Part 63

1.9K 77 1
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

JUNGKOOK tersedar dari pengsannya. Dia melihat sekeliling bilik itu. Secara perlahan dia bangun dari baring dan duduk di birai katil. Dia sedar, yang dia baring seperti mana dia berbaring dengan kepala diriba Hana tadi.

Cuma, disaat dia bangun Hana sudah tiada dalam bilik mereka dan kepalanya yang tadi berada diatas riba Hana bertukar tempat dengan bantal. Dia tersenyum kecil.

Jam yang tergantung didinding bilik, dikerling sekilas. Sudah masuk pukul 8.05 pm. Itu bermakna dia pengsan selama empat jam.

"Dah bangun rupanya? Ingat dah tak nak bangun dah."

Jungkook menoleh ke arah pintu bilik, tatkala mendengar ayat sindiran dari Hana.

"Hana.."

"Turun bawah, makan malam." Kata Hana mendatar. Dia berpaling dan mengorak langkah pergi, tanpa menunggu balasan dari Jungkook.

Dia mengulas senyum kecil, Jungkook bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Hatinya berasa sedikit senang mendapat ajakan dari Hana.

••••••

KERUSI sebelah Hana ditarik, lantas dia melabuh duduk. Dia tersenyum kecil bila mendengar rengusan dari isterinya.

Jungkook memandang kehadapan. Dia tersenyum bunny bila melihat wajah ketat dan geram daripada keenam kawannya itu.

Dia tidak menyangka yang mereka akan datang ke rumah, kerana dirinya. Kedatangan mereka berenam bukanlah, baik untuknya.

Dia tahu apa yang membawa mereka datang ke sini. Percayalah, selepas ini telinganya akan berair dan bernanah mendengar suara bebelan mereka berenam terhadapnya.

"Makanlah, buat macam rumah sendiri."

Wonwoo buka suara. Memandang sekilas wajah-wajah yang ada diruang makan itu.

"Baik hyung." Sahut mereka berenam.

Mereka makan dengan senyap, hanya terdengar suara dentingan sudu bertembung garpu.

Penuh keheningan dan canggung kerana tiada siapa pun membuka suara sekadar untuk bercanda sambil makan. Tidak seperti dulu, tiada rasa hangat.

Seokjin, Namjoon, Yoongi, Hoseok, Taehyung dan Jimin berpandangan sambil mengangkat kening dengan raut wajah bingung dengan situasi yang berlaku dihadapan mereka.

Seketika mereka berenam tersedar apabila teringat akan sesuatu, sekarang mereka mengerti.

••••••

SELEPAS makan malam yang sangat canggung itu. Mereka berenam, terus menarik tangan Jungkook keluar dari rumah. Dan mereka mengambil port diwakaf dihalaman rumah keluarga Jeon itu.

Mereka berenam duduk bersila dan mengelilingi Jungkook yang duduk ditengah-tengah bulatan yang sengaja mereka buat. Jungkook menunduk, kerana berasa gerun mendapat renungan tajam dari mereka berenam.

"Hyung janganlah tenung aku cam tu, seram tau."

Kedua belah lengannya diusap spontan. Lagipun, angin pada malam itu agak sejuk. Tubuhnya sedikit menggigil sejuk bila angin menerpa tubuhnya.

Mereka berenam merengus halus.

"Kenapa kau lari dari hospital huh? Kitorang macam orang gila, cari kau diseluruh penjuru bangunan hospital. Nasib, baik Taehyung call Hana."

"Tanya kau, mana tau kau ada dengan dia. Dan jawapan daripada Hana agak melegakan, tapi hati kami masih geram dengan kau. Sukati kau aje balik camtu, tanpa kasi tau kami kan?"

Bila Seokjin sudah bersuara macam mak-mak bawang membebel, maka mereka semua menyumbat kapas ke lubang telinga kecuali Jungkook yang setia pasang telinga, mendengar setiap patah-perkataan Seokjin.

"I'm sorry my bro, I promise. Aku tak kan buat lagi. Maaf ye?"

Jungkook memandang mereka dengan wajah yang dibuat secomel mungkin. Mata bulatnya dikedip-kedipkan kepada mereka. Mulut dimanyun sedikit kebawah, tangan digenggam didepan dada.

"Forgive me please hyung. Hm? Hm?"

Seketika kemudian, kedengaran suara Jungkook menghamburkan gelak bila sekujur tubuhnya digeletek oleh mereka berenam. Berguling-guling Jungkook, mencuba untuk mengelat.

"Geli hyung, haha. Berhenti hyu- haha."

"Ni padahnya, padan muka."

Mereka mengeletek Jungkook tanpa menghiraukan rayuan Jungkook, agar berhenti daripada mengeleteknya.

******
Tbc 👋

Sorry if chapt ni kurang memuaskan korang. Idea xberapa nak ada. 😅. See you next chapt. Daa..

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now