Part 72

2K 68 1
                                    

HANA memasukkan barang ringan yang dipilih, kedalam troli yang ditolak Jungkook itu. Lantas Hana berjalan mendahului suaminya. Dia enggan berjalan beriringan dengan Jungkook.

"Hana." panggil Jungkook membuat Hana memandang Jungkook sekilas yang menekup hidungnya itu.

"Hmm." jawab Hana malas. Dia sibuk mencari ayam mentah yang segar.

"Saya nak ke toilet jap, awak tak apa kan saya tinggal sekejap?"

Hana merengus halus.

"Kau ingat aku ni budak kecil ke? Aku boleh jaga dirilah." kata Hana mendatar.

Jungkook mengedarkan mata memandang pengunjung yang sedang memilih barang mentah. Dia memandang ke arah Hana semula. Tangannya masih setia menekup hidungnya.

"Saya pergi sekejap je. Awak tunggu sini ye, jangan pergi ke mana-mana sampai saya datang balik ye." seusai berkata begitu, Jungkook terus berlari, menuju ke tandas.

Hana hanya mengangkat bahu acuh. Sehinggalah dia dikejutkan oleh sebuah suara menyapa dari belakang. Dia berpaling laju dan Hana sedikit tersentak saat melihat seseorang yang amat dia kenali. Orang yang telah menghancurkan rumah tangganya.

"Helo Kim Hana, lama tak jumpa.  miss me?"

••••••

JUNGKOOK membersihkan hidungnya yang masih mengalirkan cecair merah pekat. Pili air ditutup, setelah sisa darah dihidung sudah tiada. Dia memandang cermin yang memantulkan dirinya. Wajahnya yang pucat itu dipandang sepi. Helaan nafas terlepas dari mulutnya. Rambutnya yang sedikit serabai dirapikan.

Setelah itu, Jungkook melangkah keluar dari tandas. Dia berjalan sedikit laju, menuju ke tempat bahagian barang mentah. Tempat dimana dia dan Hana memilih ayam dituju. Namun, setiba dia disitu. Jungkook tidak mendapati isterinya, melainkan troli yang berisikan barang mereka. Saat dia mahu mengalihkan pandangan mata ke arah lain, dia tidak sengaja menangkap sticky note tertampar dikotak susu ibu mengandung.

Sticky note itu dicapai, lalu dibaca sebaris ayat dipermukaan nota kecil itu. Rahangnya mengeras seketika.

Hai sayang, I tau, you mesti tengah gelabah mencari isteri you kan. Don't worry okay, dia ada dengan I. Kalau you nak tau apa yang I akan buat kat your wife, datanglah ke apartmen I di Gangnam. I waiting you for coming.

"Shit! Tak guna kau Irene!" kata Jungkook geram, kertas kecil itu diremuknya kesal. Lantas dia berlari keluar dari mall tersebut, meninggalkan barangan mereka begitu sahaja.

••••••

JUNGKOOK memberhentikan keretanya didepan pintu masuk bangunan departmen bertarafkan lima bintang itu. Dia keluar dari perut kereta, mengabaikan pekerja disitu yang menegurnya kerana memarkirkan keretanya dengan sesuka hati.

Kaunter pertanyaan ditujunya. Seorang wanita dalam lingkungan 30-an berdiri dan menyambutnya dengan senyuman ramah.

"Boleh saya bantu Tuan?" kata wanita itu ramah, sedikit gugup kerana melihat wajah bengis lelaki dihadapannya itu.

"Bagitau aku dimana bilik diatas nama Bae JooHyun!" kata Jungkook datar mencuba mengawal perasaan amarahnya, tatkala perasan dengan raut wajah wanita yang menjaga kaunter itu.

"Tapi, Tuan ni sapa?"

"Adik dia." jawab Jungkook laju.

Wanita itu mengangguk kepala faham, dia mengeluarkan sebuah fail yang berisikan senarai nama pelanggannya.

"Bilik cik Bae JooHyun bernombor 1538, ditingkat 3." kata wanita itu. Jungkook mengangguk kepala dengan wajah datar.

"Thanks." setelah itu,  Jungkook segera pergi dari kaunter pertanyaan. Meninggalkan wanita itu, yang terpinga-pinga.

Jungkook melangkah masuk kedalam lift yang kosong itu, butang nombor tiga ditekan. Pintu lift tertutup, lift bergerak membawanya ke tingkat tiga.

"Bae JooHyun, kau memang nak bermain dengan aku kan? Kau cederakan isteri aku, aku tak akan maafkan kau!" gumam Jungkook geram. Tangannya terkepal kemas.

Ting!

Jungkook tersentak kecil, pintu lift terbuka bermaksud dia sudah tiba ditingkat tiga. Kakinya dilangkahkan keluar dari kotak lift, terus dia mencari bilik yang bernombor 1538.

Kakinya berhenti tiba-tiba. Kepalanya berpaling memandang pintu pagar putih. Dia mengerling nombor yang terukir dipintu apartmen itu.

"I got you."

Loceng ditekan bertalu-talu.

"Bae JooHyun keluar kau! Pompuan tak guna!"

Pintu apartmen dibuka, terjengul kepala Irene dengan senyum senget.

"Wah hero dah sampai." Irene terkekeh bebas tanpa beban. Dia melangkah keluar dan membuka pintu pagar untuk mempelawa Jungkook masuk.

"Mana isteri aku."

Irene mengusap pipi Jungkook dengan senyuman lebar. Bibir Jungkook dikucup sekilas, membuatkan Jungkook tersentak. Jungkook dengan kasar mengesat bibirnya, sekadar untuk menghilangkan jejak bekas bibir Irene itu

"I miss you a lot sayang." tubuh Jungkook dipeluknya. Namun,  tidak bertahan lama bila Jungkook meleraikan pelukan tersebut dengan kasar.

"Aku tanya kau, mana isteri aku!" bentak Jungkook geram.  Memandang Irene tajam.

Irene hanya tergelak, sedikit pun tidak berasa gerun dengan wajah bengis Jungkook itu.

"Come on Jeon Jungkook sayang,  calm down okay? Dia ada je kat dalam tengah menangis." kata Irene santai dengan mata mengerling manja ke arah Jungkook.

*****
Tbc

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now