JUNGKOOK dan Hana keluar dari balai ketibaan sambil menarik beg roda masing-masing. Mata mereka berdua diedarkan sekeliling, mencari kelibat kedua belah keluarga mereka.
"Hah tu pun mereka! Jom!" Mereka berdua melangkah mendekati Tuan Jeon, Puan Jeon dan Tuan Kim serta Puan Kim ibubapa kepada Hana.
"Omma!!" Jerit Hana girang, dia berlari kecil menerpa mereka berempat yang tersenyum itu dengan tangan melambai kepadanya.
Jungkook menggeleng kepala dengan telatah Hana, senyuman nipis terbias dibibir.
"Anak omma dah balik!" Hana dan Puan Kim berpelukan.
"Omma kamu je yang peluk? Appa?" Kata Tuan Kim berpura-pura sedih. Mulut dimanyun. Yang lain tergelak melihat gelagat spontan Tuan Kim.
"Ish, dear perangai tu senonoh sikit eh? Ingat comel buat muka macam itik tu? Dah lah tua, tak sedar diri. Geli dho." Bidas Puan Kim sarkastik. Yang lain hanya memandang sambil menahan gelak yang hendak terhambur.
Tuan Kim menjegilkan mata kepada isterinya itu.
"Amboi mulut dear macam tahi longkang kan? Nak kena berus dengan berus jamban ke apa ni?" Kini Tuan Kim pula membidas sedas. Geram!
"Lek luhh! Garau aje hee." Puan Kim tersenyum poyo. Tuan Jeon, Puan Jeon dan Jungkook serta Hana sudah terkekek kecil melihat telatah pasangan tua itu.
"Siaplah awak nanti." Tuan Kim menjeling.
"Dah-dah, jangan duk gaduh aje kerja korang. Jom balik, kita sembang kat rumah pula. Buruk betul dah aku tengok perangai korang berdua ni tau."
"Yelah."
•••••
SELEPAS kepulangan keluarga Kim, kini Jeon sekeluarga bersembang di ruang tamu.
"Best tak pergi honeymoon kat Jeju Island tu?" Soal Puan Jeon dengan keningnya dijongket beberapa kali kepada Jungkook dan Hana.
"Best omma! Banyak tempat cantik kat sana. Kenangan manis pun ada, yang kami buat kat sana." Kata Hana semangat, hujung mata mengerling Jungkook disebelah. Dia tersenyum lebar.
"Yeke? Baguslah kalau macam tu. Hmm, tak bawa balik ole-ole untuk appa dengan omma ke?" Soal Tuan Jeon pula.
"Ada ka.."
"Omma dan appa kan dah tua masih nak ole-ole?"
Tuan Jeon dan Puan Jeon memandang Jungkook tajam. Serentak itu Puan Jeon melibas kepala Jungkook dengan kipas cina.
"Derhaka punya anak jebon ni, nak kami sumpah kamu jadi cekodok ke?"
"I'm sorry.. just kidding okay, kikiki." Sengih Jungkook dengan dua jari dinaikkan. Peace!
Hana hanya mampu menggelengkan kepala dengan telatah Jungkook itu.
"Omma, appa nak ole-ole? Kook ada beli sesuatu untuk appa dan omma."
"Apa!" Getus Tuan Jeon dan Puan Jeon serentak. Memandang Jungkook acuh sambil memeluk tubuh.
"Umm. Ni!" Jungkook mengeluarkan dua kotak sederhana besar dari plastic paper.
"Apa tu?" Soal Puan Jeon.
"Sini." Jungkook mengamit tangan kepada ibubapanya untuk datang mendekat.
Tuan Jeon, Puan Jeon dan Hana mendekatkan wajah kearah Jungkook.
"Tau tak ni apa?" Soal Jungkook dan mereka bertiga berpandangan lalu menggeleng kepala.
"Tak! Benda tu?"
"Hmm. Yusuf taiyoob... Rasakan kesedapan buah kurma dari timur tengah, Yusuf taiyoob." Kata Jungkook dengan suara berjenaka.
"Oh. Dua tu je?"
"Hmm. Taklah ada banyak lagi dalam beg kook. Hajatnya nak buat buka puasa nanti. Kan bulan Ramadhan dah nak dekat, dua hari je lagi."
*****
Tbc 👋
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...