••••••
"AKU tengok kau, gelisah aje kenapa?"
Hana memandang keempat kawannya itu. Dia mengeluh lemah. Tubuhnya disandar ke kerusi.
"Hati aku tak tenang lah. Jungkook dari semalam tak balik, aku risaulah." Luah Hana.
Keempat lelaki itu berpandangan dengan kening bertaut hairan.
"Tak balik, semalaman? Dia pergi mana?" Soal Jihoon.
Hana mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
"I don't know. Last aku chat dengan dia, dalam pukul dua setengah. Tu pun, aku minta dia tolong belikan barang dapur."
Mereka berempat mengangguk kepala, mendengar penjelasan Hana itu.
"Habistu, kau takda call dia ke selepas tu?" Kini Daehwi pula bertanya.
"Ada. Petang tu aku ada call dia, tapi dia tak angkat. Mesej aku pun dia tak reply. Last seen WhatsApp dia, dalam pukul dua setengah. Time aku nak call dia pagi tadi, masih bersambung. Lepastu, aku nak call sekali lagi, dah tak boleh. Aku tak taulah, telefon dia habis bateri or sengaja dia matikan phone." Katanya sambil merenung mesej dia dan Jungkook kelmarin.
"Peliknya."
"Ha'ah lah, macam ada benda tak kenalah."
"Keluarga kau dengan mentua kau dah tau pasal ni?" Soal Woozi.
Hana menggeleng kepala, lemah.
"Tak lagi, diorang tak tau lagi pasal ni. Aku tak nak diorang risau. Lagipun, aku ada minta tolong dengan sepupu aku. Dia juga kawan dengan Jungkook. Dia kata, nanti dia dengan kawannya yang lain akan info kat aku bila dapat maklumat tentang Jungkook oppa."
Daehwi, Woozi, Guanlin dan Jihoon mengangguk kepala dengan wajah serius.
Guanlin menepuk bahu Hana, supaya bertenang.
"Kau janganlah risau ye, kitorang jugak akan bantu kau cari suami kau a.k.a ex lecturer kesayangan kitorang tu. Jangan risau ok?"
"Betul tu. Kitorang akan tolong kau." Sahut mereka dengan senyum lebar, memberikan semangat untuk Hana.
Hana tersenyum nipis dengan kebaikan mereka berempat.
"Thanks korang. Ni yang buat aku makin sayang kat korang berempat ni."
"Hehe. Tapi, jangan terlampau sayang kitorang ye. Nanti cemburu pula suami kesayangan kau tu."
"Eleh!"
Tawa mereka bersatu. Hana tersenyum kecil, hatinya sedikit tenang tatkala mendengar celoteh dari mulut mereka berempat.
Dia memandang gambar dia Jungkook, yang dijadikan wallpaper.
Kanda pergi mana? Kenapa, dinda call dan mesej tak reply huh? Suka sangat buat hati ni risau kan? Desis hati Hana, risau.
••••••
"BOS, ke mana semalam? Kata nak jumpa kitorang kat apartment bos? Tapi kitorang tak nampak pun bos semalam, kemana bos?" Soal Remy hairan, memandang wanita cantik yang dipanggil bos itu.
"Oh. Semalam aku ada hal, yang tak boleh dielakkan. So, dah dapat mangsa kesayangan aku?"
Remy tersenyum seraya mengangguk kepala.
"Dah bos! Dia ada dengan Leo dalam bilik bos, tapi dia belum sedarkan diri lagi. Sebab pagi tadi dia ada sedar, dan cuba nak larikan diri. Jadi kitorang pun, biuslah dia." Jelas Remy semangat.
Wanita muda itu, mengangguk kepala dengan senyum lebar.
"Ok. Good job. Duit untuk korang berdua, dah aku bank in."
Senyuman Remy semakin melebar. Dia membungkuk tubuhnya seraya mengucap kata terima kasih.
"Thanks a lot bos Irene!"
Irene hanya mengangguk.
"Hmm. Aku nak pergi tengok, kesayangan aku dulu. Kau pergi, jaga pintu depan. Jangan bagi sesiapa masuk tanpa kebenaran aku. Faham?"
"Yes bos. Saya faham." Katanya. Setelah itu dia berlalu dari situ.
Irene memandang sepintas lalu, setelah itu dia menuju ke arah biliknya. Senyumnya merekah lebar begitu sampai didepan dipintu biliknya. Pintu dikuak perlahan, lantas Irene menapak masuk.
Terlihat Leo yang sudah berdiri dari sofa tatkala mendapati Irene memasuki bilik tersebut.
"Bos." Dengan sedikit tubuhnya dibungkuk kepada wanita itu.
"Hmm. Kau boleh keluar." Pintanya. Leo mengangguk faham, sejurus itu dia melangkah keluar bilik dengan menutup pintu rapat bilik tersebut.
Setelah perginya orang suruhannya. Irene berkalih pandang, ke arah katil. Terdapat Jungkook yang, terbaring tidak berdaya diatas katil kerana dibius itu.
Dia melangkah merapati, katil tersebut. Irene merangkak naik ke atas katil, dan berbaring bersebelahan dengan Jungkook.
Dagu Jungkook dipaut, lalu digerak menghala kearahnya. Pipi lelaki itu diusap sayang. Dengan perlahan, wajahnya didekatkan ke Jungkook. Bibirnya didaratkan ke atas bibir Jungkook. Sedikit memberikan gigitan, lalu dilepas.
"I dah kata, you larilah sejauh mana pun. Tetap I kejar you, sampai dapat. Tiada siapa yang berhak memiliki you, selain I. Hanya I berhak memiliki you. Now, you're mine forever and ever."
Irene terkekek kecil, tubuh tegap lelaki itu didakap kemas seraya mengucup pipi Jungkook bertalu-talu.
"Tidur yang lena ye baby. I tak sabar, tunggu you sedar. Ada banyak I nak buat dengan you tau? Tak sabar betul."
Irene tetap berceloteh sendirian, walaupun hakikatnya Jungkook tidak menjawab semua celotehnya.
******
Tbc 👋
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...