••••••
Beberapa hari kemudian..
DANIEL melangkah masuk kedalam wad Jungkook. Tempat Jungkook berbaring, dituju.
"Kook, hyung datang ni. Bangunlah." Tangan Jungkook diraih lalu digenggam. Sejuk saja tangan Jungkook, dia rasa.
"Daniel hyung.." Jungkook membukakan matanya perlahan. Daniel tersenyum kecil.
"Kau dah sedar kook?"
"Aku dah sedar pagi tadi, tapi aku tak nampak pun kau tadi." Jelas Jungkook lemah. Bibir pucatnya mengukir senyum manis.
"Oh! Pagi tadi aku, balik kejap. Mandi." Kata Daniel. Tangannya membelai rambut Jungkook lembut.
Walaupun, mereka berdua baru saja kenal melalui rakan kerjasama syarikat. Tapi, Daniel sudah menganggap Jungkook sebagai adiknya.
"Terima kasih hyung, sebab tolong aku. Kalau bukan kau langgar aku, mesti aku tak dapat larikan diri dari mereka."
"Maksud kau kook? Boleh kau bagitau aku, macam mana kau boleh ada kat situ. Dengan pakaian kau compang-camping, rambut berserabai. Muka pula pucat. Aku juga ada, dengarlah gosip yang mengatakan kau hilang."
"Hilang?"
"Ya. Lagi teruk, kau hilang sebab lari dengan pompuan lain. Tapi, aku tak percaya benda semua tu."
Jungkook tersenyum lemah, dia menunduk.
"Mesti Hana dah tau kan, pasal ni. Aku harap dia percayakan aku, daripada berita tidak betul itu." Tanpa sedar air mata lelakinya jatuh ke pipi. Daniel terdiam melihat wajah sayu Jungkook yang berlinangan air mata.
"Kook.."
"Berita itu semua tidak betul."
"You mean?"
"Aku kena culik, lucukan. Aku yang jantan ni pun boleh kena culik, dengan pompuan pula tu."
Jungkook tergelak kecil. Tapi bagi Daniel, dia berasa gelak Jungkook itu lain saja. Macam paksa.
"Ceritakan semuanya kat aku Jungkook."
Jungkook memandang Daniel sekilas lalu dia geleng kepala.
"Tak payah lah kau tau hyung. Bukan best pun."
"Whatever! Best ke tak! Kau cerita sekarang. Aku memaksa!" Tegas Daniel. Mencubit pipi Jungkook geram. Jungkook mengerang kecil, menepis tangan Daniel dari pipinya.
"Yelah. Kau yang paksa."
Jungkook menghembus nafas sejenak, lalu dia membuka cerita yang terjadi kepada beberapa minggu. Tidak tinggal secebis pun perkara yang menimpa dirinya, dicerita kepada Daniel.
Daniel serius mendengar cerita Jungkook, sesekali dia mengenggam tangan Jungkook kemas.
Beberapa minit, setelah Jungkook selesai bercerita. Daniel terus buka suara.
"Kurangjak betul pompuan tu, sampai macam tu sekali dia obses dengan kau."
"Kan aku dah kata, cerita aku tu tak best." Jungkook tersenyum kecil. Daniel menjentik bibir Jungkook perlahan.
"Kenapa kau jentik bibir aku huh?"
"Tch! Tak payah senyum macam tu, aku benci tengok senyum kau yang hambar itu. Tiada manisnya." Bidas Daniel.
Jungkook tergelak kecil, dengan kepala tergeleng-geleng.
"Hyung."
Daniel hanya mengumam.
"Bila aku boleh keluar dari sini?"
Mendengar soalan itu, Daniel memandang Jungkook daripada telefonnya ditangan.
"Doktor kata, kau takleh balik lagi buat masa sekarang. Keadaan kau masih lemah." Kata Daniel. Seketika kemudian dia teringat sesuatu.
"Tapi, aku nak balik hyung. Aku rindu kat isteri aku."
Daniel menyentuh tangan Jungkook dan digenggam. Jungkook memandang Daniel.
"Boleh aku tanya kau satu benda tak?"
"Apa hyung?" Soal Jungkook bingung.
"Apa kau tau yang kau menghidap penyakit barah hati?"
Jungkook tersentak apabila soalan itu dituju kepadanya. Jungkook menunduk sambil tersenyum kecil. Tidak lama, dia mengangguk kepala.
"Ya. Aku dah tahu, yang aku menghidap penyakit barah hati. Sejak aku berumur 17 tahun lagi."
"Parents kau tahu, benda ni?"
Soalan Daniel dijawab dengan gelengan kepala dari Jungkook.
"Tak. Sebab aku tak nak, diorang sedih."
"Isteri kau pun?"
"Hmm." Jungkook mengangguk lemah dengan senyum hambar. Daniel terdiam sambil memandang Jungkook yang menunduk itu.
*********
Tbc 👋
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...