HANA mendongak memandang langit yang membiru dengan burung-burung berkicauan untuk balik ke sarang masing-masing. Matanya dipejam, menikmati angin pada senja itu yang sepoi-sepoi bahasa menerpa lembut wajahnya. Dia tersenyum kecil.
Dedauan sakura berguguran menghiasi sekitarnya. Tubir matanya dikesat perlahan, bila terasa ada air bergenangan.
Kanda, I miss you so much. Bisik hati Hana sayu penuh dengan kerinduan.
Hana membukakan matanya bila terasa ada yang memeluk tubuhnya dari belakang.
"Dinda, I miss you so damn much sayang. Do you miss me?"
Suara yang dia rindukan, menyapa gendang telinganya lembut. Segera dia berpaling menghadap orang yang memeluknya itu. Hana menangis, begitu melihat wajah orang yang dia rindui dan sayangi berada didepan matanya sekarang dengan senyuman manis.
"Kanda.."
"Yeah. It's me."
"Saya rindukan awak Jungkook. Jangan tinggalkan saya." tubuh suaminya dipeluknya erat. Jungkook tersenyum sambil membalas pelukan tersebut seraya mengusap rambut isterinya itu.
"Saya tak kan tinggalkan awak sayang. Saya ada disini bersama awak, always with you till jannah. I love you sayang. Please don't cry, nanti baby dalam perut ni akan turut nangis sebab tengok mama dia nangis." kata Jungkook dengan suara manja sambil tersenyum manis. Pipi Hana diusapnya lembut sekadar untuk menghilangkan jejak air mata.
Perut Hana yang membonyot itu, dikucup sejenak lalu diusap sayang. Hana tersenyum nipis melihat gelagat Jungkook.
"Kanda."
"Ya?" Jungkook menegakkan tubuhnya, memandang Hana dengan senyuman manis.
"Kenapa tak cakap yang kanda dah boleh balik hari ni? Dan macam mana, kanda tau yang dinda ada di Sungai Han?"
Jungkook hanya tersenyum seraya memberikan pelukan kepada Hana.
"Itu tak penting, yang penting kanda dah sihat sepenuhnya. Dan kenapa kanda tau dinda kat sini, rahsia."
"Ish!" tubuh Jungkook didorong perlahan sehingga pelukan mereka terlepas. Jungkook tergelak kecil melihat wajah cemberut Hana.
Hana memandang Jungkook yang sedang gelakkannya, hanya tersenyum nipis. Dia bersyukur yang Jungkook baik-baik sahaja. Dia teringat bagaimana risaunya dia terhadap Jungkook yang tidak sedarkan diri ketika mereka di taman hospital. Pelbagai perasaan yang dia rasa ketika itu. Takut akan kehilangan Jungkook daripada kehidupannya.
Namun, dia lega bila doktor JooMyun mengatakan yang Jungkook baik-baik sahaja. Cuma tubuh Jungkook mahu menyesuaikan dengan hati yang baru.
"Hana, sayang mengelamun eh? Orang panggil tak sahut pun." suara Jungkook menghancurkan segala lamunan Hana. Dia memandang Jungkook dengan mata dikedip-kedip.
Jungkook menangkup pipi Hana, lalu dia mengucup bibir mungil Hana bertubi-tubi. Pipi Hana panas sampai ke cuping telinga, mendapat perlakuan daripada Jungkook. Dia mencubit pipi Jungkook geram lalu dia menyandarkan kepalanya didada bidang suaminya itu.
"Ish, kanda ni suka sangat buat orang malu ye. Kalau orang nampak macam mana?"
"Sayang ada perasaan malu juga ke? Lantak dioranglah, dah diorang ada mata. Biarlah dia nak fikir apa, yang penting kita tak kacau diorang. Dan kita buat ni sesuatu yang halal bukan haram. Lebih daripada itu lagi kita boleh buat. Nak malu dan takut apanya. Asalkan kita bahagia dan diorang tak ganggu kita dah cukup baik."
"Bahasa kanda, tolong dijaga." Hana menjeling Jungkook tajam yang tersengih nakal.
"Betul apa?"
Hana mencebik. Dia peluk tubuh.
"Whatever. Dah jom kita balik dah nak gelap ni."
Hana berhenti dari melangkah bila tangannya dipegang oleh Jungkook. Dipandang Jungkook lembut.
"Kenapa? Tak nak balik ke?"
"Apa kata kita tengok matahari hingga terbenam bersama sebelum kita balik?"
Hana tersenyum lalu mengangguk kepala. Dia sedikit tersentak bila Jungkook menarik tangannya sehinggalah tubuhnya masuk kedalam dakapan Jungkook yang memeluknya daripada belakang dengan dagu lelaki itu ditungkat dibahunya.
Hana memegang tangan Jungkook yang melingkar dipinggangnya. Kepalanya disandarkan ke tubuh Jungkook. Mereka berdua berpelukan sambil memandang ke arah matahari yang hendak menenggelamkan diri dibalik gunung.
Hana mendongakkan kepala memandang Jungkook yang memejamkan mata dibahunya. Dia mencuri cium pipi Jungkook sehingga membuatkan lelaki itu membukakan matanya lalu memandang ke arah Hana yang tersenyum manis itu.
Jungkook membalas senyuman Hana seraya mengeratkan pelukannya. Sesekali dia akan mengusap perut Hana yang membonyot itu.
"Thanks sayang, love you."
*****
TbcHambar? Maafkan patik ya 🙏.
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...