JUNGKOOK melangkah masuk ke dalam rumah. Kasut converse merahnya dibuka dan disimpan ke dalam almari kasut. Kakinya digorak ke ruang tamu tatkala mendengar suara samar-samar dari TV.
Setiba dia diruang tamu. Dia mendapati Hana yang sedang menonton. Muka gadis itu sedikit sembab seperti lepas menangis.
"Ehem!" Jungkook mendeham untuk menarik perhatian Hana.
Hana berkalih dari TV kearah Jungkook yang berdiri tidak jauh daripadanya. Dia hanya senyap sambil merenung wajah Jungkook lalu berpaling semula ke TV.
"Awak pergi mana tadi? Awak tu baru je sembuh dari demam kan?"
"Hmm. Aku jumpa Yein."
Kejujuran Jungkook membuat hati Hana mendadak sakit. Tapi kejujuran itu juga yang perlu ada disetiap perhubungan kan? Walaupun kejujuran itu juga buatkan kita sakit.
"Oh." sahut Hana pendek tanpa menoleh ke arah Jungkook.
"Dia minta aku kembali semula kat dia.."
Hana tahan perasaannya yang hendak meletup. Dia menunggu Jungkook melanjutkan kata-kata seterusnya.
"Dia juga minta aku ceraikan kau.." kata Jungkook jujur dan tanpa bersimpang. Memandang Hana tajam walaupun gadis itu tidak sedikit pun menoleh kearahnya.
"Apa?" Hana tersentak, terus dia berdiri dan memandang Jungkook.
"Cerai?" Kata Hana meminta kepastian yang jelas. Jungkook anggukkan kepala dengan muka datar, merenung Hana tajam.
"Jadi, awak terima dia? Dan awak setuju untuk lepaskan saya?" Soal Hana. Air matanya bergenang. Tangan tergenggam kemas. Bibirnya dikemam, menahan sebak didada.
Jungkook tidak angguk mahu pun geleng. Dia hanya diam sambil memandang Hana datar.
"Diam awak bermakna awak terima dia kan? Siapa lah saya ni kan di mata awak kan?"
Hana berbalik dan melangkah untuk pergi dari situ. Hati dia hancur berkecai, tambah lagi dengan reaksi Jungkook yang serba datar itu.
Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua kepipi. Namun, mendengar sahaja Jungkook bersuara dengan drastik dia menghentikan langkah.
"No. Aku tak terima dia. Aku tak gila lagi nak madukan kau. Aku kesian kat kau je. Aku tak cintakan dia pun. Dia hanya kisah silam aku. Dia yang gila-gila kan aku. Dia dah rosak dan tidak fresh lagi. I know all about her."
Hana mengelap pipinya yang basah lantas dia berkalih memandang Jungkook. Dia terkedu melihat Jungkook mengukirkan senyuman nipis kearahnya atau lebih tepat smirk.
Hatinya menghangat dengan kejujuran Jungkook walaupun ada juga terasa sakit. Jadi dia masih berpeluang untuk membuat Jungkook jatuh cinta kepadanya.
"You cry baby?"
• • • • •
DI tarik dan dihembus kasar nafasnya. Malam ini Hana bertekad ingin menjalankan misi menggoda dan memikat suaminya itu. Dia tidak akan menyerah. Dia tidak mahu ada orang lain merampas suaminya itu.
Tangannya memulas tombol pintu lalu dikuak bilik itu. Dia masuk dan pintu bilik itu ditutup semula. Disaat dia berbalik, matanya memandang Jungkook yang baru sahaja keluar dari bilik air.
Rambut Jungkook yang basah dengan tuala membalut bahagian pinggang buatkan pipi Hana membahang.
Woah! Seksi! Desis hati Hana nakal.
Mata mereka bertaut dengan tidak sengaja hinggakan Jungkook menjerit kerana terkejut.
"Kyaa perompak seksi bersiri?!"
Gelak Hana terhambur keras mendengar latah Jungkook.
"Hahaha!"
"Shut up Hana!" Kata Jungkook keras. Tawa Hana mereda bila melihat wajah bengis Jungkook. Akan tetapi Hana tidak merasa takut melihat wajah Jungkook seperti itu, tambah cute adalah.
"Kau buat apa dalam bilik aku hah?" Mata Jungkook bergerak atas dan bawah memandang Hana yang hanya berbaju kemeja besar separa paha. Bahagian dada Hana sedikit terdedah. Tanpa sedar pipinya berbahang.
"Saja. Kenapa tak boleh?" Hana menjongketkan kening. Kaki dihayun mendekati Jungkook yang berdiri statik di depan bilik air.
Jungkook memandang Hana datar dan dia juga melangkah ke arah Hana. Namun, baru beberapa langkah. Kain Jungkook tersangkut di kerusi hingga membuat kain yang melingkar dipinggang Jungkook terlepas. Langkah mereka terhenti beberapa meter.
"Eh?" Mata mereka jatuh kebawah. Seketika kemudian, suara jeritan daripada Hana mengema satu banglo itu.
"Arghh!? Hantu gantung!?" Jerit Hana nyaring membuatkan Jungkook tersentak. Mata dipejam lalu dia berlari keluar bilik dengan wajah merah padam.
"Hantu gantung? Mana? Mana?"
Jungkook berpusing segenap biliknya mencari 'hantu gantung' tersebut.
"Tak ada pun? Dia tipu aku, bongok betul."
Dia senyap seketika, kepala dilentokkan kekiri. Pandangan dia jatuh kebawah. Seakan tersedar dengan realiti, tatkala mengerling tubuhnya yang bogel itu.
"Shit!"
*********
Tbc 👋Abaikan typo..
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...