••••••
"MACAM mana, dengan keadaan anak saya dok?" Tuan Jeon bersuara bila seorang Doktor lelaki keluar dari ruangan ICU.
Doktor JooMyun yang pernah merawat Jungkook hanya tersenyum hampa dengan kepala digeleng.
Mereka yang ada disitu terhenyak dengan reaksi yang diberikan Doktor tersebut.
"Apa maksud dok? Kenapa dengan anak saya! Cakap dok!" jerit Puan Jeon.
Dr. JooMyun menghela nafas sejenak dan diberikan senyum kecil kepada keluarga pesakit.
"Dia tidak ada apa-apa. Keadaan dia dah stabil, cuma dia perlu banyak berehat."
Mereka menghela nafas lega. Namun Wonwoo masih memandang Dr. JooMyun tajam, membuatkan doktor lelaki itu sedikit gugup bila dipandang begitu.
"Betul dia tidak ada apa-apa? Kalau dia tidak ada apa-apa, kenapa dia muntah darah?" Wonwoo menyoal datar dan tegas dengan mata tidak beralih daripada merenung wajah doktor JooMyun.
Tuan Jeon, Puan Jeon dan Hana memandang ke arah doktor JooMyun.
Mereka berempat bingung bila melihat doktor JooMyun terdiam. Mereka seperti merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh doktor tersebut daripada mereka.
"Jujur dok. Kenapa Jungkook boleh muntah darah kalau dia tak ada apa-apa?"
Dr. JooMyun menghela nafas, memandang keluarga Jeon itu.
"Dia keracunan makanan, tapi kami belum mengenalpasti racun apa itu. Tapi Tuan Jeon sekeluarga jangan risau, kami dah keluarkan racun tersebut daripada dalam tubuhnya." kata Dr. JooMyun.
"Racun?!"
Dr. JooMyun hanya mengangguk kepala, memandang keluarga Jeon yang terkejut mendengar akan berita tersebut. Dia memandang mereka sekeluarga dengan tatapan mata yang bersalah. Kerana telah berbohong akan kenyataan.
Maafkan saya, kerana menipu awak semua. Tapi saya lakukan ini juga, kerana atas permintaan Jungkook untuk merahsiakan penyakitnya . Bisik hati Dr. JooMyun.
••••••
SETELAH dua hari Jungkook ditahan dihospital, esoknya dia diperoleh balik ke rumah.
Dua hari itu juga, sifat Jungkook seolah turut berubah. Dia hanya diam dan tidak menghiraukan orang disekitarnya. Bila diajak berbincang dan bercakap, dia hanya diam sahaja dengan wajah datar dan dingin. Bahkan untuk memandang wajah mereka pun, seakan tidak mahu. Tatapan matanya juga kosong, penuh dengan penderitaan dan kesedihan.
"Jungkook makanlah bubur ni sedikit ye? Nanti kamu jatuh sakit, kan susah." Puan Jeon yang duduk disebelah Jungkook, memcuba memujuk anak lelaki bongsunya itu untuk makan.
Seketika, Puan Jeon menghela nafas bila melihat Jungkook hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah tingkap bilik.
"Jeon Jungkook! Sebenarnya apa masalah kamu huh? Sampai kamu palau kami macam ni? Sepatutnya Hana yang sedih sebab ada suami curang macam kamu ni!" bentak Puan Jeon geram, kerana diacuh oleh Jungkook.
Namun reaksi Jungkook masih sama, bersahaja dan senyap tanpa menyahut kata-katanya.
"Jungkook!!" Puan Jeon menangkup kedua pipi Jungkook lalu dihalakan kearahnya. Mata mereka bertembung. Nafas Puan Jeon seakan sesak, tatkala melihat sinar mata Jungkook yang teduh penuh dengan kekosongan. Wajah itu juga pucat dengan kedua pipi yang dulu tembam kini mula cengkung. Tubuh lelaki itu juga kurus kerana kurang makan, tambahan pula kesihatannya juga turun kerana penyakitnya.
Tanpa sedar, air jernih itu mengalir menuruni pipi Puan Jeon. Jungkook hanya diam, memandang kosong wajah tua ibunya itu.
"Kamu kenapa nak? Cuba beritahu omma, kamu kenapa? Janganlah hanya diam, omma tak kan tau apa yang kamu rasa."
Pipi Jungkook diusapi Puan Jeon lembut.
Tangan Jungkook terangkat sebelah, menyentuh pipi ibunya yang basah itu seraya mengesat perlahan aliran air jernih yang masih setia membasahi pipi tua itu.
"Kook tak buat, kook tak buat." kepala Jungkook tergeleng-geleng. Air mata Jungkook jatuh ke pipi.
Kening Puan Jeon berkerut tidak memahami apa yang hendak dikatakan Jungkook itu.
"Apa maksud kamu? Apa yang kamu tak buat apa?"
"Benda tu, kook tak buat."
•••••••
Tbc.Sorry If chapt ni xmemuaskan. Sya buat chapt ni dengan mata mengantuk. Hehe 😴
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...