"MAKAN TU, cubalah jangan gelojoh sangat. Tau lah kau tu lapar, tak malu betullah dia ni." komen Taehyung kepada Yoongi yang makan macam tidak pernah jumpa nasi setahun lebih sahaja. Yang lain hanya mengendahkan mereka berdua. Jungkook tergelak kecil sambil menuangkan air ribena kedalam gelas.
Yoongi menjeling Taehyung tajam.
"Buat apa nak malu, bukannya tak pakai baju pun." mendatar sahaja Yoongi membidas kata-kata Taehyung. Taehyung menjeling kesal bila dia kena balik dengan Yoongi. Mereka semua yang ada dimeja makan itu menghamburkan gelak.
"Ada-ada ajelah hyung semua ni. Perangai tak berubah, padahal dah ada anak dua tiga orang dah." Jungkook geleng kepala dengan senyum kecil, yang lain merengus halus.
"Kata orang, dia dua kali lima aje. Tak sedar diri." cebik Hoseok. Mereka bersorak seakan menyokong kata-kata Hoseok. Kini Jungkook pula yang mencebikkan bibirnya, sebaik sahaja dia mahu melabuhkan duduk. Loceng rumah berbunyi.
"Aku kedepan jap ye? Korang makan lah dulu."
"Hmm, ok." sahut mereka.
• • • • •
PINTU rumah dikuak. Jungkook memandang keempat lelaki yang tersengih didepan rumahnya.
"Oh korang." Jungkook mengangkat kening sebelah.
"Ada apa datang? Mintak sedekah ke nak jual karpet?" kata Jungkook datar. Memeluk tubuh sambil bersandar dipintu.
Jihoon, Daehwi, Woozi dan Guanlin mengaru pipi yang berasa gatal. Mereka berempat berpandangan, lalu beralih semula ke Jungkook.
"Hehe." mereka gelak hambar.
"Apalah my ex scandal ni.."
"Scandal huh?" potong Jungkook, merenung wajah Guanlin tajam.
"Ehehe. Jangan dengarkan apa yang dia kata tu Dr. Jeon. Dia lupa nak telan ubat semasa nak datang sini. Tu sebab, cakap macam wayar dalam otak putus. Mereng." kata Jihoon selamba. Terus kepalanya dilibas Guanlin.
"Sesedap tahi hidung kau ajekan, kata aku mereng. Kalau aku mereng, kau pun sama mereng lah sebab kawan dengan kawan yang mereng. Tak sedar diri. Pakai seluar dalam pun kaler pink, gambar pula barbie. Gegirl gitu."
Gelak mereka bertiga bersatu kecuali Jihoon dan Jungkook yang hanya tersenyum kecil seraya menggelengkan kepala. Jihoon mencebikkan bibir sambil memeluk tubuhnya. Panas seluruh badannya, mendengar perlian Guanlin.
"So? Tak nak jemput kami masuk ke? Kami datang nak beraya aje, sambil tu nak jumpa Hana bestie kami." kata Woozi.
"Betul tu." sahut Jihoon, Guanlin dan Daehwi.
"Oh nak masuk ke? Ingatkan nak berzikir depan rumah aku." ujar Jungkook selamba.
Keempat lelaki itu tergelak paksa, dan sedikit memberikan jelingan kepada Jungkook a.k.a bekas lecturer mereka itu.
"Ish Dr. Jeon ni, memangkan. Nasiblah si Hana tu dapat suami macam Dr. Jeon yang super jerk ni." bidas Woozi selamba sahaja dia mengejek Jungkook. Ketiga kawannya yang lain mengangguk setuju.
"Mr. Jerk." Jungkook menjegilkan mata mendengar kata-kata selamba dari keempat lelaki itu, bekas pelajarnya itu.
"Ish Dr. Jeon ni, taulah mata Dr. Jeon tu bulat. Tapi tak payah nak bulatkan mata tu lagi. Macam nak terkeluar dari songket aje, makin comel pun ada." sakat Guanlin selamba, hidungnya digaru dengan senyum herot.
Jihoon, Daehwi dan Woozi menghamburkan gelak. Jungkook mengetap bibir.
"Nasib baik kau orang ni, kawan isteri aku kalau tak, dah lama aku tendang kau korang ke tasik Titiwangsa. Menyampah gila." Jungkook berkata dengan nada suara geram, dijeling keempat lelaki dihadapannya itu.
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...