Part 18

3.3K 122 3
                                    

TUAN JEON mengipas mukanya dengan menggunakan kipas cina yang dicuri daripada isterinya sambil memandang ke arah Jungkook datar. Jungkook pula hanya mendiamkan diri sambil membuat muka.

"Dah kenapa appa tenung kook macam Kook ni ada buat salah aje?" Katanya. Mata ditala ke skrin telefon. Main game.

"Bila kamu nak bagi appa ni cucu? Tunggu kamu sampai tumbuh tanduk kat kepala baru nak bagi appa cucu? Hmm?"

"Pun boleh juga."

Jawapan selamba Jungkook membuatkan Tuan Jeon mengertap bibir. Dan pang! Bahu Jungkook dipukul dua kali dalam masa tidak sampai sesaat.

Jungkook tersentak bila bahunya dipukul tiba-tiba. Telefon yang berada digenggamannya terlambung ke atas.

"Butterfly.. I believe I can fly... Eh telefon aku terbang, terbang nak ke angkasa. Eh!" Latah Jungkook spontan. Dengan tangkas dia menyambut telefonnya yang terlambung itu sebelum terjatuh menghempas lantai.

"Fuh! Nasih baik kesayangan hamba tak jatuh berderai. Appa ni, lain kali jangan lah kejutkan Kook. Kalau Kook sakit jantung macam mana? Dah mati keju dah!" Jungkook membebel. Tuan Jeon hanya menjulingkan biji matanya, sambil mengipas muka.

Pang!

"Cucu kembar untuk appa bila nak bagi?" Sergah Tuan Jeon, seraya memukul bahu Jungkook sekali lagi. Jungkook terkejut.

"Cucu kembar? Cucu kembar! Appa nak cucu kembar, nanti Kook bagi. Bukan setakat dua, lima belas kembar Kook boleh bagi." Mulutnya ditekup bila perasan akan perkataan yang keluar dari mulutnya sendiri.

Bodoh punya mulut! Desis hati Jungkook.

Kening Tuan Jeon terangkat sebelah, senyuman sinis terukir.

"Lima belas? Hmm, bila kamu nak bagi? Janji harus ditepati, tidak kamu jadi orang yang munafik." Kata Tuan Jeon mengugut. Jungkook mengaru kepala yang tidak gatal.

"Tapi appa.. kalau appa nak dalam masa terdekat ni memang lama lah proses dia. Sebab anak kucing Kook belum bunting lagi, nanti Kook cari kucing jantan kasi dia bunting." Bidas Jungkook selamba. Tidak perasan yang muka Tuan Jeon sudah berubah warna. Telinga sudah keluar asap, bila mendengar kata-kata anak bongsu bertuahnya itu.

"Apa kamu kata? Kucing? Hurm?" Bengang Tuan Jeon tatkala melihat raut wajah Jungkook yang bersahaja.

Jungkook mengangguk.

"Appa kan nak cucu, lima belas kembar pula tu. Kan kucing kalau dia sekali beranak banyak ekor anak dia? Boleh lah appa dan omma bela dia. Dapat pahala tau bela kucing ni." Jawab Jungkook selamba. Tidak berasa gerun melihat wajah tua itu yang sudah mahu berubah menjadi hulk. Malah dia ketawa.

Pang! Sekali lagi Jungkook dipukulnya. Kali ini dikepala pula biar kasi wayar-wayar yang terputus dalam kepala otak anaknya itu bersambung dengan baik.

"Bengong punya anak!! Kenapa lah appa boleh dapat anak yang lebih bengongnya ni? Nak kata tak pi sekolah, tapi dah belajar sampai luar negara. Master lagi! Dah dapat pangkat Doktor lagi! Tapi bengong sangat kejadahnya?" Tuan Jeon mengutuk Jungkook. Geram. Bertambah geramnya bila menangkap senyum nakal yang bermain dibibir anaknya itu.

"Mana tak tumpah kuahnya, kalau tak ke nasi kan? Dah appa dan omma buat kook macam ni nak buat macam mana lagi?"

Takat didih yang dah lama mendidih sampai dah panas makin panas tahap lava nak meletup mendengar jawapan spontan Jungkook.

"Jeon Jungkook!! Bengong punya anak jebon ni."

Jungkook hanya gelak berdekah-dekah, melihat wajah ayahnya yang kemerahan kerana menahan amarah.

*****
Tbc 👋

Sorry kependekan 🙏. Hehe

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now