•••••
JAM tangan yang melingkar cantik dipengelangan tangan dikerling sejenak. Sudah waktu balik. Dia mengedarkan pandangan sekeliling taska itu. Pandangan mata daripada makcik-makcik bawang yang memandang kearahnya, sekadar diabaikan. Mata orang kan, kita tak boleh nak kawal.
Jungkook menyebak rambutnya yang menutupi dahi, lengan baju kemeja yang berbelang hitam dan putih disinsing hingga ke siku. Dia tersenyum herot bila mendengar suara jeritan histeria daripada golongan muda yang berlalu-lalang disitu bahkan makcik yang jiwa muda pun berfangirl.
"Hensem lah abang tu! Untung siapa dapat dia kan?" kata seorang wanita dalam lingkungan 20-an itu kepada kawannya.
"Betul tu, dahlah paket lengkap. Memang untunglah." balas kawannya.
"Tapikan, abang tu buat apa kat situ? Jemput anak dia balik taska ke? Ke adik dia?"
"Entah!"
Jungkook hanya diam sambil mengerling orang-orang yang membicarakan tentang dirinya.
"Papa!"
"Yeah papa dah balik!!"
Orang-orang yang tadinya bersoronok, membicarakan Jungkook terus terdiam dan terpaku sebaik sahaja mendengar suara lantang daripada kedua kanak-kanak yang berusia lima tahun itu, berlari-lari keluar pagar taska terus menuju ke arah Jungkook dengan senyuman lebar sambil memanggil lelaki itu dengan sebutan 'papa'.
"Papa?"
"Mamat tu dah kahwin lah, dah ada anak dua orang. Comel gila anak dia, geram aku nak cubit pipi dia."
"Melepas."
"Untungnya, pompuan tu. Dapat suami yang hensem tambah lagi penyayang."
Jungkook mendepakan kedua tangannya bila duo kembar itu menerpa ke arahnya seraya memeluk tubuhnya erat. Jungkook membalas pelukan tersebut seraya mencium kedua dahi anaknya. Dia tersenyum, membuatkan orang-orang disitu yang sedari tadi memandang kearahnya berfangirl kembali.
"Miss me, my dear duo polar bears?" kata Jungkook sambil mengangkat kedua anaknya kedalam dukungannya. JungHa dan JungNa memeluk erat leher Jungkook agar tidak terjatuh.
"Yes! I miss you a lot, my papa bear." jawab mereka berdua serentak dengan diiringi ciuman dipipi Jungkook. Jungkook tergelak, dia mengucup ubun-ubun JungHa dan JungNa.
"Me too. Jom, kita balik rumah mesti mama dah tunggu kita semua. Lagipun papa rimas jadi pusat perhatian kat sini."
"Yelah." jawab duo kembar itu mendatar. Menjeling tidak suka kepada makcik-makcik yang tidak ingat umur, memandang papa mereka dengan pandangan nakal dan memuja. Mereka tidak suka, papa kesayangan mereka dan mama mereka dipandang begitu.
•••••
"PAPA."
Jungkook memandang kedua anaknya yang duduk dibelakang melalui cermin kereta.
"Ya?"
"Bila papa sampai?" JungNa bertanya. JungHa mengangguk kepala.
"Papa baru aje sampai, dalam pukul dua belas setengah macam tulah dan papa pun terus ke taska untuk jemput kesayangan papa berdua ni. Nak buat surprise katakan." jawab Jungkook dengan senyuman terlakar dibibir.
Duo kembar itu mengangguk kepala faham. Mereka berdua berbalas pandang sejenak lalu beralih ke arah Jungkook yang sedang fokus memandu.
"Papa."
"Ya sayang?"
"Papa ada bawa balik ole-ole untuk kitorang tak?"
Jungkook tersenyum manis lalu mengangguk.
"Ada, papa letak kat dalam bonet."
"Yeah! Papa bawa balik ole-ole! Thanks papa. Papa memang yang terbaiklah!"
"Nanti kat rumah, papa kasi satu sorang tau." Jungkook mengenyitkan sebelah matanya.
"Orait papa!" JungHa dan JungNa membalas perbuatan Jungkook dengan mengenyitkan mata mereka seraya memberikan flying kiss. Jungkook tergelak.
"Papa, boleh tak kita singgah makan kat aiskrim cafe smiling? Adik nak makan aiskrim lah, kawan adik ada kata tadi yang kedai tu buat hari aiskrim percuma tak dikenakan bayaran. Boleh tak papa?" kata JungNa selepas mereka bertiga berdiam diri selama beberapa minit.
"Nasib baik adik cakap pasal tu, hiyong hampir lupa dah tadi. Hehe, boleh lah papa kita makan aiskrim." kata JungHa pula dengan nada suara memujuk.
Jungkook menggulingkan biji matanya bila melihat wajah belas kasihan daripada JungHa dan JungNa.
"Yelah, yelah. Lepas makan, kita balik." balas Jungkook dengan tegas.
"Yeuppi! Thanks papa sayang."
"Hmm."
•••••
SUDUT bibir JungNa dan JungHa yang comot oleh aiskrim coklat itu dikesat perlahan dengan menggunakan tisu.
"Hai my dear polar bears, makan tu cubalah elok sikit. Tengok dah comot pipi ni. Aiskrim kamu berdua tak kan lari punya, so makan perlahan-lahan." tegur Jungkook lembut kepada kedua anaknya itu. JungHa dan JungNa mengangguk kepala sambil tersengih malu.
"Baiklah papa."
Jungkook yang leka melayan kerenah kedua anaknya itu, tidak sedar akan seorang wanita yang menghampiri tempat mereka bertiga.
"Hello? Are you Jeon Jungkook right?"
Jungkook dan duo kembar itu yang khusyuk makan aiskrim, sedikit terkejut dengan kedatangan tiba-tiba wanita tersebut. Mereka bertiga menoleh ke arah empunya suara yang menegur. JungHa dan JungNa memandang wanita tersebut dengan wajah bingung, manakala Jungkook melemparkan renungan tajam kepada wanita yang berdiri dihadapannya itu dengan wajah ketara dingin dan datar.
"Bae JooHyun."
"Hai Jungkook. Long time no see you Jeon Jungkook."
*****
Tbc
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...