PINTU rumah dibuka lebar, JungHa dan JungNa terus berlari masuk ke dalam rumah. Jungkook hanya menggeleng kepala sahaja lantas dia melangkah masuk, pintu rumah dikatup semula. Kaki jenjangnya digorak menuju ke ruang tamu.
Hana yang duduk bersantai di ruang tamu, terus berdiri dan menghampiri Jungkook. Tangan suaminya disalam dan Jungkook mencium dahi isterinya sebagai balasan. Hana mengambil beg galas yang dipegang Jungkook.
"Miss you."
"But I don't missing you, stupid smurf-auch!"
Jungkook mengerang sakit sambil mengusap pinggangnya yang dicubit oleh jari ketam isterinya itu.
"Padan muka."
Mereka berdua saling menjeling sambil melabuh duduk diatas sofa. Hana meletak beg tersebut diatas meja kopi.
"So, tadi kanda dan duo kembar tu pergi mana?"
"Oh yang tu, kitorang pergi singgah makan aiskrim je tadi. Si polar bears tu yang merengek nak makan aiskrim." kata Jungkook seraya bersandar di badan sofa. Hana mengangguk kepala faham.
"Kanda ada benda nak kasi kat dinda."
"Apa?"
Jungkook mengeluarkan kad yang diberikan oleh Irene kepadanya dari poket seluar.
"Nah!" Hana menyambut huluran Jungkook. Kad yang berwarna biru laut itu dibelek sejenak.
"Kad undangan ke ni?" soal Hana dan Jungkook mengangguk kepala.
"Ha'ah. Tu kad undangan dari Irene. Dia bagi kat kanda.."
"Macam mana kanda boleh jumpa dia?"
Jungkook mengerling Hana sekilas lalu berkata.
"Macam ni.." Jungkook menceritakan kepada Hana tentang apa yang berlaku di Aiskrim Cafe Smiling tempat dia dan kedua anaknya singgah makan aiskrim.
Hana mendiamkan diri sambil mendengar cerita Jungkook dengan serius. Sesekali dia mengangguk faham.
"Macam tu.."
"Dinda."
Hana menoleh ke arah Jungkook.
"Apa dinda dah maafkan Irene?"
Kata-kata Jungkook membuatkan Hana terdiam seribu bahasa. Jungkook memandang Hana dengan raut wajah yang panasaran dan bingung bila melihat wajah Hana yang berubah dingin itu.
"Hmm. Kanda pergi lah naik ke bilik, bersihkan diri tu. Dinda nak siapkan makanan tengah hari." ujar Hana bersahaja tanpa memandang ke arah Jungkook. Dia bingkas berdiri, ubun-ubun Jungkook diusap perlahan lantas dia beredar ke dapur.
Kening Jungkook terangkat sebelah, kepalanya terlentok kekiri.
"Dah kenapa minah tu? Period ke apa?" bisik Jungkook hairan lalu dia mengangkat bahu acuh. Jungkook bangun dari duduknya, beg galasnya diambil lalu digalas sebelah bahu. Dia mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas, sambil bersenandung riang.
•••••
"BABYS! Shark doo, doo. Babys shark doo, doo. Babys shark!"
"Mama shark doo, doo. Mama shark doo, doo. Mama shark!"
"Papa shark doo, doo. Papa shark doo, doo. Papa shark!"
JungHa dan JungNa berhenti menyanyi lagu Baby Shark, mereka berdua menghamburkan gelak sambil berguling-guling diatas karpet di ruang tamu.
Jungkook yang baru sahaja turun dari bilik, memandang mereka berdua hairan lalu dia menghampiri duo kembar itu.
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...