Part 31

2.8K 101 5
                                    

BARU sahaja pintu rumah dibuka, semerba bau aroma makanan yang mengugat imam terhidu oleh hidungnya. Bau tersebut berasal dari dapur. Jungkook mengorak langkah menuju ke arah dapur.

Setiba dia didapur, dia mendapati Hana tengah berperang dengan periuk dan kuali. Isterinya itu sedang memasak untuk juadah berbuka nanti.

Jungkook tersenyum kecil, dengan langkah senyap dia berjalan menghampiri Hana yang belum menyedari kehadiran Jungkook.

Hana yang sedang mengacau gulai daging itu, terperanjat kerana pinggangnya dipeluk daripada belakang.

"Sayang adinda, masak apa hari ini?" Kata Jungkook dari arah belakang, suaranya rendah dan manja membuatkan bulu roma Hana meremang seketika.

"Ish! Kanda ni, kenapa hobi kanda suka sangat kejutkan dinda? Kalau dinda, kena serangan jantung macam mana?" Ujar Hana sebal, dia menyiku perut Jungkook sehingga pelukan tersebut terlepas.

"Macam tulah. Tak boleh nak buat apa dah."

Bahunya dijongket acuh. Dia tersenyum senget kepada Hana yang memandangnya kesal.

"Ugh! Whatever!"

"Okay. Hmm, kalau macam tu kanda naik atas dulu nak bersihkan badan. Sorry pasal tadi." Kata Jungkook selamba. Dia memberi kucupan dibahu Hana sejenak, lalu dia beredar dari dapur.

Pipi Hana berbahang dengan perbuatan Jungkook seketika tadi. Dia sentuh bahunya yang dikucup Jungkook tadi.

"Jebon oppa, selalu aje buat aku yang nak marah atau geram mesti reda gitu aje bila dia buat perangai comelnya itu. Ugh! Geramnya nak gigit dia." Monolognya sendirian dengan senyum nakal bermain dibibir.

•••••

"DINDA."

Hana berkalih dari televisyen ke arah Jungkook yang mengambil duduk disebelahnya.

"Ya?" Pandangan mata dikalih semula ke televisyen yang menayangkan cerita Nur itu.

"Omma, appa minta kita berbuka puasa sekali dengan diorang. So, besok balik dari kampus terus ke rumah appa dan omma." Kata Jungkook.

Tangannya dilingkarkan kepinggang ramping Hana, kepalanya dilentok kebahu Hana. Manja.

Hana tersenyum manis dengan gelagat comel Jungkook. Kerana geram dia mencubit pipi suaminya itu dan mengusap rambut lebat lelaki itu.

"Boleh juga. Lagipun dinda juga rindu kat diorang." Sahut Hana.

Jungkook mendeham kecil, matanya dipejam bila Hana membelai rambutnya. Senyuman manis terukir dibibir.

"Hana.." panggilnya.

"Hmm?"

Jungkook mengangkat kepala, pipinya dilekapkan ke pipi Hana lalu menggeser manja dengan senyuman manis. Jantung Hana sudah mahu meletop, menerima perbuatan Jungkook yang manja padanya.

Pipi isterinya dikucup sekilas lalu tersenyum bunny.

"Salanghae." Sebelah matanya dikenyit kepada Hana. Setelah itu, Jungkook bangun dari duduk dan berlalu begitu sahaja meninggalkan Hana yang terdiam disofa.

Hana tersedar dari lamunannya, pipinya yang berbahang disentuh.

"Nado salanghae jebon oppa.'' senyumannya merekah lebar, begitu manis.

******
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now