ORANG tua kepada Jungkook dan Hana hanya menggeleng kepala sahaja melihat Jungkook yang ke hulu ke hilir sambil menggigit kuku jari. Muka pula cemas, bila mengingatkan isterinya sedang bertarung nyawa didalam ICU untuk melahirkan cahaya mata mereka berdua.
"Kook, cuba kamu duduk diam-diam boleh tak. Pening kepala appa tengok kamu ni, macam seterika bergerak aje." tegur Tuan Kim bosan, dengan perangai menantunya itu.
"Saya risaukan Hana lah appa Kim. Apa korang tak risaukan dia?" jawab Jungkook kesal. Yang lain hanya menggulingkan biji mata.
"Ingat kamu aje ke yang risau? Kami pun risaulah!" bidas Puan Kim, menjeling Jungkook menyampah.
Tuan Jeon dan Puan Jeon memandang mereka bertiga sekilas lalu memandang semula pintu ICU yang masih tertutup.
Jungkook mengetap bibir sambil merengus halus. Dia memeluk tubuh seraya berdiri dihadapan pintu ICU.
Beberapa minit kemudian, pintu ICU terbuka dan seorang doktor wanita yang menangani Hana keluar. Doktor tersebut tersenyum manis dan sedikit terkejut sebaik sahaja keluar dari ICU terpampang wajah Jungkook yang beku itu.
"Macam mana dengan isteri dan anak saya dok?" Jungkook menyoal laju. Tuan Jeon, Puan Jeon, Tuan Kim dan Puan Kim menghampiri mereka berdua.
"B.. Baik, isteri anda melahirkan anak-anak anda dengan lancar. Dan tahniah, anda mendapatkan anak kembar lelaki yang tidak seiras." kata doktor wanita itu dengan senyum manis.
Yang lain menghela nafas lega dan teruja bila mendapat tahu yang Hana melahirkan anak kembar. Sementara Jungkook masih terdiam, mencuba untuk mencerna kata-kata doktor tersebut.
"Dok, dok cakap apa tadi? Isteri saya melahirkan anak kembar lelaki?"
"Ya Tuan."
"Omg! Argg! Anak aku kembar! Yeah!"
Sebaik sahaja Jungkook terjerit begitu, mereka pula dikejutkan bila Jungkook tiba-tiba sahaja jatuh pengsan dengan keadaan tersenyum.
Mereka berempat berpandangan dengan senyuman malu bila doktor wanita itu terkekek kecil dengan reaksi terlebih anak dan menantu mereka itu.
"Nanti saya, arahkan nurse untuk angkat dia ke bilik rawat sementara. Kasian pula dia terbaring di atas lantai."
"Baik dok. Dok urus lah budak ni dulu ye? Apa kami boleh masuk kedalam?"
"Boleh. Tapi kami dah pindahkan Puan Hana ke wad biasa. Tuan sekeluarga boleh melawatnya disana."
Mereka berempat mengangguk kepala faham dengan senyum kecil seraya berkata terima kasih. Doktor wanita itu hanya tersenyum.
• • • • •
"HUH? Aku kat mana ni?"
"Kamu dah bangun anak nakal?"
Jungkook berpaling mencari empunya suara yang menegurnya. Dia mendapati Puan Kim yang tengah memeluk tubuh sambil memandangnya datar.
Jungkook tersengih dan bangun dari berbaring lalu bersandar di kepala katil.
"Kook ada kat mana ni?"
"Kat bilik rawatlah. Kamu tak ingat ke yang tadi kamu pengsan dengan gaya bodoh?"
Jungkook abaikan Puan Kim yang mengejeknya. Dia memandang ke siling bilik rawat itu. Otaknya ligat mengingatkan kejadian tadi.
Jungkook memetik jarinya.
"Dah ingat?"
Jungkook mengangguk kepala dengan senyum kecil.
"Dah. Hehe."
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...