Part 16

3.6K 124 5
                                    

HANDBAG jenama Gucci dicampak ke atas meja. Tubuhnya dihenyak ke sofa. Wajahnya merah padam kerana marah dan sedih.

Kata-kata Jungkook masih terngiang-ngiang diminda. Dia tidak sangka yang Jungkook akan menolaknya. Apa dia tak cukup perfect?

"I'm sorry Irene Nona. I can't."

"Tapi kook-ah, you betul-betul tak ada perasaan kat I ke? You tau tak I dah lama tunggu you? I really love you so much... Apa I tak cukup sempurna untuk you?"

"Hmm. I'm sorry again. I tak boleh terima you. I tau Nona mesti sayang I seperti adik Nona right? Begitu juga I, kook sayang Nona sebagai kakak kook tak lebih.. Nona cukup perfect untuk kook. Tapi tak semestinya kita menilai diri orang dengan kesempurnaan kan? Bagi kook nona sangat baik dan pandai.."

"Habis tu? Kenapa kook tak nak terima I? But, I tak anggap you adik I kookie.. I love you.."

"I'm sorry again.."

"Apa kook dah ada orang special?"

"Hmm. Maybe?"

"Who?"

"Secret.."

Irene mengeluh apabila kata-kata itu terdengar-dengar dicuping telinga. Rambutnya diserabaikan.

"Why! Susah sangat ke kau nak terima aku Jeon Jungkook!" Jerit Irene geram. Air mata jatuh membasahi pipinya.

Tidak lama kemudian dia menyeringai, sejurus mengesat air matanya. IPhone S7 dislide. Gallery dicari. Dia mengusap skrin telefon yang terpapar gambar Jungkook yang dia ambil secara senyap. Senyuman senget terukir dibibir.

"Kau tolak aku ye kook. I don't care. Tapi aku tetap akan buat kau jadi milik aku! Wait and see Jeon Jungkook. Aku minta kau dengan cara baik ann. Tapi kau tolak aku! Now, aku nak kau secara kasar! You're mine soon!"

Gelaknya terhambur. Wajah Jungkook yang terpapar diskrin telefon diusap sambil tersenyum lebar.

"Wait for me darling.. if I tak dapat you, orang lain juga tak akan dapat you darling... I love you damn much!"

• • • • •

"OPPA! Jom makan! Oppa termenung apa lagi tu kat depan tv?" Sergah Hana ditepi telinga Jungkook.

Jungkook tersentak. "Eh! Kapal terbang Asia nak jatuh! Hana selamat kat diri! Kapal terbang nak jatuh! Eh!" Latah Jungkook sambil menyorok di bawah meja.

Namun kepalanya sahaja yang disorok, manalaka tubuhnya tertungging. Hana terduduk atas karpet sambil ketawa mengekek berguling-guling. Lucu melihat aksi Jungkook!

"Auch!" Rintih Jungkook tatkala kepalanya terhantuk kaki meja apabila dia mahu keluarkan kepalanya daripada situ. Diusap kepalanya yang berdenyut itu. Dikerling Hana yang mengekek gelakkan dia.

"Yah! Ni semua salah kau! Cubalah bagi salam ke apa ke! Ni tak, ada juga yang makan nasi gunung berapi nanti!" Suara Jungkook memetir. Panas telinganya mendengar suara gelak Hana. Menyampah gila!

Hana terduduk daripada terus berguling di atas karpet. Mulutnya ditutup dengan tangan mencuba redakan sisa tawanya. Dikesat air matanya kerana sakan gelakkan Jungkook.

Jungkook menjeling maut ke arah Hana membuatkan gadis itu menikus. Sedetik kemudian tawa Hana kedengaran semula. Tidak boleh bla dengan wajah Jungkook dan juga aksi Jungkook yang menyorok dibawah meja sebentar tadi.

"Yah! Jeon Hana shut up! Ugh!" Marah Jungkook geram. Dia bangun dan melangkah kaki ke ruang makan.

"Eh! Jatuh mampus mu eh mampus mu jatuh!" Latah Jungkook kerana kakinya tersadung kaki sofa membuatkan dia hampir tersungkur kelantai.

"Hahahaha!"

"Hana! Siap kau!"

Jungkook menerjah Hana. Pinggang Hana dijadikan mangsa. Digeleteknya Hana.

"Haha oppa hentikan haha geli oppa haha!" Gelak Hana kegelian atas perbuatan Jungkook.

"Padan muka! Kena kan aku lagi! Rasakan ni hiyarh!"

Suara tawa Hana mengema disegenap ruang tamu. Jungkook makin giat menggeletek Hana.

"Oppa ampun oppa! Geli haha! Oppa berhenti haha saya nak terkucil ni oppa haha!"

"Buat jahat lagi tu makannya.." Jungkook tersenyum senget. Matanya dipakukan pada wajah Hana yang berada di bawahnya. Seketika, mereka berdua bertentangan mata.

Tubuh Hana keras apabila muka Jungkook mendekat. Dia pejam mata erat. Jungkook menyunggingkan senyuman sinis dan dia terus bangkit daripada menindih Hana.

"Asal kau pejam mata? Ingat aku nak kiss kau mm? Sorry eh? Daripada aku cium bibir kau yang tak manis tu lebih baik aku cium bunny aku. Ugh!" Kata Jungkook selamba lalu dia menghilang ke ruang makan. Sempat juga dia jelirkan lidah kepada Hana yang memandang ke arahnya dengan perasaan tidak puas hati.

"Tak guna kau jebon! Tunggu kau nanti hehe."

********
Tbc 👋

Sorry kependekan 🙏. Abaikan typo 😅.

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now