Part 9

4.6K 146 0
                                    

HANA melihat rintikan hujan yang turun dengan lebat, membasahi bumi dari kafeteria. Sudah setengah jam dia menunggu Jungkook yang tengah meeting dengan beberapa pesyarah lain.

"Hana?" Panggil seseorang mengejutkan Hana daripada lamunannya. Suara huksy itu sangat familiar dipendengarannya. Wajah dipangut kearah suara tersebut.

Mata Hana membulat tatkala melihat wajah orang tersebut.

"Taehyung oppa!" Jeritnya. Lalu dia bingkas bangun dari duduk dan menuju ke arah lelaki bernama Taehyung itu. Tubuh lelaki itu dipeluk kejap.

"Huwaa! Miss you oppa!" Kata Hana girang. Taehyung tersenyum lebar. Menyerabaikan rambut sepupunya itu.

"Miss you too, haha!" Gelak Taehyung.

"Oppa buat apa kat sini?" Soal Hana pelik. Taehyung mengusap belakang kepala.

"Hmm. Oppa menyumbang dana kat Universiti ni." jawab Taehyung dengan senyuman manis.

"Wah! Baiknya oppa!"

"Ehem!"

Suara dehaman seseorang membuatkan mereka berdua menoleh.

"Hello Jeon!" Sapa Taehyung ramah kepada suami sepupunya itu.

"Hmm!" Jungkook menganggukkan kepala membalas sapaan Taehyung dengan senyuman nipis.

Jungkook menjeling kearah tangan Hana yang masih setia melingkar di lengan Taehyung.

"Hyung dah nak balik ke?" Soal Jungkook.

"Tak lagi! Hyung nak ke ofis semula, ada benda nak diselesaikan sikit kat sana! Dan kau ni, bila nak ganti appa kau tu. Urus syarikat family kau? Bagilah appa kau rehat pula." Kata Taehyung sambil berleter kepada Jungkook kawannya itu.

Jungkook cebikkan bibirnya lalu mengangkat bahu.

"Mmm. Aku dah berfikir beberapa hari kebelakangan ini."

"So? Aku tak paksa kau, tapi fikirkanlah appa kau tu. Dia dah tua, nak urus syarikat tu lagi. Hyung kau kat jepun mesti sibuk nak urus syarikat kat sana. Dia harapkan kau je untuk ganti dia." Nasihat Taehyung. Menepuk bahu Jungkook.

"Hmm. I think so.."

• • • • •

Ting tong...

PINTU utama dikuak dari dalam. Terjengul wajah Puan Jeon dibalik pintu. Dia tersenyum mendapati anak dan menantunya datang.

"Yuhuu! Wah anak hensem kutub selatan omma datang!" Jerit Puan Jeon menyindir. Hana tersenyum dengan gelak kecil.

Jungkook hanya menggulingkan biji matanya, dia memeluk tubuh seraya memandang Puan Jeon dan Hana yang sedang berpelukan seraya berlaga pipi. Memang tabiat perempuan kalau berjumpa mesti bersalam dan berlaga pipi, nasib baik tidak bercium.

"Jom masuk! Omma ada masak makanan favor korang, jom!" kata Puan Jeon girang, seraya menarik lengan Hana masuk kedalam rumah meninggalkan Jungkook yang tercengang dekat luar rumah.

"Omma ni, aku ke budak hingusan tu anak dia sebenarnya? Sakit betul hati cheq." rungut Jungkook sendirian, kaki dihentak kecil lalu dia berlari masuk ke dalam rumah dengan menghempas pintu rumah tersebut membuatkan dirinya dibebel oleh Puan Jeon.

"Hoi Jeon Jungkook, roboh pintu rumah omma tu nanti kan. Kamu nak ganti ke hah? Tak pasal kamu omma cepuk karang, sampai lebam. Nak ke?"

"Ok?" Jungkook menjongketkan bahunya acuh. Tidak menghiraukan ancaman mesra ibunya itu. Dia tidak takut langsung!

*******
Tbc 👋

Sorry kependekan 🙏 idea xde. 😅

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now