••••••
"TURUN makan."
Jungkook hanya mengangguk kepala, memandang Hana yang sudah berlalu pergi selepas memanggilnya untuk turun makan malam.
Jungkook menuruni katil, baru beberapa langkah dia berhenti sambil menekup mulutnya. Dia berasa ada sesuatu yang mendorong, mahu keluar dari mulutnya.
Tiba-tiba, darah segar berwarna merah pekat tersembur begitu sahaja dari mulutnya. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya. Wajahnya berubah pucat bagai tidak berdarah. Nafasnya mulai tidak, stabil. Dia termengah-mengah.
Dia memandang lantai bilik yang sudah dikotori oleh darah.
"Jungkook, aku kan suruh kau turun. Kena.."
Jungkook tersentak bila mendengar suara Hana, dia memandang ke arah Hana yang berdiri kaku dimuka pintu.
"Awak turun lah dulu, nan.." kata-kata Jungkook dipotong Hana.
"Kau muntah darah Jungkook?" Hana memandang wajah Jungkook yang pucat itu, dia mendapati lelaki itu menekup mulutnya yang comot oleh darah.
Jungkook terdiam, dia melangkah ke belakang dan berpaling lantas dia masuk kedalam bilik air. Pintu bilik air dikuncinya. Dia bersandar pada badan pintu. Tangannya yang digunakan untuk menekup mulutnya, ditarik lalu dia merenung darah segar yang mengotori telapak tangannya.
Hana yang masih berdiri kaku dimuka pintu, terus tersedar bila Jungkook menghilang ke dalam bilik air.
Dengan langkah laju, dia menghampiri tempat Jungkook berdiri tadi. Dia menundukkan kepala, memandang darah yang berada dilantai bilik itu. Entah kenapa, hatinya berdebar tidak keruan. Dia panik dan risau, tanpa fikir panjang dia mengorak langkah ke bilik air. Dia mengetuk pintu bilik air itu sambil memanggil nama Jungkook.
"Jungkook buka pintu! Kau buat apa dalam tu, keluar lah!" jerit Hana, diiringi ketukan pada pintu.
"Hana kenapa, terjerit-jerit ni? Apa ya.." Puan Jeon terdiam bila melihat lantai bilik anak dan menantunya yang penuh oleh darah. Tuan Jeon dan Wonwoo yang turut berada disitu, terdiam.
Hana berkalih memandang mereka bertiga sekilas.
"Oppa tolong bukakan pintu ni, Jungkook dia tak mahu keluar. Dia.. dia muntah darah. Hana takut," Hana berkata sambil diiringi air mata, membuatkan mereka bertiga terkejut dengan kata-kata Hana itu.
Wonwoo tanpa membuang masa, dia menghampiri Hana. Pintu bilik air diketuk kasar.
"Jungkook buka pintu ni, kalau tak hyung hancurkan pintu ni!"
Namun tidak ada sahutan dari dalam bilik air. Sehinggalah, mereka dengar sayup-sayup suara Jungkook muntah-muntah dan tidak lama kemudian senyap. Suara Jungkook sudah tidak kedengaran, membuatkan mereka semakin risau.
Wonwoo mengambil tindakan untuk menendang pintu bilik air itu, sehinggalah pintu tersebut terbuka luas. Mereka terkedu melihat Jungkook yang pengsan ditepi mangkuk tandas. Mulut lelaki itu mengeluarkan buih dan darah.
"Jungkook!!" jerit Puan Jeon, dia masuk kedalam bilik air yang juga sudah kotor oleh darah. Dia mendapati Jungkook lalu kepala anaknya itu dipangku keriba. Pipi Jungkook ditepuk perlahan. Hana mengambil tempat disebelah Puan Jeon. Wajahnya sudah basah oleh air mata.
"Jungkook, bangun nak. Jangan buat omma macam ni. Bangun kookie, bangun!" Puan Jeon menggoyang tubuh kaku Jungkook, berharap lelaki itu membukakan matanya. Berderu-deru air mata mengalir di pipinya.
"Kanda.." Hana memegang tangan Jungkook yang sejuk itu, dia menggoyang tangan Jungkook . Mencuba membangunkan suaminya itu.
"Kanda bangun kanda, jangan lah diam macam ni. Bangun!"
*******
Tbc
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Hayran Kurgu"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...