"APA? Pergi Jeju?!"
Tuan Jeon menjulingkan matanya. Sebal.
"Ye Jeju. Alah! Pergi Jeju je pun, yang korang berdua jerit macam tu kenapa? Terlampau semangat ke? Orang kat Titiwangsa pun boleh dengar suara katak korang yang tak seberapa nak merdu tu."
Bidas Tuan Jeon sarkastik. Puan Jeon yang duduk sebelah suaminya hanya tersengih mendengar kata-kata Tuan Jeon sambil tangan mengibas muka dengan menggunakan kipas cina.
"Buat apa kat Jeju?" Soal Hana.
"Honeymoon lah apa lagi? Korang kan tak pergi honeymoon lagi kan? So, tiket appa dah tempah dan tempat untuk korang menginap sudah appa booking."
Kening Jungkook terangkat bila mendengar perkataan Honeymoon yang keluar dari mulut ayahnya. Manakala Hana sudah berbahang.
"Oh? Pergi honeymoon?"
Tuan Jeon mengangguk.
"Pergi ajelah. Mana tau kan, nanti korang balik si Hana ni isteri kamu hamil ke? Omma ni dah tak sabar nak dukung cucu ni, dah gatal dah ni tangan omma tau." Kata Puan Jeon sambil melirik Hana sekilas yang sudah menunduk itu. Malu mungkin?
"Lagipun seminggu aje. Kan Hana dah start cuti sem minggu depan. Boleh lah korang pi bercuti." Ujar Tuan Jeon.
Jungkook melirik Hana dengan hujung mata. Senyum penuh makna terbias dibibir.
"Ok appa, omma kami setuju."
•••••
JUNGKOOK memandang Hana dengan muka malas, kerana isterinya itu sedari tadi ke hulu ke hilir sambil mengigit kuku jari. Muka pula gelisah semacam.
"Kau boleh tak duduk diam-diam. Dah seperti seterika bergerak pula aku tengok kau ni. Kalau iya pun tak sabar nak pi bercuti dengan aku pun, pi lah simpan baju dalam beg, besok pagi kita dah nak pergi. Flight kita pukul 10 pagi."
Kata Jungkook bersahaja. Buku Psychology dibelek-belek secara rambang.
Bulat mata Hana mendengar ayat Jungkook.
"Ya tuhan, pola mata juling!!"
Kaget Jungkook apabila muka Hana tiba-tiba berada di depan mukanya dengan jarak yang sangat dekat membuatkan hidung mereka bersentuhan.
"Yah!" Jungkook menunjal dahi Hana seraya menolak muka Hana menjauh daripada mukanya.
"Kau dah kenapa? Bengong ke?"
"Kita pergi besok ke?"
"Tahun depan!" Cebik Jungkook. Hana turut mencebik sebal.
"Kenapa mesti esok?"
Jungkook menjeling Hana tajam.
"Mana lah aku tau. Dah appa cakap esok, esok lah kita pergi." Kata Jungkook datar. Hana tersenyum nakal.
"Emm. Ok juga kalau bertolak esok. Dah tak sabar saya nak pi sana."
Jungkook kemam bibir bila menangkap maksud dari gerak-geri Hana dan juga senyuman yang bermain dibibir gadis itu.
"Gila. Mampus lah! Dah datang dah dia punya otak sewel tu."
*******
Tbc 👋
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfic"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...