Part 79

1.9K 75 3
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

"KANDA!"

Jungkook yang berada diruang tamu,  menonton pertandingan bola siaran ulangan tersentak. Hampir melatah namun sempat ditahannya.

"Ya! Kanda ada kat ruang tamu ni!" jerit Jungkook. Dia memandang Hana yang menuruni anak tangga dengan susah payah kerana membawa perut yang buncit itu. Jungkook hanya memandang, tiada niat untuk membantu Hana. Kejam betul, ada suami macam ini.

"Kanda."

"Ya."

Jungkook membantu Hana untuk duduk disebelahnya. Hana menghembuskan nafas berat.

"Kanda, dinda ada benda nak bagitau kanda."

Perasaan Jungkook mendadak menjadi tidak sedap bila melihat wajah Hana yang tersenyum senget kepadanya.

"Apa?" jawab Jungkook acuh, lalu dia mengalih pandang ke tv.

Senyuman Hana makin melebar.

"Dinda nak minta kanda buatkan pizza untuk dinda boleh? Pizza tu, dinda nak kanda salut dengan coklat, keju dan vanilla. Dan hiasan kat atas pizza tu, kanda letak ubi kentang, hotdog, ayam dan daging yang dikisar. Boleh?"

Kening Jungkook terangkat sebelah dengan mulut ternganga luas mendengar permintaan Hana tersebut.

"Apa ke peliknya pizza yang kau minta ni huh?" bidas Jungkook dengan dahi berkerut.

"Alah! Bolehlah, dinda nak makan sekarang!"

Jungkook mengetap bibir, dadanya dielus agar bersabar menunaikan permintaan Hana itu. Makin hari makin pelik sahaja, pola makannya.

Nasib tidak minta aku letak tahi lembu atas pizza. Orang mengandung memang mengidamkan benda-benda pelik ye? Desis hati Jungkook.

"Baiklah membesar. Dinda duduk sini, diam-diam ye? Nanti dah siap, kanda panggil. Ok?" kata Jungkook datar, dia bangun dari sofa.

"Ok kanda!" jawab Hana semangat. Jungkook hanya menggulingkan biji matanya lalu, dia menonong ke dapur.

•••••

JUNGKOOK meletakkan pizza buatannya diatas meja, dia tersenyum bangga melihat hasil dari air tangannya. Menjadi juga walaupun ada sedikit yang hangus.

Apron berwarna merah jambu bercorakkan pokadot, yang dikenakan dilepaskan lalu disangkut ke kerusi.

"Kanda dah siap belum pizza dinda!!"

"Opocot hantu kak limah menjerit!"

Hana tergelak melihat Jungkook melatah kerana sergahan daripadanya. Sudah lama dia tidak dengar Jungkook melatah. Rindu pula, hehe.

"Ish dia ni, cuba lah tegur tu bagi salam dulu. Main ikut tekak dia nak sergah orang aje. Haram betul." bebel Jungkook sambil mengusap dadanya, mencuba menenangkan diri.

Hana hanya tersengih, sejurus itu dia menarik kerusi lalu dilabuh punggungnya diatas kerusi.

"Sedap tak ni?" Hana melihat pizza yang dibuat Jungkook itu.

"Sedaplah! Tengok orang yang buatlah." kata Jungkook dengan penuh riaknya, sambil mendabik dada. Hana mencebik.

"Kalau tengok orang yang buat pizza ni, rasa nak makan orangnya pula." katanya nakal. Bibirnya dijilat, memandang Jungkook dalam-dalam.

Jungkook membulatkan matanya. Dia berdeham, lalu menjeling Hana datar. Walha wajahnya sudah berbahang.

"Haram setan. Tak padan dengan perut buncit." kata Jungkook selamba. Hidung mancungnya yang berasa gatal,  digaru perlahan tanpa memandang Hana.

Mata Hana membulat, dia mencekak pinggang.

"Amboi dia ni, sedap betul mulut hang na. Memang nak kena cili dengan tahi kucing."

"Ya, ya, ya. Sekarang Puan Jeon bulat plus gendut silakan makan pizza ni ye. Tuan Jeon Jungkook yang hensem plus seksi ni nak pergi mandi dulu. Bye gendut!"

Seusai berkata begitu, Jungkook mengangkat langkah pergi dari ruang makan menuju ke bilik sebelum Hana naik hantu.

"Jeon Jebon Jungkook! Siap kau nanti jebon renab!"


******
Tbc

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now