Part 33

2.6K 102 11
                                    

••••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••••

SUASANA dalam kereta hanya dihiasi keheningan. Jungkook hanya fokus memandu, manakala Hana pula menunduk sambil mengerling Jungkook disebelah dengan hujung mata. Muka suaminya itu ketat sahaja selepas kejadian tadi diparkir kampus.

"Kanda.."

"I'm not your Kanda."

Hana tercenggang, dia kemam bibir. Geli hatinya melihat wajah Jungkook yang beku itu. Eleh kanda merajuk ler, orang beku pun boleh merajuk? Lawak.

Jungkook menjeling Hana bila perasan yang Hana hendak gelakkan dia.

"Kau gelak, aku tendang kau dari kereta ni." Ugut Jungkook kasar.

Eleh tak takut pun. Hana mencebik. Dia peluk tubuh. Otaknya ligat memikirkan idea, nak pujuk hati Jungkook yang merajuk itu.

"Asal kau cakap yang kita ni sepupu hah?" Soal Jungkook datar tanpa menoleh ke arah Hana selain memandang ke depan.

Kepala Hana berpaling ke Jungkook.

"Hmmm. Kalau dinda kata yang kita ni suami isteri, dinda takut nanti Prof. Bae beritahu pasal ni dekat pengetua. Dinda tak nak kita dapat masalah, biarlah kita rahsiakan dulu tentang hubungan kita ni."

"Walaupun dinda tau semua ni tak akan bertahan lama, suatu hari nanti mesti akan terbongkar juga. Entah dari siapa, jadi kita serahkan saja kepadaNya. Biar Dia yang tentukan jalannya rumah tangga kita."

Hana menjeda sejenak. Jungkook hanya menadah telinga.

"Lagipun.."

"What?"

Hana pandang Jungkook dalam-dalam. Dia hembus nafas.

"Lagipun dinda tak nak hancurkan hati dan perasaan prof. Bae."

"Kenapa?"

Gadis itu ketap bibir, seraya mengalihkan mata keluar jendela kereta.

"Prof. Bae kan suka kanda, so dinda tak nak buat dia sedih kalau tau yang kita berdua ni adalah pasangan suami isteri."

Setitis air mata jatuh mengenai pipinya, Hana menangis dalam diam tanpa sepengetahuan Jungkook yang hanya membisu.

Jungkook mendengus kasar. Dia menghentak stereng kereta dan diberhentikan kereta diparkir kereta dimana tempat Bazar Ramadhan dibuka.

Hana tersentak terus kepalanya berkalih ke sebelah. Laju pipinya yang basah itu dikesat.

"Hye! Kau nak jaga hati orang? Tapi hati kau tak terjaga buat apa? Buat bodoh? Gitu. Kau ni, kalau aku kata kau gila melenting pula. Tapi aku nak juga kata yang kau ni gila, bodoh dan seangkatan dengannya. Memang kau keluar dari perut mak kau, dah sewel camni eh?"

Suara petir lagikan pedas menusuk tepat ke hulu hati keluar dari mulut Jungkook. Berbisa.

Mata Hana terkebil-kebil melihat wajah garang plus cute Jungkook itu.

Jungkook meraup rambutnya kebelakang kasar. Dia memandang Hana disebelah.

"Kau nak jadi baik pun, agak-agak lah. Take care yourself before, if kau nak jaga hati orang. Kebalkan dan tabahkan hati kau dulu. Kau ingat jaga hati orang ni best ke?"

"Kalau tak kena dengan citarasa, melenting juga. Dan apa kau sanggup kalau perempuan lain rapat dengan suami kau?" Kata Jungkook dengan wajah serius.

Hana tersentak, lalu dia menggelengkan kepala laju. Dia tidak sanggup perempuan lain dekat dengan suaminya.

"Tak. Dinda tak sanggup kanda rapat dengan perempuan lain."

"Habistu kenapa kau macam rela je aku rapat dengan Irene? Bahkan siap nak jaga hati dia lagi? Apa khabar dengan hati kau, kalau aku rapat dengan perempuan itu?"

Soalan KBAT keluar dari mulut Jungkook, membuatkan gadis itu terdiam.

"Kalau kau tak sanggup dan tak rela. Pertahankan apa hak kau, jangan bagi kau tertindas oleh orang lain. Hati orang kita bukannya boleh jaga sampai bila-bila, so take care yourself sayang."

Jungkook merenung Hana lalu berkata. Dia sentuh pipi Hana.

"I'm said that, cause I love you sayang. Aku tak nak hati kau sakit dan hancur. So, aku nak kau pertahankan apa yang kau miliki sayang." Kata Jungkook seraya itu pipi isterinya dikucup lembut.

Hana terkedu mendengar perkataan Jungkook tambahan lagi dengan ciuman daripada Jungkook ke pipinya. Wajahnya berbahang.

"Sayang?"

"Apa?''

"Kanda panggil dinda sayang?"

"Bila masa aku panggil kau sayang?" Jungkook menjauhkan dirinya dari Hana. Berpura-pura tidak tahu menahu apa-apa.

Alah dasar suami tsundere.

"Tipu arh. Kanda panggil dinda dengan sebutan sayang. Baik ngaku, bulan puasa ni dosa menipu tau?"

Jungkook mendeham sinis. Dia tersenyum senget.

"Kenapa kalau aku nak panggil kau sayang, sayang?" Jungkook membuat suara manja. Matanya dikenyit kepada gadis itu. Dalam hati dia gelak, bila melihat wajah kemerahan Hana.

"Boleh aje baby Jeon nak panggil dinda sayang pun. Lagi comel aje. Sweet gitu kan baby?" Kata Hana menyakat Jungkook pula.

"Gila!"

Jungkook dengan wajah berona merah, dia terus keluar dari perut kereta lalu menonong ke Bazar Ramadhan meninggalkan Hana didalam kereta.

Hana tergelak terbahak-bahak bila mengingat wajah Jungkook yang memerah itu. Geram pula dia mahu cubit-cubit.

********
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now