaikkan ibu jari kepada Jungkook.

"Hahaha thanks bros!" Jungkook tersenyum nipis seraya kepala diangguk kecil.

Sedang seronok berbual, ada orang lain mencela masuk dengan tidak tahu malunya. Siapa lagi kalau bukan Yein si lintah geletah itu. Nama khas yang Hana bagi kepada Yein.

"Hello my love kookie." sapanya dengan senyuman gatal. Hana ditolak menjauh, sehingga terlepas pautan Hana dari lengan Jungkook.

Kawan-kawan kepada Jungkook yang berada disitu, tercenggang melihat drama sebabak dihadapan mereka.

Jimin yang kebetulan berdiri di sebelah Hana, terus merangkul tubuh Hana yang sedikit terhuyung-hayang kerana tidak dapat mengimbangkan badan atas perlakuan Yein terhadapnya.

Taehyung mengetap gigi apabila melihat sepupunya, ditindas oleh gadis yang dia tahu gadis itu sangat terobsesi dengan Jungkook.

"Hei saudari! Adab tak ada ka? Main terjah aje. Nasib sepupu I tak tersembam kat lantai. Dahlah peluk suami sepupu I . Tak ada maruah eh?" Ujar Taehyung pedas.

Soobin isteri kepada Taehyung, menampar lengan suaminya itu agar Taehyung menjaga peribahasa yang dilontarnya itu.

"Betul tu, tak tau malu. Suami orang pun nak rampas ke? Haih! Nak kata lelaki kat luar sana tu ramai lagi, nak juga lelaki yang sudah beristeri? Hah kalau kau lapar kasih belai sayang sangat, ni Hoseok dia single lagi. Kan Hoseok kan? Kau nak pompuan ni?" Cela Yoongi sarkastik.

Yoongi merenung tajam wajah Yein yang sudah panas, kerana dismash pedas olehnya lantas dia menjeling gadis itu muak. Isteri kepada Yoongi, Lisa menyokong kata-kata suaminya itu. Dia memandang Yein datar dengan mata dijulingkan keatas. Serasi sangat mereka berdua menjadi pasangan. Swag!

Hoseok mendengus dengan ayat Yoongi itu.

"Are you crazy dude? Tak hingin aku nak buat dia jadi isteri aku. Entah busuk, entah dah rosak minah ni." Bidas Hoseok tidak terima. Namun, kata-kata Hoseok menusuk tepat ke hati Yein.

Jungkook menepis tangan Yein yang melingkar di lengannya. Yein dipandang datar lalu dia mendekatkan wajahnya kepada gadis itu, lantas dia berbisik.

"Jangan buat hal kat sini, ini majlis aku. Baik kau bla, sebelum aku buat benda yang tak dapat kau tanggung malu. Get lost! Bitch!"

Wajah Yein berubah pucat bila diugut oleh Jungkook. Yein tanpa menunggu lama, terus berlalu daripada situ. Jungkook menyeringai jahat.

Mereka yang ada disitu, menjongketkan kening bila melihat wajah Jungkook yang berubah kejam. Pelik juga mereka dengan Yein yang tiba-tiba pergi. Mungkin diancam Jungkook?

Jungkook mengerling Hana yang sedari tadi memerhatikan dirinya. Pinggang ramping isterinya dirangkul mesra. Bibirnya didekatkan ke telinga Hana. Pipi gadis itu berona merah tatkala mendengar bisikan manis daripada Jungkook.

"You are beautiful tonight.."

**********
Tbc 👋

Amuah setepek! 😘 Maaf hampa ye! 🙇 Jalan cerita makin hari makin lari dan kelaut! 😭

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now