PIPI Jungkook ditepuknya berkali-kali agar lelaki itu membukakan matanya.
"Dinda kenapa ni? Tidurlah, kanda ngantuk tau? Tidurlah." kata Jungkook dengan suara parau, matanya enggan dibuka kerana mengantuk sangat. Hana mendengus bila mendengar suara denguran Jungkook.
"Kanda bangun! Dinda lapar kanda!"
"Hmm? Apa?" tanyanya mamai.
"Dinda lapar kanda. Bangunlah."
"Alah. Dinda pergilah turun bawah, masak."
Hana menjulingkan matanya dengan kesal, dia menggigit hidung Jungkook sehinggalah suaminya menjerit kecil dan lelaki itu segera bangun dari berbaring.
"Dinda ni! Suka tau gigit orang, taulah gigi dia tu tajam. Ugh!" bebel Jungkook, tidak puas hati.
"Don't care. Dinda lapar, dan dinda nak kanda yang masak untuk dinda. Dinda nak kanda pergi masak nasi goreng tomyam dengan telur separuh masak, sekarang!"
"Tak nak! Nanak tidur! Ngantuk!"
"Kanda!!" jerit Hana memandang Jungkook geram yang sudah terlena kembali. Laju saja tangannya memegang telinga Jungkook lalu dipulasnya membuatkan Jungkook terjerit.
"Sakit! Yelah, yelah! Ish!" rungut Jungkook, menepis tangan Hana daripada telinganya. Dia memandang Hana datar dengan mulut diketap kesal. Dia turun dari katil, jam yang tergantung didinding dikerlingnya sejenak. Angka menunjukkan waktu, 2.25 a.m. Mata Jungkook terbuntang lebar.
"Sayang! Baru pukul 2 pagi kut! Dinda memang sengaja bangunkan kanda sepagi ni ke? Semata-mata nak makan nasi goreng?"
"Kanda nak masak ke tak? Ke nak dinda sunatkan kanda sekali lagi?" kening Hana terjungkit memandang Jungkook tajam. Dia memainkan gunting yang diambil dilaici meja dengan senyuman senget.
Jungkook mengetap bibir dengan helaan nafas berat. Dia menghentakkan kakinya ke lantai bilik. Bibirnya dimuncung sedepa.
"Yelah!" Jungkook mengheret kedua kakinya, menapak keluar bilik meninggalkan Hana yang tersenyum puas.
•••••
"NAH! Nasi goreng buatan kanda tersedap diseluruh dunia, hah makan, makan."
Jungkook meletakkan sepinggan nasi goreng tomyam dengan telur separuh masak, dihadapan Hana. Lantas dia melabuh duduk berhadapan dengan Hana.
Hana memandang nasi goreng tersebut yang masih berasap nipis. Dia tersenyum gembira lalu sudu dicapai. Satu suap, dua suap masuk ke dalam mulutnya.
Jungkook tersenyum melihat wajah ceria isterinya yang makan nasi goreng buatannya dengan lahap.
"Sedap ke?" kening Jungkook berkerut sambil bibir mengukir senyum.
Kepala Hana terangguk-angguk. Dia mengajukan ibu jari kepada Jungkook.
"Terbaik! Sedap!" jawab Hana riang, dia kembali menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
Jungkook menggeleng kepala dengan senyum nipis. Dia meletakkan tangannya diatas meja makan lalu dagunya diletakkan diatas tangannya. Kuyu sahaja matanya memandang Hana, melawan rasa kantuknya sekadar untuk menemani Hana makan.
Pinggan yang sudah kosong ditolak kedepan sedikit lalu segelas air suam diteguknya hingga habis. Dia meletakkan kembali gelas yang sudah kosong keatas meja.
"Kanda, dinda dah si.." Hana tidak meneruskan kata-katanya bila mendapati Jungkook sudah terlena. Dia senyum kecil dengan kepala tergeleng.
"Kesian kanda, sampai tertidur dia." gumam Hana perlahan dengan senyum lucu.
Hana bangun dari kerusi, pinggan dan gelas kotor diambil lalu dia menuju ke sinki untuk membersihkan pinggan dan gelas. Setelah selesai apa yang patut, dia kembali ke ruang makan. Dia menghampiri Jungkook, bahu lelaki itu disentuhnya lalu digoyang perlahan.
"Kanda bangun, kita tidur dalam bilik. Sakit badan nanti tidur macam tu."
Jungkook mengangkat kepala memandang Hana mamai.
"Dah habis makan?" tanyanya. Pipinya digaru perlahan. Dia menguap lebar dan Hana menutup mulutnya yang ternganga luas itu. Dia tersenyum sumbing.
"Saya dah selesai makan. Jom masuk bilik."
"Jom!"
Jungkook dan Hana berjalan beriringan mendaki anak tangga menuju ke bilik utama mereka.
"Goodnight sayang, goodnight anak papa." setelah memberikan ciuman kepada Hana dan perut Hana, dia merebahkan diri seraya menarik Hana untuk turut merebahkan tubuh. Lalu tubuh isterinya dipeluknya dengan mata dipejam.
"Goodnight too."
******
Tbc
YOU ARE READING
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√
Fanfiction"Aura dia... Lain macam. Susah dijangka dan susah untuk diluluhkan hati sebeku ais batu. Tunggu masa untuk dia cair dengan panahan cinta si isteri yang berusaha memikat hati si suami yang beku tak tuntuang itu." Start : 27/2/18 End : 1/10/18 Status...