PUAN JEON memandang Jungkook hairan, masih belum mengerti maksud daripada kata-kata Jungkook itu.
"Maksud kamu?"
Jungkook mengetap bibir, kepalanya ditunduk. Dia hela nafas sejenak. Tangan ibunya yang masih melekap dipipinya diraih, lalu digenggamnya tangan tua itu.
"Nothing."
Hening sejenak diantara mereka, Puan Jeon menatap Jungkook yang menunduk sambil bermain jari-jemarinya.
"Omma dapat rasa yang kamu ada sembunyikan sesuatu daripada kami semua." kata Puan Jeon. Matanya menikam wajah anak bongsunya itu.
Melihat Jungkook yang hanya mendiamkan diri, membuatkan Puan Jeon menghela nafas berat. Dia menarik tangannya daripada genggaman Jungkook.
"Omma nak kamu habiskan bubur dan susu ni. Lepas makan telan ubat. Omma nak turun bawah, masih ada benda yang omma nak buat." Puan Jeon bingkas berdiri. Anak lelakinya itu dipandang sekilas. Digorak kaki menuju ke pintu bilik untuk keluar.
"Omma, Hana mana?" Jungkook menyoal, membuatkan Puan Jeon berhenti dimuka pintu. Dia berpaling ke arah Jungkook.
"Hana keluar pergi klinik,"
"Klinik buat apa?"
"Cek kandungannya." jawab Puan Jeon mendatar, lantas dia melangkah keluar dari bilik.
"Kenapa dia tak ajak aku untuk temankan dia?" gumam Jungkook lirih, keluhan keluar dari mulutnya. Dia memandang ke luar jendela bilik.
"Haruskah, aku beritau perkara yang sebenarnya?" gumamnya. Tangannya yang berada diatas riba, dikepal kemas.
••••••
JUNGKOOK tersedar daripada lamunannya, bila sebuah suara menyapa gendang telinganya. Namun dia hanya senyap, tidak menyahut.
"Omma suruh kau masuk," kata Hana. Dia mengerling Jungkook yang duduk diwakaf sambil melihat langit yang mendung itu.
Hana berjalan mendekati tempat Jungkook bersantai.
"Omma suruh kau masuk, jap lagi hujan nak turun. Kau memang suka eh, susahkan orang kalau kau sakit nanti? Dahlah kau tu masih lemah, pengecut pula tu." kata Hana mendatar. Penuh sinis.
Jungkook mengetap bibir, sedikit terasa dengan kata-kata yang meniti dimulut Hana. Gadis itu memang suka sekali, mencari fasal dengan dia dengan ayat menyakitkan hati.
"Bila kau nak tanggungjawab kat pompuan tu? Aku tengok kau takda buat persiapan pun untuk majlis kau tu. Masih bersantai aje aku tengok. Ke kau memang nak lari daripada tanggungjawab?"
Jungkook hanya diam dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan Hana. Dia hanya membuang pandangan ke arah langit yang mendung itu kerana hujan mahu turun, begitu juga hatinya yang turut mendung.
Hana merengus halus bila Jungkook tidak membalas dan mengabaikan dirinya.
"Bila kita akan bercerai? Kalau boleh aku nak kita bercerai esok."
Hana tersentak bila Jungkook bangun dari duduknya tiba-tiba. Dan lelaki itu memandangnya tajam.
"Awak memang tak sabar ye nak bercerai dengan saya?"
Hana memandang wajah Jungkook yang datar itu, dia hanya mengangguk kepala.
"Ya! Aku tak sabar nak bercerai dengan kau. Jadi tolong lepaskan aku."
"Tapi, boleh tak saya nak tanya awak satu saja soalan. Awak kena jawab dengan jujur."
"Ok, apa kau nak tanya?"
Hana memandang Jungkook yang berdiam diri seketika, sebelum bersuara.
"Do you still love me?"
Soalan yang meluncur keluar dari mulut Jungkook, membuatkan Hana tersentak. Dia terdiam, lantas tanpa berfikir panjang dia berkata yang mampu membuat hati Jungkook yang mendengar hancur lebur.
"I don't love you, but I hate you so damn much! Bitch! Aku dah muak dengan kau, jadi lepaskan aku." kata Hana kasar, memandang Jungkook tajam namun dia segera melarikan pandangan matanya ke arah lain tatkala melihat sinar mata Jungkook yang teduh memandangnya.
Jungkook tersenyum pilu, dia mengangguk kepala.
"I see. Tapi awak tak perlu tunggu esok kalau nak bercerai dengan saya. Sekarang juga saya boleh ceraikan awak, kalau awak nak. Saya akan lafazkan talak kepada awak dan awak akan bebas."
Hana terkaku tidak berkutik bila mendengar ayat yang membuat hatinya tiba-tiba ditampar ombak deras, keluar dari mulut Jungkook.
"Ok. Lafazkan!" laju saja kalimat itu keluar dari mulut Hana. Dia memandang Jungkook yang tersenyum itu, dia kenal dengan senyuman itu. Senyum terpaksa dan hampa.
"Baiklah." Jungkook menarik nafas sejenak.
"Saya ceraikan awak dengan talak.."
Dada Hana berdebar kencang ketika Jungkook melafazkan kalimat itu. Tubuhnya berasa seram sejuk.
"I love you." air mata Jungkook jatuh, seusai dia berkata begitu. Dia tersenyum kecil dan berlalu dari situ, tanpa memandang Hana.
"I'm sorry. I can't, because I love you damn much."
Bisikkan Jungkook menyentuh gendang telinganya, lembut penuh kesayuan. Tak terasa butiran air jatuh ke pipinya. Hana terduduk diwakaf, dengan wajah menunduk.
"I.. I love you too.."
********
Tbc 👋
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...