Part 89

1.6K 77 0
                                    

Beberapa tahun kemudian...

"HIYONG!!"

"Hahaha, kejarlah kalau nak kereta control ni!"

Dua orang kanak-kanak yang kembar tidak seiras, berusia lima tahun berlari-lari dihalaman rumah.

"Hiyong! Bak balik kereta tu! Kalau tak, adik kasi tau papa yang hiyong buli adik!" marah JungNa geram dengan pelatnya. Kaki kecilnya dihentak keatas tanah. Pipinya mengembung kesal.

JungHa hanya gelak sambil mengelek punggungnya kepada adik kembarnya, lidah dijelir. Tidak sedikit pun berasa takut dengan ugutan daripada JungNa.

JungNa mengetap bibir dengan perasaan geram, kerana melihat perbuatan tidak senonoh daripada abang kembarnya itu. Teringin dia, nak tendang punggung JungHa itu.

"Papa! Tengok ni, hiyong buli adik! Dia gelek punggung kat adik papa!" suara jeritan JungNa menggema dihalaman rumah. JungHa menekup telinganya, kereta control yang dipegang sedari tadi dicampak ke sembarangan arah.

"Tak papa! Adik yang buli hiyong. Dia koyakkan buku warna hiyong."

JungNa berlari kearah kereta control miliknya yang dilempar JungHa. Dia berhuhu, tatkala matanya melihat kereta mainannya tenggelam dalam kolam ikan. Air matanya bergenang, wajah abangnya dipandang tajam.

"Hiyong! Kenapa hiyong campak kereta control adik, kedalam kolam ikan? Tengok tu, dia dah lemas! Sapa nak selamatkan dia? Adik mana pandai berenang!"

"Ish! Tak payahlah nak jerit macam pompuan, ingat suara adik sedap ke? Macam katak adalah!"

"Apa! Kalau suara adik macam katak, suara hiyong apa kurangnya macam beruk terlolong kat atas pokok pisang."

"Apa! Adik ni memang nak.."

JungHa tidak menghabiskan kata-katanya bila ada satu suara menyela masuk.

"Kena apa? Kena ni?" terus Jungkook menarik telinga JungHa dan JungNa lalu dipulas perlahan membuatkan duo kembar itu mengaduh sakit.

"Aduh! Sakit papa, sakit!" jerit mereka berdua, melompat-lompat mereka sambil memegang telinga mereka yang ditarik oleh papa Jeon itu.

"Nak gaduh lagi tak?"

Laju sahaja JungHa dan JungNa menggeleng kepala.

"Tak nak! Tak nak, gaduh dah! Ampun papa!"

Jungkook mengukir senyum herot lalu dilepaskan tangannya daripada telinga duo kembar itu. Dia bertinggung, dihadapan JungHa dan JungNa.

"Sakit?"

"Sakitlah papa." jawab mereka meleret dengan muka masam. Muncung itik terbit dibibir mereka berdua. Telinga mereka yang dipulas Jungkook, diusap perlahan.

"Do i care?"

"How dare you papa." jawab JungHa dengan mata bulatnya dikecilkan, memandang Jungkook datar.

"Yes, I'm dare you." jawab Jungkook selamba. Keningnya dijungkit beberapa kali bila JungHa dan JungNa memandangnya tajam lalu mereka berdua berbalas pandang dengan senyum penuh makna.

Tidak lama kemudian, mereka berdua menolak tubuh Jungkook hingga berbaring di atas tanah. Mereka berdua duduk diatas perut Jungkook.

"Serang papa! Hiyah!" terus badan Jungkook digeletek oleh duo kembar itu. Tergelak Jungkook dibuatnya, dia menarik JungHa dan JungNa kedalam pelukan. Wajah JungHa dan JungNa dikucup bertalu-talu dan dibalas oleh mereka berdua.

Hana yang baru sahaja keluar daripada dapur, selepas selesai memasak juadah untuk makan tengahhari terus menuju ke halaman rumah. Dia tersenyum melihat pemandangan indah didepan matanya itu.

"Perangai tak berubah langsung. Anak dan bapak sama aje. Nakal."

*****
Tbc

Double update! Hope you like it. 😊

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now