•••••••
JUNGKOOK turun dari katil dengan perlahan-lahan. Kepalanya sejak kelmarin, sakit sangat.
"Aku harus keluar dari sini. Hana mesti risaukan aku." Bisiknya. Jungkook melangkah kaki ke pintu bilik. Terhuyung-hayang langkahnya.
Namun, belum sempat dia sampai di pintu. Jungkook terduduk atas lantai bilik bila, dia berasa kakinya dihalang sesuatu.
Bibirnya terketap kasar. Tatkala melihat, kaki kanannya dirantai dengan rantai besi.
"Tak guna. Dia rantai kaki aku, macam mana aku nak lari dari sini." Rantai besi itu, dirungkai kasar. Namun, tindakannya hanya sia-sia sahaja.
"Hana.. aku rindukan kau."
"Rindukan dia, buat apa? Baik you rindukan I."
Satu suara menyapa gegendang telinganya. Jungkook menoleh, mendapati Irene berdiri dimuka pintu sambil memeluk tubuh. Jungkook menjeling, benci.
"Amboi, jeling I nampak?" Irene terkekek, geli hati. Dengan perlahan, dia menghampiri Jungkook.
Jungkook hanya membisu sambil memandang datar Irene. Wanita itu, bersila dihadapannya dengan sebuah senyuman sinis.
"Kau nak apa dari aku setan?"
"I nak you."
"Iblis! Pergi kau, aku tak nak tengok muka kau! Siallah!" Jungkook mendorong tubuh Irene kasar, bila wanita itu mendekati dirinya. Jungkook bingkas berdiri, berjalan laju menuju ke katil.
Irene hanya mencebik dengan gelak kecil. Dia turut bangun dari duduknya dilantai bilik. Dia menghampiri Jungkook yang mendiamkan diri dibirai katil, sambil berusaha merungkaikan rantai besi yang melingkar dipengelangan kakinya.
"You cuba buka benda tu, percuma saja. Dia tak kan terlepas dari kaki you. Melainkan dengan ini."
Irene mengeluarkan kunci, lalu dia menunjukkan dihadapan Jungkook. Bila Jungkook cuba meraih benda yang ada digenggamannya, terus dia melarikan tangannya dan memasukkan semula kunci tersebut kedalam poket seluarnya.
"Berikan aku kunci tu!"
Irene menggeleng kepala dengan senyum sinis.
"Tidak semudah itu, I berikan pada you."
"Pompuan gila!"
Gelak Irene terhambur keras. Wajah Jungkook dicengkam.
"Memang! I memang gila. I gilakan you, Jeon Jungkook!"
Jungkook menepis tangan Irene, seraya mendengus kasar. Dia tersentak bila tubuhnya didorong Irene, sehingga tubuhnya terbaring atas katil.
"Kau nak buat apa hah! Jangan buat gilalah!"
"Biarlah I nak buat gila dengan you aje pun. Takda orang nak marah."
"Aku benci kau! Jangan sentuh aku lah! Jijik lah sial!"
Pang! Pipi Jungkook ditampar kuat.
"Tu makannya, sebab you melawan."
Tok! Tok!
"Masuk!"
Remy masuk kedalam bilik tersebut. Dia hanya buat muka selamba sahaja, bila melihat bosnya menindih Jungkook. Wanita on top apa?
"Ada apa?" Soal Irene, seraya mengucup pipi lelaki yang ada dibawahnya.
Lantas dia, turun dari tubuh Jungkook dan berdiri santai dengan wajah selamba. Wajah kemerahan Jungkook kerana marah, dipandang sekilas. Dia senyum nakal.
"Omma, bos datang."
"Apa! Kenapa baru bagitau bodoh!" Irene berlari keluar dari bilik, bila mendengar emaknya datang.
Setelah perginya Irene, Remy memandang Jungkook tajam.
"Apa? Muka aku terlampau hensem ke, sampai kau tenung aku macam tu?"
Remy tergelak kecil dan menapak mendekati Jungkook. Dia mencapai sesuatu diatas meja solek.
"Kau jangan, cuba-cuba nak biuskan aku." Jungkook bersuara kasar bila matanya menangkap, jarum yang berada digenggaman Remy.
"Kalau aku tak, biuskan kau. Nanti kau buat bising, tambahan lagi ada omma bos aku kat sini. So, aku tak nak dapat masalah."
Jungkook tidak sempat mengelat, maka jarum tersebut menembusi lehernya.
"Sial kau.."
*****
Tbc 👋
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...