Part 56

2K 74 10
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

JUNGKOOK melirik dompet dan telefon Daniel yang terdampar atas meja. Dia mengerling bilik air. Daniel sedang berada dalam bilik air, membuang hajat.

Tangannya meraih dompet tersebut, lalu dimasukkan kedalam poket baju hospital yang dikenakan itu. Jarum yang terpasang dibelakang tangannya, dicabut kasar membuat tangannya mengeluarkan darah. Namun, diabaikan.

Jungkook turun dari katil, jaket kulit warna hitam milik Daniel yang tergantung dikerusi diambilnya.

Jungkook pandang bilik air. Dia senyum kecil.

"Thanks hyung sebab jaga aku, dan aku minta maaf ye. Aku pinjam dompet kau kejap, nanti aku ganti balik. Aku pergi dulu Daniel hyung." Bisik Jungkook.

Kakinya yang tanpa alas kaki, melangkah keluar dari wad itu. Jaket dipakai ketubuh, menghindari daripada dikenal oleh Doktor dan nurse disitu.

Jungkook berjalan menuju ke pintu keluar hospital tersebut sambil berpegang pada dinding. Peluh mula membasahi dahinya,  dia mendengus halus bila kepalanya diserang rasa sakit.

"Janganlah kau sakit time ni," rungut Jungkook kesal. Kakinya digagahkan untuk melangkah.

Apabila dia bertembung dengan Doktor atau nurse, dia akan menunduk dan memandang ke arah lain sambil bersiul selamba.

Jungkook tersenyum lebar, bila berjaya keluar dari bangunan hospital itu. Dia berlari kecil, keluar dari kawasan hospital.

Kepalanya terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan. Mencari taksi.

"Jeon Jungkook! Kau mahu ke mana hah!" Jeritan nyaring dari arah belakang mengejutkan Jungkook.

Dia berpaling ke belakang, mendapati Daniel dan Doktor JooMyun serta dua orang nurse lelaki berlari menuju ke arahnya.

Dia ketap bibir, lalu dia tersenyum bila menangkap kelibat sebuah taksi menuju kemari. Taksi tersebut ditahan Jungkook, dia terus masuk kedalam taksi tersebut.

"Pergi dari sini cepat." Arah Jungkook. Pemandu taksi mengangguk kepala.

Jungkook mengeluarkan kepalanya dari jendela, dia melambaikan tangan kepada mereka dengan senyum nakal.

"Bye-bye hyung, Doktor dan nurse! Muah!"

Jungkook terkekek kecil, bila melihat wajah kesal Daniel.

Daniel, Doktor JooMyun dan kedua orang nurse lelaki yang mengejar Jungkook tadi berhenti dari berlari.

"Bangsat Jeon, siap kau nanti kalau aku jumpa. Dasar budak nakal." Gumam Daniel kesal. Memandang taksi yang dinaiki Jungkook sudah berlalu jauh.

"Tuan, adik Tuan sudah larikan diri. Keadaan dia masih lemah, dia belum boleh terkena udara luar buat masa sekarang. Itu akan, membuat kondisi tubuhnya makin memburuk." Kata Doktor lelaki yang berdiri sebelahnya itu.

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now