HANA mengerling jam yang tergantung didinding. Sudah masuk pukul 10 malam. Hana mematikan televisyen.
Lampu ruang tamu dibiarkan terang benderang, setelah memastikan yang pintu rumah dikunci. Dia mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.
Pintu bilik dia dan Jungkook dikuak, dahinya berkerut tatkala tidak mendapati Jungkook didalam bilik utama mereka.
Bilik duo kembar yang bersebelahan dengan bilik mereka pula ditujunya, seperti yang dia jangka, Jungkook berada di bilik tersebut. Dia tersenyum manis melihat Jungkook yang terlena diantara JungHa dan JungNa. Mereka saling berpelukan.
Hana menghampiri mereka bertiga, dia tersenyum bahagia. Dahi Jungkook dan duo kembar itu diberikan kucupan kudus yang penuh kasih sayang. Selimut mereka dibetulkan.
"So cute. By the way, aku kena tidur sesorang lah malam ni nampaknya. Huhu, tidak berteman kita malam ni." bisik Hana sambil menjuihkan mulutnya, lantas dia beredar keluar bilik. Dia menutup pintu bilik duo kembar itu dengan perlahan, lantas Hana kembali kebiliknya.
•••••
"HIYONG!"
"Apa! Diam lah!"
JungNa yang berada diruang makan menjuihkan mulutnya, mukanya masam mencuka bila dibentak JungHa. JungNa memandang dirinya yang diikat pada kerusi, ini semua kerana perbuatan kejam JungHa.
"Kalau iya pun, kenapa mesti ikat adik kat kerusi huh? Rimas tau tak! Lepaskan adik!!" rengek JungNa sambil menggoyangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan, berharap dengan berbuat seperti itu dapat melonggarkan ikatan tali pada tubuhnya.
"Tidak. Kalau hiyong lepaskan adik, nanti adik ganggu hiyong nak buat roti." kata JungHa kesal. Kedua tangannya ligat menyapu nutella perisa coklat dan strawberi dipermukaan roti, lalu roti tersebut digulung.
JungHa tersenyum lebar melihat lapan keping roti yang digulung, hasil daripada tangannya. Dia bertepuk tangan!
"Terbaiklah! Now, time to mamam!" JungHa mengangkat pinggan yang berisi roti gulung, lalu dia melompat turun dari kerusi. Setelah itu, JungHa beredar daripada dapur ke ruang makan. Dia tergelak kecil melihat wajah cemberut adik kembarnya.
"Ingat comel buat macam tu? Macam badak sumbu aje hiyong tengok." perli JungHa selamba. Pinggan roti diletakkan diatas meja makan.
Muka JungNa makin cemberut bila abangnya mengatainya. Muncungnya makin panjang, kalah muncung itik.
"Let me go hiyong. Let me go, let me go!"
"Okay, dokey! Calm down boy."
JungHa menghampiri adiknya. Ikatan tali yang dia ikat pada JungNa dirungkaikan. JungNa terus melompat turun dari kerusi, bila dirinya telah dibebaskan. JungHa pula dipandangnya tajam.
"Rasakan ni! Gigitan padu! Hiya!" pipi tembam JungHa menjadi mangsa gigitan gigi arnab JungNa. Terjerit JungHa kerana terkejut dan sakit pada pipinya.
"Adik!!"
"Tu balasannya. Satu sama."
Mereka berdua saling merenung antara satu sama lain. Tangan pula sudah bertenggek dipinggang.
"Hey my polar bears. Pagi yang indah ni, bukannya dimulai dengan rasa marah dan gaduh sampai bertumbuk bagai, tapi kita sepatutnya mulakan pagi hari dengan senyuman yang paling manis kalah madu lebah. Ni tak gaduh aje tau, lempang kang!" leter Jungkook sambil bercekak pinggang. Matanya membulat, memandang mereka berdua garang.
Namun, bagi JungHa dan JungNa. Mereka sedikit pun, tiada perasaan takut melihat wajah Jungkook yang garang tapi terjatuh kepada comel itu adalah.
Gelak duo kembar itu terletus. Mereka berguling-guling diatas lantai sambil mentertawakan Jungkook. Jungkook menjongketkan keningnya, hairan melihat kedua anaknya yang aneh bin ajaib itu.
"Dah kenapa budak berdua ni, sewel ke? Kena bawa pi berubat ni, kalau tidak makin teruk pula anak aku ni. Kena cari bomoh ni." bisik Jungkook dengan kepala diangguk semangat.
"Papa!"
"Opocot bomoh kena bomoh. Eh! Bukan aku yang kena bomoh tu bomoh! Eh? Apa yang aku merepek ni? Dah gila apa aku ni?" Jungkook mengetuk-ngetuk kepalanya. Pipinya pula digaru, dia memandang ke arah JungHa dan JungNa yang ternganga luas mendengar dia melatah. Tidak berkedip mata mereka berdua, memandang ke arah Jungkook.
"Kenapa tengok papa macam tu?" Jungkook bertanya dengan senyuman polosnya, kepala dilentokkan kekiri. Pipi kanan digaru perlahan. Mata bulatnya terkelip-kelip.
Sekali lagi, JungHa dan JungNa menghamburkan tawa.
"Hahaha. Papa rupanya mamat melatah lah! Hiyong baru tau!"
"Betul tu! Hebat betul papa punya melatah. Adik rasa kita ada mainan barulah hiyong."
Mereka berdua ber'high five' dengan senyuman senget tersungging dibibir.
Jungkook yang berasa dirinya tidak selamat, terus beredar daripada ruang makan. Hana pula dicarinya, agar dapat berlindung daripada duo kembar itu.
*****
Tbc
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...